8 Okt 2010

Tian Chua Tidak Tanding Timbalan Presiden

Saya tidak tanding Timbalan Presiden," kata Tian Chua

KUALA LUMPUR: Pengarah Strategik PKR, Tian Chua tidak akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR, sebaliknya akan memutuskan untuk bertanding sama ada jawatan Naib Presiden atau Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

"Pertandingan Timbalan Presiden terlalu sengit dan fokus saya juga bukan untuk jawatan tersebut," kata Tian yang juga ahli Parlimen Batu ketika di hubungi.

Naib Presiden Azmin Ali, Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim dan seorang lagi Naib Presiden, Mustaffa Kamil Ayub mengesahkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Tian setakat ini telah memperolehi lima pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden. Beliau mendapat 26 pencalonan bagi jawatan Naib Presiden dan 16 untuk MPP.

Pemilihan pucuk pimpinan tinggi PKR akan diadakan November depan.

Tian berkata, beliau mengucapkan terima kasih atas cabang yang mencalonkan beliau bertanding jawatan timbalan presiden mahupun MPP.

"Tapi saya lebih suka untuk memutuskan sama ada bertanding untuk Jawatan Naib Presiden ataupun MPP. Saya akan putuskan Rabu depan," jelas beliau.

Ditanya berhubung kenyataan Zaid untuk memberi laluan kepada Nurul Izzah Anwar bertanding jawatan Timbalan Presiden, Tian berkata bekas menteri kabinet itu merupakan calon yang telah diberi mandat yang besar oleh cabang-cabang.

"Saya hormati apa sahaja tindakan Zaid dan saya rasa mandat yang telah diberikan kepada Zaid oleh cabang-cabang terlalu besar. Sebaiknya Zaid perlu juga menilai sokongan yang telah diberikan oleh akar umbi." kata beliau. -FMT

4 ulasan:

Awanama berkata...

Bagus. Syabas. Bertanggungjawab dan ada ciri kesepakatan atau rasa keberjemaahan... Walau ikhlas itu rahsia Tuhan (Allah), namun ia dapat dirasa oleh orang-ramai. Siapa yang nak bersangka buruk kepada dia, terpulanglah.

Awanama berkata...

Semoga Tian mendapat hidayah dan taufiq hendaknya.

zuraimi berkata...

amin...

Non Penang berkata...

Amin juga aku pun.