17 Okt 2010

"Saya Masih Ahli PKR" - Abd Razak Halidi

Dalang' kecoh tampil beri penjelasan

SHAH ALAM - Selepas seminggu mendiamkan diri apabila dituduh Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution Ismail sebagai orang luar yang mendatangkan kekecohan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Kuala Langat, Abdul Razak Halidi, tampil untuk sahkan beliau masih ahli PKR.

Menurutnya, beliau masih memegang jawatan ketua cabang itu dan pemecatannya pada 9 September 2008 tidak sah.

Katanya, beliau tidak dimaklumkan pemecatan keahliannya, sebaliknya masih mempunyai keahlian B210000792 yang dicetak pada tarikh 2 November 2008.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang tidak cerdik Saifuddin kerana mendakwa saya ahli UMNO sedangkan langsung tidak pernah menjadi ahli kepada parti itu, cuma ahli Pas. Malah ketika Pilihan Raya Kecil Lunas saya adalah ahli jentera keselamatan kepada beliau," katanya kepada :Sinar Harian,: semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjawab tuduhan Saifuddin pada sidang akhbar pada 6 Oktober lalu yang Abdul Razak adalah orang luar yang menjadi dalang kepada kekacauan MATC Kuala Langat.

Abdul Razak berkata, beliau juga telah membayar yuran keahlian sebelum proses pengundian yang melayakkannya menunaikan tanggungjawab terhadap pemilihan parti.

Katanya, tindakan menjawab dakwaan Saifuddin itu sebagai tindakan tepat.

"Masa inilah perlu membuat pembetulan. Jika makin berusia lebih sukar membuat perubahan mengenainya. Buat masa ini saya percaya salah guna kuasa dalam parti banyak berlaku dan saya minta penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi penjelasan," katanya.

Menurutnya, beliau telah berbincang dengan peguamnya untuk mengambil tindakan susulan terhadap parti dan Saifuddin. -SH

Ulasan GB

Perlu disiasat secara menyeluruh kenyataan Abd Razak Halili tersebut secara telus, adil dan tanpa prejudis.

Bukan seperti siasatan yang sebulm ini yang semata-mata ditumpukan kepada "untuk membenarkan wujudnya dalang kekecohan" tetapi hendaklah diberikan tumpuan kepada "bagaimana mengelak kekecohan".

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Inikah orang yang menjadi dalang kekecohan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Kuala Langat..?

Kalau orang ini mengaku pernah memegang jawatan ketua cabang takkan membantah sesuatu pekara yang berbangkit mesti menggunakan kekerasan. Otak sudah tidak boleh berfikir lagi ke untuk mencari jalan penyelesaian yang lebih dihormati. Orang ini siuman atau tidak..?

Bila ada orang lain menuduh orang ini ahli UMNO pandai pulak menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu..?

Kalau GB mengatakan "...Perlu disiasat secara menyeluruh kenyataan Abd Razak Halili tersebut secara telus, adil dan tanpa prejudis...." boleh diterima pakai.

Tapi perlu juga mencari punca wujudnya dalang yang membuat kekecohan, apa motifnya...?

Kalau setakat nak tahu bagaimana mengelak kekecohan, itu mudah saja... sila rujuk kepada ahli agar mengikut peraturan dan undang-undang parti.

Jikalau masih kecoh juga itu menunjukan bahawa ahli tidak patuh pada peraturan dan undang-undang.

Jika ahli berkata mereka dipihak yang benar maka peraturan dan undang-undang parti yang disediakan itu yang betul.

kembara putih berkata...

Apa motif masuk PKR kalau nak buat huru-hara.

cicit tokmoris berkata...

ahli begini kalau ujud, perlu dibuang segera, motif mungkin untuk naikkan saham untuk penilaian lawan ..

Budak Jelebu berkata...

Apa gunanya mengaku sebagai ahli parti kalau kehadiran sebagai ahli hanya untuk menimbul kan kekecohan.Seorang ahli parti akan mempertahankan parti dari anasir2 luar bukan bersekongkol untuk melemahkan parti.Ini memang muka jenis tak tahu malu...

non penang berkata...

PKR tak perlukan ahli yang bangang. Parti dah pecat awak so buat la rayuan kalau nak jadi ahli tak malu.

Tanpa Nama berkata...

mcm fauzi muda ipoh barat tu la...masa dlm pkr ade ke kata dia ditawarkan 50 juta bagi oleh najin sendiri jatuhkan pkr....logik ke..hang sapa ..hebat sangat ke..boleh baca dah puak2 mcm ni virus dlm parti...last2 isytihar keluar pkr...keluaq pi la...bawa kuman buat ape...spt kata yb fuziah...nak keluar pkr keluarlah x kisah...kalau kalah pemilihan keluar parti bukan ahli sejati...mengarut...x gheti politk mcm gobala...face 2 face la dgn azmin...yg belasah guna media umno wat pa..x pikir ke...apa le..