17 Okt 2010

Khalid Yakin Terajui Kerajaan Selangor Tanpa Jawatan Parti

Khalid nafi keputusan tarik diri bertanding kerana tekanan PKR

PELABUHAN KLANG: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menafikan beliau menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana mendapat tekanan daripada kepimpinan tertinggi parti.

Beliau juga menafikan, keputusan untuk tidak bertanding merebut jawatan kedua tertinggi dalam parti itu kerana tidak mendapat sokongan padu daripada PKR Selangor.

Katanya, ramai ahli PKR di Selangor yang mahukan supaya beliau bertanding kerana beliau memperoleh sokongan mantap. -BH


MB Selangor: Saya tak tanding sebab mahu utamakan PRU-13

KUALA LUMPUR, 17 Okt —Tan Sri Khalid Ibrahim memutuskan untuk tidak bertanding sebarang jawatan termasuk timbalan presiden PKR kerana mahu memberi fokus terhadap usaha mengekalkan Selangor di tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13.
“Tugas saya juga adalah untuk memastikan bahawa Selangor dikekalkan sebagai kubu kuat Pakatan Rakyat,” tegas Menteri Besar Selangor ini dalam satu kenyataan memperjelaskan keputusan terbarunya.

Pada sesi penerimaan pencalonan semalam, sekretariat pemilihan PKR menerima pengesahan daripada dua Naib Presiden Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub serta Datuk Zaid Ibrahim.

Seramai 19 calon bertanding jawatan naib presiden yang menawarkan empat kerusi.

Pada 10 Oktober lalu, Khalid selepas spekulasi berterusan mengesahkan hasrat untuk bertanding jawatan timbalan presiden dan menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menilai kesan pendiriannya itu.

Bagaimanapun beliau tidak menyerahkan borang penerimaan pencalonan semalam.

Dalam penjelasannya, Khalid berkata, dengan komitmen berterusan kerajaan negeri kepada kebajikan rakyat melalui agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor, pihaknya berkeyakinan untuk menyasarkan kemenangan majoriti dua pertiga pada pilihan raya akan datang, mengekalkan kerusi-kerusi Parlimen dan memenangi lima lagi kerusi BN sebagai sumbangan terhadap membentuk kerajaan Persekutuan pada pilihan raya umum.

Bekas pengerusi PKR Selangor ini berkata, satu lagi faktor yang turut dipertimbangkan ialah keperluan fokus besar terhadap Lembah Klang dalam belanjawan yang baru diumumkan.

Kata Khalid, projek “Greater Kuala Lumpur” melibatkan projek berbilion-bilion ringgit dan kerajaan Selangor mesti memainkan peranan yang besar dalam memastikan projek-projek ini dikendalikan dengan cekap dan telus.

“Demi menjamin kepentingan rakyat, kerajaan Selangor akan memantau dan meneliti semua projek ini.

“Khususnya, kami akan memerhati proses tender, terutamanya dalam pembinaan infrastruktur pengangkutan awam untuk memastikan kontrak-kontrak yang dianugerahkan tidak hanya memanfaatkan syarikat kroni dan merugikan rakyat,” katanya.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata, minatnya untuk bertanding adalah berdasarkan keinginan menguatkan muafakat parti dan mempromosikan budaya politik yang sihat serta komitmen yang tidak berbelah bagi kepada prinsip-prinsip murni.

Jelasnya, aspirasi beliau itu adalah untuk menyuburkan pendirian ini demi parti dan demi seluruh Malaysia.

“Setelah perbincangan yang mendalam dengan jawatankuasa khas, setiausaha politik saya Faekah Husin dan beberapa pemimpin Reformasi, saya yakin saya boleh lebih merealisasikan objektif-objektif ini tanpa bertanding untuk mana-mana jawatan tertinggi parti dalam pemilihan tahun ini,” katanya lagi.

Khalid juga memberitahu, kerajaan negeri Selangor yang diterajui Pakatan Rakyat boleh dikatakan sebagai contoh sebuah kerajaan persekutuan yang bakal dipimpin oleh Pakatan Rakyat.

“Memandangkan pilihan raya umum yang akan datang, tugas pertama saya adalah untuk menjadikan kerajaan Pakatan Rakyat sebagai contoh kerajaan dinamik, berprinsip dan berpaksikan kebajikan rakyat di peringkat negeri mahupun di peringkat perseketuan.

“Dengan membina keyakinan ini dalam minda rakyat, kita akan lebih dekat kepada hasrat kita untuk menyebarkan semangat reformasi sehingga ke Putrajaya.

“Saya cukup yakin dengan kebolehan setiap calon yang telah menerima pencalonan untuk bertanding dalam pemilihan PKR, dan mengalu-alukan potensi mereka untuk menyegarkan semangat reformasi dalam parti; pada masa yang sama, kami di kerajaan negeri Selangor terus fokus terhadap menyempurnakan agenda kerajaan berpaksikan rakyat,” kata Khalid lagi. -TMI



Abdul Khalid Yakin Terajui Selangor Tanpa Jawatan Kanan Parti

PETALING JAYA: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sebab utama beliau membatalkan hasratnya bertanding jawatan timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) ialah kerana yakin dapat menguatkan muafakat dan mempromosikan budaya politik sihat tanpa sebarang kedudukan kanan dalam parti.

Beliau berpendapat, Kerajaan Negeri Selangor yang diterajui Pakatan Rakyat boleh dikatakan sebagai contoh sebuah Kerajaan Persekutuan yang bakal dipimpin pakatan itu.

Oleh sebab itu, tambahnya, memandangkan pilihan raya umum yang akan datang semakin hampir, tugas pertama beliau adalah untuk menjadikan kerajaan di pakatan itu sebagai contoh kerajaan dinamik, berprinsip dan berpaksikan kebajikan rakyat di peringkat negeri mahupun di peringkat Persekutuan.

"Menjadi tugas saya juga untuk memastikan bahawa Selangor dikekalkan sebagai kubu kuat Pakatan Rakyat.

"Dengan membina keyakinan ini dalam minda rakyat, kita akan lebih dekat kepada hasrat kita untuk menyebarkan semangat Reformasi sehingga ke Putrajaya," katanya dalam satu kenyataan di sini, Ahad.

Abdul Khalid dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang disebut-sebut mahu bertanding merebut jawatan timbalan presiden tidak menyerahkan borang pencalonan mereka sebelum tempoh penyerahan berakhir petang Sabtu.

Sebaliknya, perebutan jawatan itu menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub - kedua-duanya Naib Presiden - dan serta Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim.

Dalam pada itu, Abdul Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata, keputusannya itu dibuat selepas mengadakan perbicangan dengan jawatankuasa khas yang dianggotai oleh Tian Chua, Irene Fernandez, Syed Shahir Syed Mohamud dan Dr Muhammad Nur Manuty bersama setiausaha politiknya, Faekah Husin.

"Dengan komitmen berterusan kami kepada kebajikan rakyat melalui agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor, kami berkeyakinan untuk mensasarkan kemenangan majoriti dua pertiga pada pilihan raya akan datang, mengekalkan kerusi-kerusi Parlimen dan memenangi lima lagi kerusi BN sebagai sumbangan terhadap membentuk kerajaan Persekutuan pada pilihan raya umum," ujar beliau.

Sementara itu beliau berkata, faktor lain keputusan itu dibuta ialah untuk menumpukan perhatian spenuhnya terhadap Lembah Klang dalam belanjawan yang baru diumumkan.

Kata beliau, projek 'Greater Kuala Lumpur' melibatkan berbilion-bilion ringgit, dan kerajaan Selangor mesti memainkan peranan yang besar dalam memastikan projek-projek ini dikendalikan dengan cekap dan telus.

Menurut Abdul Khalid , demi menjamin kepentingan rakyat, kerajaan Selangor akan memantau dan meneliti semua projek ini, khususnya berkaitan proses tender dalam pembinaan infrastruktur pengangkutan awam. -mstar


Ulasan GB

Walau apapun kenyataan TS Khalid, rakyat khususnya ahli PKR sudah dapat mengetahui sebab sebenar TS Khalid mengundurkan diri.

Memang sudah menjadi resmi beliau untuk berlaku "low profile" untuk tidak mengeruhkan suasana. Sama seperti penafiannya yang menolak dakwaan adanya "percubaan orang itu yang cuba menjatuhkannya" sebelum ini.

Walaupun Khalid mengundurkan dirinya, namun ada hikmah di sebaliknya. Semuga beliau dikurniakan ketabahan untuk menghadapi segala ujian, dari luar dan dalam partinya.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

syabas tan sri. inilah pemimpin sebenar, tidak mengejar jawatan parti. tidaka ada orang politik yg tidak mengejar jawatan parti.

Wak Parjoe berkata...

Tan Sri Khalid seorang yang berhemah bukan macam Azmin. Khalid cukup masak dan cukup matang. Wak faham dan sokong penuh TSKI. Wak tabik sama lu.

Tanpa Nama berkata...

tahniah kepentingan memperkuatkan parti dalam menghadapi PRU13 lebih penting

Tanpa Nama berkata...

Tan Seri Khalid memang pemimpin yang tidak mengejar jawatan tinggi dalam parti sebab sebelum masuk PKR beliau memang sudah banyak memegang jawatan-jawatan tinggi.Hanya mereka yang tak pernah pegang jawatan-jawatan tinggi sahaja yang gilakan jawatan tinggi.
Sepatutnya Zaid ikut jijak Tan Seri Khalid,bersifat padi bukan lalang.Jika Zahid ikut resmi ini,beliau akan lebih dihormati dan disegani dan tidak berlaku perang mulut antara dia dengan Azmin.Zaid punya masa dan ruang yang banyak untuk naik keatas.Dan Azmin suatu hari akan tergelincir juga.

Tanpa Nama berkata...

Zaid test market je aku rasa...

Tanpa Nama berkata...

Tan Sri Khalid acah je dah ada orang gelabah.... camni ke sikap orang yang nak ganti MB Selangor... kena acah dah gelabah. Betul GB kata ada org terkesima bila Tan Sri Khalid isytihar nak bertanding, tapi Tan Sri orang business, dia hanya nak test market je... dia tahu saham dia Blue Chip. Dia akan tunggu time baik punya dia akan marketkan sahamnya. Percayalah... dialah master mind "Dawn Raid", setakat politik budak petang semalam ni kacang je bagi dia.

matrimau berkata...

sekarang aku terasa dugaan selama ini bahawa Azmin satu hari nanti akan merosakkan KEADILAN memang tepat. Geng-geng dia ni memang gilakan jawatan. Tenguk Geng reformasi yang terkemuka diperingkat pemuda dulu, yang glamor pegang jawatan, semuanyamenjahanamkan kecuali yang lahir dari gerakan islam. Ezam lari kerana kalah dengan AZMIN. Kalau EZAM tunggu pun, sah stailnya sama macam AZMIN. Tapi heran aku, Selangor ni ramai sangat yang sokong AZMIN. Aku sampai sekarang tak nampak rasionalnya menyerang ZAID. Memalukan seluruh ahli KEADILAN. Lagipun KEADILAN bukan di Selangor saja dan bukan AZMIN saja yang layak. Kalau dua tiga orang tu jer yang layak, sapa akan menjadi pengganti? Kalau macam nilah baik agi keluar dan masuk PAS. Kata orang alang-alang nak berjuang, baik kita FIGHT TO THE FINISH.
Aku harap benar keputusan undian nanti biarlah pengundi mengajar AZMIN ni.Biar dia sedar. Perjuangan bukan boleh didokong oleh orang-orang seperi AZWAN ALI dan UMI HAFILDA.

Tanpa Nama berkata...

betul matrimau, mau kejayaan mesti ada lembu korban. sapa agaknya yang akan jadi lembu korban?