31 Okt 2010

Batu Sapi: Calon BN Tak Tahu Berbahasa Malaysia?

Calon Barisan Nasional (BN) Linda Tsen Thau Lin di Parlimen Batu Sapi, Sandakan, Sabah yang merupakan balu kepada mendiang Edmund Chong Ket Wah dikatakan tidak pandai atau fasih berbahasa Melayu.

Linda yang memegang jawatan Ketua Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Elopura hanya boleh bertutur bahasa Inggeris.

Malahan jika kita lihat berita di TV... jelas calon BN berkenaan hanya berbahasa Inggeris apabila ditanya wartawan... TV juga tidak menyiarkan ucapan Linda sebaliknya hanya memperlihatkan ucapan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman sahaja dan pemimpin-pemimpin BN lain.

Mungkin pihak media nak 'cover' fakta yang Datin Linda tidak boleh berbahasa Melayu ?...entah la

Rakan-rakan di Sabah mengiyakan

Saya ramai juga rakan-rakan di kawasan Sandakan, Sabah.... apabila diajukan kepada mereka... kesemua mereka membenarkan dakwaan berkenaan.

Jika benar Datin Linda tidak boleh berbahasa Melayu...adalah memalukan apabila ada warganegara Malaysia yang tidak boleh berbahasa kebangsaan. Bagaimana Datin Linda hendak menyuarakan suara rakyat Batu Sapi di Parlimen Malaysia jika dia tidak boleh berbahasa Melayu?....

Takkan la dia hanya diam sahaja dalam sesi perdebatan di Dewan Rakyat.....hmmm...tepuk dada, tanya selera...

Wallahualam... -marul77.blogspot

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Awal-awal lagi calon BN ini tidak layak menjadi ahli Parlimen kerana tidak tahu berbahasa Melayu untuk di bawa bercakap di Parlimen. Beliau gagal diperingkat saringan pertama 1 Bahasa, 1 Bangsa, 1 Malaysia sebagaimana dilaungkan kerajaan BN. Pilihlah calon sederhana seperti En, Ansari Abdullah.

Tanpa Nama berkata...

Dinasti BN di batu sapi..?

Tanpa Nama berkata...

Siapa majoriti pengundi di batu sapi?? Tulin Malaysian atau 'instant malaysian'..???
Jika instant, itu projek siapa..???? Tidak mungkin pakatan rakyat..
Terpulang kepada kamu 'rakyat tulin' sabah...

Negeri di bawah bayu, jangan layu dibadai bayu. Jangan jadi seperti sang 'bayau' yang akhirnya jadi tontonan pelancong sahaja. Dia tetap memakan daun, sedang 'pengusaha' menimbun 'dedaun ringgit' hingga berketurunan.

Ertinya masa depan bukan semurah dan semudah janji beberapa jambatan, sekolah, jalan raya dan infrastruktur atau 'serendah' taburan 'bilion-bilion' pemimpin UBN, tetapi kekerajaanan penduduk jati negeri berkenaan menguasai negeri.
Di semenanjong nak-taknak wujud berbagai 'little'. Baru-baru nih little india. Mungkinkah di sabah akan wujud bukan sahaja little indon tetapi 'wilayah indon'.
Terima kasih 'penulis berani sabah', Mutalib MD, yang mendedahkan akan 'keprojekan IC' kepada pendatang yang mengerumuni sabah.
Beringat dahulu pendapatan.
Beringat kemusian hanyalah penyesalan.
Salam hormat dan selamat mengundi.

Tanpa Nama berkata...

Kasian..

Untuk makluman masa dia sekolah dulu, zaman masi perang...guru BM dia mati kana bom jipun...bila ada guru ganti dakat sudah exam....jadi BM dia 9 la...tapi BI dia oey bah...bule bule la bah tu.....BI, siorang pun megeti jugak tu english....cuma nak faham jak.....

Tanpa Nama berkata...

Kena beri tahu calun BN diBatu Sapi ni,kad parlimen kena gunakan Bahasa Malaysia.PM Malaysia bukan Mahathir Kutty lagi.Kalau Mahathir Kutty ada kad parlimen munkin dia boleh peggang telor speaker untuk benarkan ahli parlimen BN gunakan Bahasa Inggeris.

Tanpa Nama berkata...

dasar BN memang nak guna Bahasa Inggeris, bahasa dan bangsa melayu nak dipinggirkan

kembara putih berkata...

Tapi dia tetap menang selagi lawan 3 penjuru

Tanpa Nama berkata...

BN/UMNGOK/SAPP sama. Adik beradik. Matlamat dan perangai sama. Hanya parti berbeza.

Sebab itu wajib ada pilihan ketiga untuk rakyat keluar daripada 'terpaksa memilih'.

'Tahi' dan haruman sudah terhidang. Jika inginkan juga bau tahi, andalah yang mencium dan 'menikmati'-nya. Bukan orang lain.
Selamat memilih.

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya SPR keluar peraturan baharu iaitu setiap calon pilihan raya wajib lulus ujian khasnya Bahasa Malaysia bertulis dan lisan. Jika gagal maka dia tak layak jadi calon. Apa guna jadi rakyat Malaysia jika tak boleh bercakap dalam Bahasa Malaysia.