31 Okt 2010

Adik Perempuan Teoh Beng Hock Ditahan, Undi Masyarakat Cina Akan Pergi Ke PAS

Adik Teoh Beng Hock ditahan di Galas

Pihak polis menahan adik perempuan Teoh Beng Hock atas dakwaan terlibat dalam kempen pilihan raya kecil di Galas.

Supt Maszely Minhad daripada ibu pejabat polis daerah (IPD) Gua Musang dan beberapa pegawainya menahan Lee Lan dan tiga lagi anggota kumpulan 'Malaysians for Beng Hock' di Kampung Baru Gua Musang.

Kumpulan itu, yang tiba di Galas semalam bagi "mencari keadilan" atas kematian Teoh - pembantu kepada seorang pemimpin DAP - dipercayai mengedarkan risalah berhubung kes mangsa kematian dalam tahanan polis tengah hari tadi.


Malam semalam dilaporkan abang ipar Teoh Beng Hock mendakwa dirinya diserang ketika cuba mendekati Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, di satu majlis di Gua Musang, Kelantan.

Soh Cher Hai, mendakwa dia ditolak dengan kasar dipercayai oleh ahli MCA sehingga terjatuh, apabila timbalan menteri itu enggan menemuinya untuk menyatakan sesuatu.

Cher Hai membuat laporan di IPD Gua Musang.

Tindakan-tindakan melampau tersebut dilihat akan memberikan impak negatif kepada BN di mana simpati masyarakat Cina terhadap mereka ekoran kekejaman polis itu akan menambahkan undi calon PAS di Galas.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kepada keluarga Teoh Beng Hock. Bertindaklah berpadan-padan, kalau nak dapat simpati pun tengoklah tempat yang sesuai. Di musim pilihanraya pun nak dapat simpati juga ke. Kalau melampau sangat orang menyampah dan tidak simpati lagi. Melalui kes Teoh ini banyak pihak yang ambil kesempatan untuk mempergunakan anda semua bagi kepentingan mereka, berhati-hatilah. Tunggu kes mahkamah tamat dahulu baharu ambil langkah selanjutnya.

Tanpa Nama berkata...

di dalam menegakkan kebenaran, ia tugas setiap masa dan di aman-aman. tak der siapa yg menyampah kecuali umno apco, pdrm dan sprm yang cuba menutup kes teoh beng hock

Tanpa Nama berkata...

Aku bersetuju dengan tindakan keluarga TBH. Memang masa-masa beginilah segala tingkah laku UMNO/BN didedah dan difahamkan kepada orang ramai supaya mereka mendapat maklumat yang berbagai untuk membuat pertimbangan sebelum memberikan undi.

Simpanlah sentimental anda itu dalam kocek lurus-bodoh anda. Pepatah melayu menyebut 'jangan berhakim ke berok'.

Budak Jelebu berkata...

Eden setuju sangat dengan tindakan keluarga TBH tu.. dalam situasi beginilah suara mereka menuntut keadilan dapat di dengar olah rakyat. pada hari2 biasa suara mereka di tenggelamkan oleh media arus perdana yang hanya tahu mengampu.Moga keadilan dapat di tegak kan untuk mendiang TBH dan juga seluruh rakyat Malaysia