15 Okt 2010

Anwar Sebuas Dan Sijijik Itu?

Mohd Saiful Dakwa Diliwat Individu Berprofil Tinggi Tanpa Kondom

KUALA LUMPUR, 14 Okt - Ahli patologi forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Siew Sheue Feng memberitahu Mahkamah Tinggi Khamis bahawa semasa merekodkan sejarah perubatan Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun, 2008, Mohd Saiful menyatakan bahawa dia diliwat oleh seorang individu berprofil tinggi sejak dua bulan sebelum itu, tanpa menggunakan kondom.

Beliau berkata Mohd Saiful memaklumkan kepadanya bahawa individu berkenaan tidak menggunakan kekerasan terhadapnya dan bahan pelincir digunakan dalam perbuatan itu, dengan episod terakhir berlaku dua hari sebelum dia pergi ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan perubatan.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan semasa pemeriksaan utama bilakah Mohd Saiful memberitahunya tentang perkara itu, Dr Siew berkata beliau mendapat maklumat itu daripada Mohd Saiful semasa merekodkan sejarah perubatannya.

"Selepas Mohd Saiful memberitahu dia diliwat, saya bertanya kepadanya sama ada kondom telah digunakan, Mohd Saiful menjawab tidak, tapi katanya bahan pelincir telah digunakan," kata Dr Siew pada perbicaraan kes liwat Pemimpin Pembangkang dan Anggota Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dituduh meliwat Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Dr Siew, yang berpengalaman mengendalikan antara 200 dan 300 kes forensik dan menyelia 20 kes liwat, berkata selepas beliau menemubual Mohd Saiful, pakar bedah umum Dr Mohd Razali Ibrahim dan pakar penjagaan kecemasan HKL, Dr Khairul Nizam Hassan pula melakukan pemeriksaan.

Katanya Dr Khairul Nizam membuat pemeriksaan terhadap tubuh Mohd Saiful, manakala Dr Mohd Razali memeriksa bahagian sulit pesakit itu.

Beliau berkata para doktor berkenaan mendapat keizinan Mohd Saiful sebelum melakukan pemeriksaan perubatan terhadap bahagian sulit mangsa dan merakam gambarnya.

Menjawab soalan Nordin sama ada pemeriksaan itu dibuat secara serentak, beliau berkata ia dibuat satu demi satu oleh dua doktor berkenaan.

Dr Siew berkata peranan beliau ialah mengendalikan spesimen yang diambil daripada Mohd Saiful.

Dr Siew, 40, saksi ketiga pendakwa, berkata laporan perubatan yang disediakan oleh beliau serta Dr Razali dan Dr Khairul Nizam, selepas membuat pemeriksaan terhadap Mohd Saiful, adalah tidak konklusif dan komprehensif kerana ia dibuat tanpa laporan kimia.

Doktor itu berkata beliau membuat keputusan secara konklusif bahawa berdasarkan keputusan empat sapuan yang diambil dari bahagian dubur Mohd Saiful semasa pemeriksaan perubatan pada 28 Jun, 2008, beliau mengesahkan bahawa telah berlaku penetrasi alat kelamin lelaki.

Katanya laporan yang disediakan oleh beliau, Dr Mohd Razali dan Dr Khairul Nizam pada 11 Julai, 2008, dibuat tanpa laporan kimia mengenai sapuan berkenaan dan lokasi ia diambil.

"Berdasarkan laporan itu dan mengetahui lokasi tempat sampel itu diambil, sekarang saya boleh mengesahkan bahawa telah berlaku penetrasi alat kelamin lelaki," kata Dr Siew bagi menjawab pertanyaan Nordin.

Menjawab soalan sama ada liwat boleh berlaku tanpa mengakibatkan sebarang kecederaan pada kawasan dubur mangsa, Dr Siew berkata perkara itu boleh berlaku sekiranya bahan pelincir digunakan atau kejadian itu lewat dilaporkan kepada doktor.

"Ini berkemungkinan terjadi apabila perbuatan itu tidak melibatkan kekerasan atau sanggahan," kata Dr Siew.

Beliau juga memberitahu mahkamah bahawa Dr Mohd Razali mengumpul sapuan yang ditanda sebagai B5, B7, B8 dan B9 yang diserahkan kepadanya dan menyita sampel berkenaan dalam botol yang distril sebelum melabel dan menyerahkannya kepada pegawai penyiasat kes berkenaan DSP Juge Blacious Pereira pada kira-kira pukul 12.35 tengah hari keesokan harinya (29 Jun, 2008).

Dalam keterangannya, saksi keempat pendakwa, Dr Khairul Nizam memberitahu mahkamah bahawa beliau telah membuat pemeriksaan fizikal terhadap Mohd Saiful, dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Katanya dalam pemeriksan itu, beliau mendapati terdapat tiga tanda pada bahagian kiri dan kanan bahagian atas belakang Mohd Saiful dan satu tanda pada bahagian tengah di kanan belakang mangsa, dan kemudian mengukur tanda-tanda itu.

Dr Khairul Nizam juga berkata penetrasi alat kelamin lelaki telah berlaku berikutan penemuan air mani lelaki pada bahagian 'periannal, low rectal dan high rectal' Mohd Saiful.

Peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar menangguhkan pemeriksaan balasnya terhadap tiga doktor itu kepada 25 Okt.

Terdahulu, Karpal memberitahu mahkamah bahawa beliau akan mengusulkan prosiding menghina terhadap individu tertentu berhubung kenyataan yang dibuat kepada media.

Katanya kenyataan itu tidak boleh dibincangkan kerana ia boleh mewujudkan prejudis terhadap perbicaraan kes berkenaan.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah meluluskan permohonan Karpal untuk memfailkan permohonan rasmi bagi mendapatkan prosiding menghina. - BERNAMA

Ulasan GB

Siapa yang berdusta. Anwar atau Saiful?

Jika saya berkesempatan untuk bertemu Anwar, saya akan bertanya: "Benarkah dakwaan Saiful itu? Katakan "Ya" atau "Tidak" sahaja.

Jika "Ya", maka tiada siapa yang berdusta. Jika "Tidak" maka salah seorangnya berdusta atau kedua-dua sekali pendusta.

Tiba-tiba Anwar berkata, "Najib akan paggil pilihanraya mengejut", untuk menghentikan soalan GB itu supaya ahli-ahli PR jangan sibuk-sibuk cungkil halnya.

Sadangkan di luar sana, tidak ada ribut, tidak ada taufan, untuk Najib memanggil pilihanraya umum secara mengejut itu.

21 ulasan:

Prof. Era Pasca berkata...

GST akan di tangguh untuk menjalankan pru

anwar akan di tangkap sbelum pru

Tanpa Nama berkata...

Aku cenderung untuk percaya walaupun aku penyokong kuat PAS dan PKR. Sebabnya takkan semua nak berbohong cerita benda sama, sebab ada unsur-unsur kelogikan pada cerita mereka, sebab ada unsur-unsur meragukan dalam tingkah laku DSAI (apakehal ambik mamat2 uneducated spesies sama untuk jadi pembantu), sebab DSAI sendiri tak pernah nak cuba jawab persoalan ini secara head on mahupun nak bersumpah tak buat. Asyik konspirasi, konspirasi je. Aku ada kawan (lelaki) masa belajar dulu, bila bercakap tak lekang ayat Qur'an dan hadith alih-alih aku yang lelaki ni nak dirogolnya. Ini buat aku ada sedikit keraguan pada sesiapa pun. Elok PAS take over Pakatan je.

Tanpa Nama berkata...

berita baik untuk orang kampong.
harga sawit dan getah naik.
gst ditangguh.

mesti ada pilihanraya buat semua orang terkejut. musim haji pun boleh buat pilihanraya.

Tanpa Nama berkata...

GB;

Jika diteliti kes DSAI ini tidak tumpah dengan siri-siri dalam CH731Astro (Criminal Investigations) di mana segala pelusuk orang akan dikerah untuk memberi keterangan bagi mensabitkan tertuduh bersalah. Paling hebat panggil rakan sepenjara untuk memberi keterangan, mana datangnya idea seperti ini selepas 2 tahun perbicaraan (tentu ada yang berikan)selepas mendapati kes ini kes yang lemah.

Malas nak cite panjang, sudah2lah dengan obsesi kerajaan pada benda liwat2 ini. Ada perkara yang lebih penting untuk fikirkan. Kaum Melayu lemah dengan hidangan episod sebegini. Kasihan saya tengok, bangsa2 lain di dunia tampil maju dengan idea2 tapi bangsa Melayu dengan kes liwat tak habis2 untuk menjahanamkan lawan politik dan melemahkan minda orang Melayu.

Sekian.

Tanpa Nama berkata...

walau pun perkara tu berlaku sungguh tapi kita dilarang menuduh selagi saifun tak bawa 4 orang saksi yang adil, sesetengah orang kata kalau nak tunggu 4 orang saksi sampai bila buleh hukum.dalam kes sepol ni perkara tu berlaku sebanyak 8 kali dia boleh bawa saksi bukan saja 4 orang tapi munkin berpuloh orang oleh demikian takada sebab kita cuba nak bela sepol yang bangang tapi cerdik bila nampak pulus.

Tanpa Nama berkata...

Pilihanraya akan diadakan pada tahun depan bulan April jika mengikut SB - SB dari Unit Tindkana khas yg rapat dengan PM. Kita tengok betul atau tak?????

bestoneoffour berkata...

Aku pun setuju, konarlah sana sini... selagi tiada 4 org saksi yang dapat mengesahkan kejadian ini selagi itulah sayfool ni memang dibayar untuk kes liwat ini.

Doktor2 yang buat pemeriksaan ni lagilah aku tak percaya...

Doktor KERA...jaanlah katakan.

Cumi Manzui berkata...

Saudara GB,
Bukan kuasa kita untuk mengata "Ya" atau "Tidak". Soalnya ialah kenapa bila pihak dituduh memohon bukti dari pihak pendakwa, ianya tidak dibenarkan? Kenapa Dr yang mengesahkan tiada penetrasi sudah "hilang"? Kenapa selepas dua hari disetubuhi dan juga selepas 8 kali, baru Saiful teringat nak lapor dan buat bodu check-up? Kenapa ....
Ingat saudara GB, AKU bukan penyokong Anwar tapi keadilan. Adaka seorang yang diliwat masih boleh tersenyum lebar dan masih boleh menjalinkan "hubungan" dengan orang lain? Teringat AKU akan saksi terdahulu yang menyatakan dia tak suka diliwat tapi terlibat dalam kes khalwat? Hairan bin Ajaib. Orang melayu kita memang suka akan kes-kes yang sebegini. Kan 'Malay'sia boleh.

Waris berkata...

Malas dah nak fikir pasal anwar. Dia buat ke tak buat ke aku peduli apa. Kalau dia buat dia tanggung sendiri dosa dia. Selama ni rakyat berpihak pada dia pun dia bkn peduli. Dia sibuk dgn politik tak habis2. Mintalah bantuan azmin kesayangan tu utk bebaskan dia dari fitnah. Senang cakap... GO TO HELL...

Tanpa Nama berkata...

Sikit hari lagi ancaman BN nak penjarakan Anwar dah tak guna dan laku. Sebab org dah tak kisah Anwar kena penjara atau tidak.

YANG PENTING PRU 13 RIWAYAT BN MESTI DITAMATKAN AT ALL COST !!!!!!

Tanpa Nama berkata...

alaikaya.com

Ini bukan persoalan siapa yg berdusta tapi lebih menjaga maruah seorang muslim. PAS harus kepada isu pokok bukannya mencari siapa berdusta. Kes DSAI ini sebenarnya menguji iman kita sebagai seorang muslim. Dalam Al-Quran dah jelaskan kalau seseorang tidak dpt membawa 4 saksi bagi kes-kes spt liwat dan zina, maka penyaksian org ini (fasik) tidak boleh lagi dipakai sehingga kiamat. Islam lebih kepada menjaga maruah agama bukan membuka aib muslim. Bukankah itu yg diperjuangkan PAS?

Tanpa Nama berkata...

Salam kepada semua dan penulis blog ini. Sebelum anda membuat penghakiman atau menjadi putus asa atau tak lagi mahu ambil tahu pasal penganiayaan kes DSAI ini, seharuhnya anda patut sedar bahawa agenda perancang kes ini telah sedikit sebanyak berjaya memberi kesan dan menghilangkan keyakinan (termasuk penulis blog) ke atas DSAI.

Mudahnya manusia berubah pendirian. Janganlah kita terbabit sama mendapat saham di atas dosa-dosa dan penipuan dalam kes ini dan menjadi pendorong atau membuat orang lain terdorong untuk membenci, menuduh dan sebagainya. Bagi saya hanya hukum Allah AWT yang adil dan saksama tidak akan kurang dan tidak akan lebih ke atas sesiapa yang bersalah.

Fikir dulu sebelum tulis.... mungkit terpalit dosa tanpa anda sedari akibat tulisan anda.

GB berkata...

Ini masalahnya bIla tak faham mengenai syariat Islam.

Empat orang saksi diperlukan apabila tertuduh TIDAK MENGAKU melakukan kesalahan (zina).

Di dalam keadaan dimana tertuduh jika mengaku ada melakukan zina atau liwat, maka hukum rejam dikenakan ke atasnya.

Ini berdasarkan kepada sebuah hadis tentang peristiwa seorang lelaki bernama Ma`iz al-Aslami yang telah mengaku berzina sebanyak empat kali (pengakuan) dalam empat majlis di depan Nabi s.a.w. Setelah Nabi s.a.w. memastikan Ma`iz memahami pengertian zina yang sebenar dan mengutuskan beberapa sahabat lain untuk memastikan beliau tidak cacat akal atau terlalu bodoh, maka Nabi s.a.w. jatuhkan hukuman rejam ke atas beliau.

Jadi yang utama ialah samada Anwar sudah mengaku atau belum. Sudah berkata Ya atau Tidak.

Itu yang GB perlu tanya, bukan terus-terusan tuduh atau terusan-terusan tolak.

Soal Saiful, RahimI dll terima duit untuk buat pengakuan, itu hal dia. Biar dia bertanggungjawab. Malah kalu dia tokok-tambah sekalipun, dia yang bertanggungjawab.

Bagi GB, yang penting ialah Anwar sendiri, jika dia berkata YA, maka patut teruslah beliau dihukum. Jika dia berkata TIDAK, maka barulah perlu qazaf dengan 4 orang saksi yang tsiqah.

Jika Anwar berkata BENAR, maka terlepaslah dia dari siksaan di "sini" dan di "sana". Jika dia berdusta, di "sini" mungkin terlepas, tetapi tidak di "sana".

Itu kepentingan untuk TIDAK BERDUSTA.

john labu berkata...

dalam kes kali ini hanya Tuhan, anwar dan saiful saja yg tahu !!!
Tak pelik ke ?
1.Air mani anwar ada dalam dubur saiful tapi luka dalam dubur tak ada ????? Dr Khairul Nizam juga berkata penetrasi alat kelamin lelaki telah berlaku berikutan penemuan air mani lelaki pada bahagian 'periannal, low rectal dan high rectal' Mohd Saiful.Sebagai seorang doktor ,mereka tak boleh kata begitu (penetrasi alat kelamin telah berlaku..salah tuu)sedangkan luka dalam dubur tak ada !! Doktor hanya boleh kata saya telah ambil sample dalam dubur berlabel A,b c dll ...Persoalan nya DR tuu bukan nya orang yg buat DNA test pada sample itu ...Semuanya urusan POLIS dan ahli kimia (pada masa tuu semua boleh berlaku !!! Aku yakin polis yg bawa sample tuu sangat-sangat tahu !!!sekarang Tan sri Musa dah tak berkuasa ,piii tanya dia ..

2. Walaubagaimana pun tidak kah anda berfikir bahawa semua pembantu anwar /PA dia dll.. semuanya jenis "JAMBU" ..saya tak nak tuduh tapi sekadar ingin mengajak anda berfikir...Umno memang jahat ,kita semua tahu tapi kenapa anwar tidak di tuduh/difitnahkan kaki rasuah/kaki betina/kaki arak kenapa liwat ,liwat,liwat yg di "fitnahkan"

sekadar renungan !!!Selamat mengerjakan HAJI ...

Tanpa Nama berkata...

Bagi GB, yang penting ialah Anwar sendiri, jika dia berkata YA, maka patut teruslah beliau dihukum. Jika dia berkata TIDAK, maka barulah perlu qazaf dengan 4 orang saksi yang tsiqah.

Jika Anwar berkata BENAR, maka terlepaslah dia dari siksaan di "sini" dan di "sana". Jika dia berdusta, di "sini" mungkin terlepas, tetapi tidak di "sana".


GB benar!

Tanpa Nama berkata...

GB said...
Ini masalahnya bIla tak faham mengenai syariat Islam.

Empat orang saksi diperlukan apabila tertuduh TIDAK MENGAKU melakukan kesalahan (zina).

Di dalam keadaan dimana tertuduh jika mengaku ada melakukan zina atau liwat, maka hukum rejam dikenakan ke atasnya.

Ini berdasarkan kepada sebuah hadis tentang peristiwa seorang lelaki bernama Ma`iz al-Aslami yang telah mengaku berzina sebanyak empat kali (pengakuan) dalam empat majlis di depan Nabi s.a.w. Setelah Nabi s.a.w. memastikan Ma`iz memahami pengertian zina yang sebenar dan mengutuskan beberapa sahabat lain untuk memastikan beliau tidak cacat akal atau terlalu bodoh, maka Nabi s.a.w. jatuhkan hukuman rejam ke atas beliau.

Jadi yang utama ialah samada Anwar sudah mengaku atau belum. Sudah berkata Ya atau Tidak.

Itu yang GB perlu tanya, bukan terus-terusan tuduh atau terusan-terusan tolak.

Soal Saiful, RahimI dll terima duit untuk buat pengakuan, itu hal dia. Biar dia bertanggungjawab. Malah kalu dia tokok-tambah sekalipun, dia yang bertanggungjawab.

Bagi GB, yang penting ialah Anwar sendiri, jika dia berkata YA, maka patut teruslah beliau dihukum. Jika dia berkata TIDAK, maka barulah perlu qazaf dengan 4 orang saksi yang tsiqah.

Jika Anwar berkata BENAR, maka terlepaslah dia dari siksaan di "sini" dan di "sana". Jika dia berdusta, di "sini" mungkin terlepas, tetapi tidak di "sana".

Itu kepentingan untuk TIDAK BERDUSTA.

HUJJAH GB MANTAP.
DSAI SUDAH MENJADI LIABILITI KEPADA PAKATAN RAKYAT.
SEBAB ANWARLAH BERLAKU YB-YB MELOMPAT SEHINGGA PR TERCEMAR.

SEBAB ANWARLAH PR GAGAL KE PUTRAJAYA SBB BELIAU MENGHEBAHKAN RANCANGAN UNTUK MENCURI MP BN YANG AKIBATNYA NAJIB BERTINDAK LEBIH PANTAS.

ANWAR SUDAH TIDAK LAYAK MEMIMPIN PR. PERLU DICARI PENGGANTINYA APABILA BELIAU KE PENJARA NANTI.

... SIAPA?
PAS SUDAH ADA CALONNYA.
ALLAH SWT TELAH MENGHANTAR NIZAR KE PARLIMEN. BUKANKAH BELIAU LBH LAYAK?

Tanpa Nama berkata...

Kesian kepada hamba Allah bernama Anwar Ibrahim sehingga GB sendiri dah jadi was-was. Hebat UMNGOK ni...sgt hebat sehingga org yg ada ilmu syriat Islam pun boleh diperdaya..

GB berkata...

Anon 4.08 di atas,

Anwar sebenarnya tak tak kasihan kepada dirinya.

Cukuplah, blogger spt GB telah byk membantu Anwar selama ini, tetapi Anwar tak serik-serik lagi dan tidak berubah. Malah Anwar sendiri membelakangkan blogger spt GB.

Kembali kepada kebenaran. Kembali kepada Allah. Bukankah Dia Sebaik-baik Hakim? (alaisallahu biahkamil-hakimiin?)

Tanpa Nama berkata...

semoga allah tumbangkan najib, UMNO dan BN atas kejahatannya, nauzubillah

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
sokong adil berkata...

Sdr Anwar Ibrahim memang telahpun cuba mencari penyelesaian dimahkamah syariah, malangnya ditolak. Apalah yg nak diharapkan dgn mahkamah sivil yg telah diketahui tentang "bias"nya kepada pihak pemerintah! Tidak menjadi satu kewajipan bg Sdr Anwar utk mengaku YA atau TIDAK jika ia melakukan kesalahan. Kalau DSAI mengaku YA, maka apa gunanya diteruskan penghakiman tersebut. Bermakna DSAI mengaku tidak bersalah diatas semua pertuduhan tersebut. Kalau dah mengaku bersalah, sudah tentulah dia awal2 lagi telah disumbat masuk ke penjara. Takkan itu pun sdr GB tak reti dan tak faham2. Bagi saya DSAI adalah ikon semasa yg ada yg mampu utk membongkar kemungkaran dlm UMNO. Oleh kerana itu UMNO akan berusaha utk menyingkirkan DSAI melalui pelbagai cara samada melalui sistem kehakiman yg ada, atau melalui persepsi umum terhadap beliau. Bukanlah tugas sy utk menentukan dosa2 Anwar sebelum dibuktikan secara Islam dan tidaklah wajar bg kita mempunyai perasangka buruk (suul dzan) terhadap beliau dgn membuat andaian2 yg belum tentu benarnya. Org yg membuat tuduhan tanpa bukti adalah berdosa besar... sdr GB tentu sedia maklum ... Wallahu'alam.