28 Sep 2010

Mengapa Tiada Tindakan Ke Atas Bekas Pengerusi Eksekutif MAS?

Salahuddin gesa PACC siasat kerugian MAS semasa Tajuddin

KUALA LUMPUR, 28 Sept — Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menggesa Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menyiasat isu kerugian RM8 bilion MAS didakwa dialami ketika pengurusan bekas pengerusi eksekutifnya Tan Sri Tajudin Ramli.

Salahuddin berkata beliau juga telah meminta jawatankuasa khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). yang beliau merupakan salah seorang anggotanya, agar siasat segera isu tersebut selepas badan antirasuah itu gagal menyiasat kes berkenaan.

“Hari ini saya telah menghantar surat kepada SPRM dan PAC berhubung kerugian RM8 bilion ditanggung MAS.

“Saya mahu kedua-dua agensi ini menyiasat secara terperinci mengenai perkara ini dan memanggil mereka yang terlibat termasuk Tajuddin untuk memberikan keterangan,” katanya.

Beliau juga menggesa suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat dan menyelesaikan isu kerugian MAS.

“Saya mahu suruhanjaya diraja isu ini adalah kes berprofil tinggi selain melibatkan agensi termasuk SPRM dan MAS sendiri.

“Jadi saya rasa perlu suruhanjaya diraja ini ditubuhkan,” katanya.

Ini merupakan kali ketiga Salahuddin membuat kenyataan berhubung kerugian MAS selepas kali terakhir pada Ogos lalu.

Sebelum ini Salahuddin meminta Perdana Menteri campur tangan dengan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyelesaikan isu kerugian RM8 bilion yang ditanggung MAS berikutan dakwaan bahawa SPRM mendedahkan maklumat kepada pihak polis sehinggga pihak-pihak bertanggungjawab tidak didakwa lagi.

Beliau berkata, berkata isu itu telah berlarutan sejak lapan tahun lalu melibatkan dua bekas perdana menteri sebelum ini, dan Datuk Seri Najib Razak perlu menunjukkan komitmen menyelesaikan masalah ini.

Laporan polis pertama terhadap Tajuddin pada 2002 kerana dipercayai menyebabkan syarikat itu mengalami kerugian lebih RM8 bilion.

Tajuddin menerajui MAS dari 1994 hingga 2001.

Laporan kepada SPRM bertarikh Mei 2009 mendakwa Jabatan Peguam Negara enggan mendakwa Tajuddin walaupun ketua CCID ketika itu Datuk Ramli Yusoff memberi jaminan pada 2007 bahawa ia ada menemui kesalahan-kesalahan yang boleh dibuktikan.

Malah laporan itu mendakwa Tajuddin diberikan akses kepada rekod-rekod siasatan dan polis yang kemudian digunakan untuk dakwaan proses artibrasi. -TMI

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mahathir lebih tahu keman wang tu pergi, sebab tu bimbang anwar jadi PM

Tanpa Nama berkata...

kalau nak siasatan yang telus BN kenalah ditumbangkan, semuanya berkaitan UMNO dan BN.

matpokai berkata...

Sama ada PAC atau SPRM tak akan sentuh kes ni sebab akan membabitkan ramai pemimpin UMNO dan bekas PM,Mahathir Kutty.Kalau kes macam kes MAS dan Tajuddin ni nak disiasat,kena tunggu PR masuk Putrajaya.Ini yang amat ditakuti oleh pemimpin UMNO cuma begitu ramai ahli UMNO yang tak faham-faham masih "Dulu,Sekarang dan Selama-lama".

Tanpa Nama berkata...

Kalau BN tumbang bukan saja kes MAS akan terbongkar, malah banyak kes-kes lain yangakan terdedah.