5 Sep 2010

Kisah 756 Ahli PAS Sertai UMNO

&56 ahli PAS masuk Umno, bohong!

Laporan behubung 756 ahli PAS di Parlimen Larut menyertai Umno adalah bohong dan sengaja direka Umno.

Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain ketika menafikan perkara itu berkata, tidak ada sejumlah tersebut keluar daripada parti itu dan menyertai Umno.

"Kita menafikan dan percaya ianya sengaja diada-adakan.

"Yang sebetulnya, 26 pemuda Umno termasuk ketua cawangan menyertai PAS dua bulan lalu," katanya kepada Harakahdaily.

Media hari ini melaporkan seramai 756 ahli PAS dari 42 cawangan di kawasan Parlimen Larut menyertai Umno.

Ianya didakwa diketuai bekas timbalan ketua PAS cawangan Bagan Baru, Mat Arop Samat.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Larut, Nazri Din berkata hanya Mat Arop dan isteri sahaja masuk Umno dua bulan lalu.

"Mat Arop ni sebenarnya kecewa sebab zaman Pakatan Rakyat memerintah dia tidak dilantik menjadi Ahli Majlis dan Ketua Kampung.

"Saya nak cabar Umno, kalau betul ada 756 itu, tolong namakan mereka dan saya janji akan bagi RM100 seorang kepada mereka semua," katanya.

Mat Arop menurut Nazri adalah bekas pemuda tahan lasak Umno yang kemudian menyertai PAS.

Beliau kini memegang jawatan pengerusi masjid dan pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Tambah Nazri, beliau yakin isu yang dibangkitkan ini hanya mahu mengalihkan isu sebenar berhubung penyelewengan tanah Felcra oleh Ketua Umno Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin.

"Beliau cuba alih pandangan rakyat Kubu Gajah tentang penyelewengan tanah Felcra di Sungai Malau.

"Dia beri satu lot enam ekar kepada ibu dia sendiri Mardiah Binti Lah, menyebabkan orang lain marah," katanya yang mendakwa ada dokumen sebagai bukti.

Semua ahli PAS itu telah menyerahkan borang permohonan keahlian kepada pengerusi badan perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sempena majlis rahmat Ramadan bersama menteri besar di Kampung Bayan Baru, Kubu Gajah, di Selama, semalam.

Mat Arop berkata beliau menjadi ahli PAS selama 32 tahun dan memegang jawatan itu selama 22 tahun dan mendapati parti itu menyimpang dari perjuangan asal. -harakahdaily

756 ahli PAS di parlimen Larut sertai Umno

Seramai 756 ahli PAS dari 42 cawangan di kawasan Parlimen Larut mengambil keputusan berpaling tadah dan menyertai Umno. Alasan mereka ialah hilang keyakinan terhadap parti yang hilang arah dalam membela nasib ahlinya.

Bekas timbalan ketua PAS cawangan Bagan Baru, Mat Arop Samat, yang mengetuai kumpulan itu, berkata keputusan keluar parti itu dibuat dengan kerelaan hati tanpa paksaan atau sogokan dari mana-mana pihak.

Semua ahli PAS itu telah menyerahkan borang permohonan keahlian kepada pengerusi badan perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sempena majlis rahmat Ramadan bersama menteri besar di Kampung Bayan Baru, Kubu Gajah, di Selama, semalam.

Mat Arop berkata beliau menjadi ahli PAS selama 32 tahun dan memegang jawatan itu selama 22 tahun dan mendapati parti itu menyimpang dari perjuangan asal.

Umno semakin teguh

Bercakap pada sidang akhabr selepas majlis itu, katanya, kewibawaan kepimpinan Zambry sebagai Menteri Besar dan pemimpin BN juga mendorongnya untuk beralih arah kepada Umno.

"Di bawah pentadbiran Zambry, beliau berjaya menyatukan semua pihak tanpa sebarang sengketa...cuba tengok di Pulau Pinang dan Selangor sekarang... semuanya kelam kabut dan bergolak," katanya.

Jelasnya, bagi membuktikan perjuangan bersama parti baru itu benar-benar ikhlas, dia bersama kumpulan itu akan mengadakan kempen menambah keahlian Umno secara besar-besaran.

Dalam pada itu, Zambry mengalu-alukan ahli baru itu sambil berkata tindakan mereka memilih Umno menunjukkan parti itu semakin teguh di Perak. - Bernama


Ulasan GB

Samada wartawan BERNAMA, MB Rayuan bernama Zambry dan lain-lain yang terlibat, mereka lansung tidak hirau bulan Ramadhan atau tidak, puasa atau tidak untuk melakukan pembohongan dan penipuan. Kerana dah terbiasa demikian. Sungguh menjijikkan perbuatan mereka ini.

2 orang dilaporkan 756 orang. Diikatnya borang UMNO setelbal-tebal nak buktikan memang lebih 700 orang untuk diserahkan kepada MB Rayuan. Alasannya untuk menyertai UMNO begitu streotaip: PAS kononnya telah menyimpang dari perjuangan asal.

Semakin kerap dilakonkan perkara itu selalu rakyat semakin meluat dengan UMNO. Penipuan tidak boleh samasekali menutup kebenaran. Permata adalah tetap permata walau disalut dengan kaca dan kaca tetap kaca walau disalut dengan permata. Bagaimana kaca boleh menjadi permata? Bagaimana penipuan boleh menjadi kebenaran?

Wartawan Bernama dan ahli-ahli UMNO hanya berpegang kepada perkara-perkara sementara yang bersifat ilusi yang direka-reka untuk menyedapkan hati. Yang kekal adalah tetap THE ULTIMATE TRUTH yang tak mungkin dihalang apabila ianya benar-benar terjadi. Macam tsunami. Itu pun tak faham-faham lagi? Munkin nak Tuhan bagi pengajaran yang lebih hebat dari Tsunami baru bisa mengerti?

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nampaknya cik matarop menyertai pas bukan atas dasar kesedaran nak menegakan sariat islam sebaleknya mungkin kecewa dengan masalah peribadinya dengan umno pada masa itu,sebenarnya kita perhatikan ramai mereka2 yg kecewa kerana tidak dapat habuan dalam umno menyertai pas ahir kembali kepada umno orang macam ni kalau berada dalam pas pun buat menimbul masaalah ibarat duri dalam daging.

Tanpa Nama berkata...

biarkan anjing menyalak bukit... bukit tu tak kan hancur...

Tanpa Nama berkata...

Laa orang yang cerdik juga kena kelentong. Tak kisahlah, dulu ramai yang kena tipu melabur dalam skim cepat kaya. Pakar ekonomi juga kena.