3 Sep 2010

Kelantan Akan Pohon Tangguh Salur Wang Ihsan

Tangguh salur wang ihsan

Kerajaan Kelantan bercadang untuk memfailkan satu lagi tuntutan untuk menghentikan penyaluran wang ihsan yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan kini sehingga kes saman terhadap Petronas selesai.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata, perkara tersebut akan dibincangkan dengan peguam kanan yang sama, Tommy Thomas dalam sedikit masa lagi.

“Kerajaan Negeri akan dapatkan pandangan daripada peguam, Tommy bagi tujuan untuk melaksanakan fail tuntutan itu nanti,” beliau berkata demikian di Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya kepada anak-anak yatim dan ibu tunggal di Dewan Undangan Negeri (DUN) Salor di sini, semalam.

Menurutnya, peruntukkan sebanyak RM25 juta yang diluluskan Kerajaan Persekutuan sebagai pemberian wang ihsan pertama kepada negeri itu perlu dihentikan untuk sementara waktu.

“Peruntukkan dari Kerajaan Pusat itu sedikit sebanyak ada kaitannya dengan isu tuntutan royalti minyak yang difailkan Kerajaan Negeri di Mahkamah Dagang, Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

“Jadi, kita akan cuba untuk memohon kepada mahkamah supaya pembahagian wang berkenaan dihentikan sehingga keputusan ke atas kes saman Petronas itu diputuskan oleh mahkamah berkenaan,”
katanya.

Isnin lalu, Kerajaan Kelantan memfailkan saman terhadap Petronas kerana mendakwa syarikat minyak negara itu melanggar perjanjian selain menuntut syarikat sama untuk melaksanakan perjanjian petroleum dengan negeri ini. -SH

Ulasan GB

Satu langkah yang tepat dn bijak. Wang ihsan yang telah disalurkan kepada JPP Kelantan yang dikuasai UMNO perlu diserahkan semula kepada Petronas. Seandainya ada yang telah dibelanja atau diagihkan ia perlu dihenti dan dipungut semula supaya tiada satu sen pun wang ihsan yang boleh disalurkan keluar sebelum mahkamah membuat keputusan mengenai kes saman kerajaan Kelantan terhadap Petronas yang telah dikemukakan baru-baru ini.

Jika berjaya, terkedu Najib, terkedu Mustapa, terkedu Awang Adik, terkedu UMNO-BN.

Dan tahniah untuk Husam, tahniah Kelantan. Semuga tuan-tuan semua berjaya kali ini.
Lawan Sampai Menang!

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ini lah kerja puak2 umno yang menguruskan kewangan. memang muka tak tau malu... yang punya kuasa di kelantan adalah PAS, tapi berok2 umno pulaklah menguruskan kewangan... apa? macam orang2 kelantan ni bodoh tak sekolah... MARILAH KITA BERSAMA2 MENDOAKAN UNTUK PAS KELANTAN SUPAYA MENANG DALAM SAMAN KALI INI.. biar padan muka umno bee end... entah apa dibuatnya dengan duit2 hak rakyat kelantan tu kita pun tak tahu... LEPAS INI AKAN TERBUKALAH PULA PEKONG DIDADA PUAK2 NAJIB NI... semoga ALLAH BAKAL MEMBERI KEMENANGAN KERAJAAN PIMPINAN TUAN GURU NIK AZIZ... DALAM MEMPERJUANGKAN HAK RAKYAT YANG DITINDAS OLEH UMNO SEJAK BERTAHUN2 YANG LALU....

Tanpa Nama berkata...

tumbangkan pemerintahan UMNO PRU13

Tanpa Nama berkata...

salam....apa yg dinyatakan adalah kebimbangan spt mn yg berlaku di tranung..........sbm saman petronas lg sy adatulis....pastikan sekatan akan wang ehsan ini di bw bersama semasa saman tbt.....krn....UMNO tetap akan alurkan wang ehsan walaupu Petronas disaman..tgk di tranung...sampai ari ni masih bg wang ehsan...org tranung khayal dgn wang...tu sbb payah mrk nk sokong PAS dah...mungkin org Klantan x mcm org Tranung...tp yg penting ada arahan dr mahkamah...wng ehsan dr akaun Petronas x leh dikuarkan utk diberi kpd org Klantan ....patut ari submit sekali...sbb duit tu yg songlap nnti puak ketua bahagian UMNO je...spt kt Tranung....mewah puak2 ni...rakyat dptlah 100 ke 200 ...lain depa sapu habih...Klantan kena cepat sbmmrk amik dr akaun Petronas...mrk ni ckp bab songlap duit...

Tanpa Nama berkata...

UMNO nak perabih segera wang petronas, kerana bimbang pakatan keputrajaya???