14 Jul 2010

SPR Sedang melakukan Persempadanan Semula Untuk Kepentingan BN

Persempadanan semula: Strategi Umno-BN untuk menang

KUALA LUMPUR: Pengarah Pilihanraya PAS Datuk Abdul Halim Abdul Rahman mendedahkan kerajaan memasukan pengundi Barisan Nasional (BN) ke kawasan sasaran mereka melalui usaha persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dilaksanakan tidak lama lagi.

"Jumlah pengundi yang dimasukkan ke kawasan sasaran bergantung kepada sesuatu kawasan terbabit di mana BN kalah tipis sekitar seribu atau dua ribu di kerusi parlimen dalam pilihan raya umum (PRU) lalu.

“Sementara pengundi Cina yang tidak menyokong mereka akan di keluarkan dari kawasan itu," katanya di lobi Parlimen hari ini.

Menurut beliau, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan melaksanakan projek persempadanan semula awal tahun depan. BN mensasarkan mendapat antara 160,000 hingga 500,000 orang pengundi baru untuk PRU akan datang.

"Kerajaan juga memberi taraf pemastautin tetap kepada rakyat asing supaya mengundi mereka. Sebanyak 90 peratus warga Indonesia yang bekerja dalam sektor pembinaan, perladangan dan perkilangan diberi taraf itu," terang beliau.

Beliau berkata, “pengundi baru ini akan didaftarkan di kawasan dewan undangan negeri dan parlimen yang BN kalah tipis dalam PRU lalu. PAS sedang memantau perkara ini dan kita ada cara untuk menanganinya."

Katanya, mengikut perlembagaan SPR, suruhanjaya itu boleh menjalankan kajian persempadanan semula setiap lapan tahun. SPR akan membentangkan kajian ini kepada kerajaan pada Mac tahun depan sebelum dibentangkan di Parlimen untuk diluluskan.

“Saya yakin kerajaan menggunakan kajian persempadanan semula ini untuk memasukkan pengundi baru itu," ujar beliau.

Abdul Halim berkata, "BN mahu merampas kembali majoriti dua pertiga kerusi parlimen dalam PRU akan datang. PAS merasakan PRU akan diadakan hanya apabila BN rasa boleh menang dengan majoriti dua pertiga. -FMT

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SPR parti komponen UMNO,macam SPRM juga

Tanpa Nama berkata...

kita suka mengingatkan kepada maknusia yg agama islam dalam SPR supaya setiap apa yg kita lakukan mesti mengambil kira hukum taklif 1)wajib
2)haram
3)sunat
4)makroh
5)harus
puak2ni kalau tak diingatkan langsong yak ambil kira tentang dusa pahala janji suru.

mat tunggu berkata...

Kerja-kerja kotor ni memanglah kerja UMNO yang memperkudakan SPM,MACC,dan polis.Apa nak heiran? Buang masa sahaja meminta keadilan dan perlaksanaan demokrasi tulin kepada cawangan-cawangan UMNO ni.Fahamlah sikit siapa bayar gaji mereka,mereka tak akan menggigit tangan yang memberi mereka makan.Mengetahui semua ini,apa Halim nak buat selaku Pengarah Pilihanraya PAS Pusat.Bercakap saja tak jadi,mesti ada perancangan dan gerak-kerja untuk menghadapi ancaman ini.Kami ahli-ahli PAS sedang menunggu.

hussin berkata...

mat tunggu,

betul soalan ko pada halim. setakat cakap je buat apa? cakap kat muktamar di putik dulu pun entah apa2. tak bunyi bab pru13, sedangkan dia pengarah pr. oh, styrategi tak leh bagi tahu, tak leh bincang di khalayak ramai. secara senyap pun tak ada?