26 Jun 2010

Siling Kompleks Mahkamah Runtuh Lagi. Bencana Yang Tak Henti Menimpa Negara

Siling Kompleks Mahkamah Jalan Duta Runtuh Lagi

KUALA LUMPUR: Siling Kompleks Mahkamah, Jalan Duta di sini sekali lagi runtuh dalam tempoh tiga tahun yang berpunca dari paip air pecah.

Pengarah kompleks berkenaan, Azizah Mahamud berkata, paip itu pecah ekoran tekanan air yang tinggi sehingga mengakibatkan sebahagian siling kafetaria dekat pejabat pos mini itu runtuh.

"Siling yang runtuh ialah di bahagian dalam dan luar pejabat pos yang terletak di aras bawah kompleks," katanya di sini hari ini.

Difahamkan siling itu telah runtuh kelmarin dan dibaiki, bagaimanapun ia rosak sekali lagi pagi kelmarin.

Pada Mei 2007, dua siling mahkamah berukuran 1.48 meter persegi runtuh di sebuah bilik Mahkamah Sivil di kompleks itu yang baru sahaja dibuka pada ketika itu.

Kejadian itu berlaku selepas kejadian paip bocor dari siling sehingga kafetaria yang sama dibanjiri air di kompleks yang bernilai RM270 juta itu. -MSTAR

Ulasan GB

Petanda bencana menimpa negara tak kunjung sudah selagi BN memerintah.

4 ulasan:

kembara putih berkata...

Inilah padahnya bagi projek secara rundingan terus. Kontraktor kroni akan menghasilkan kerja cap ayam dan bermutu rendah padahal kerajaan bayar pada harga tinggi.

Awanama berkata...

kerajaan memang bayar pd harga tinggi, tapi komisen juga tinggi untok yg dapat projek kepada orang yang bagi projek.... itulah dia kerajaan bee end.... WAHAI RAKYAT MALAYSIA.... BUKA LAH MATA DAN TELINGA.... JGN HANYA TENGOK TV DAN BACA AKHBAR BEE END SAJA... BACALAH JUGA AKHBAR DARI PAKATAN RAKYAT...

Awanama berkata...

dah jelas tanda kejahutan kerajaan najib, insyaalah

Awanama berkata...

UMNO pun dah nak runtuh, mahasiswa anti UMNO dan PTPTN