26 Jun 2010

Isu Lesen Judi Dedahkan Pemimpin UMNO Jahil Hukum-hakam Ugama

Umno tolak judi sukan, kelulusan ditarik balik

Kerajaan tidak akan mengeluarkan lesen judi sukan atas pertimbangan agama dan juga kesan politik, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak malam ini.

Katanya, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam ini, dan keputusan tersebut disokong sebulat suara.

Menurut Najib, di peringkat awalnya, terdapat perbezaan pendapat mengenai perkara itu, tetapi selepas itu, semuanya akur dengan keputusan berkenaan.

Ditanya mengenai parti-parti komponen BN yang menyokong pemberian lesen judi sukan itu, Najib berkata:

"Saya percaya mereka terima kerana ini keputusan kerajaan. Kerajaan memikirkan sebaik-baiknya kepentingan masyarakat pada keseluruhannya."

Menjawab soalan, perdana menteri berkata, Ascot Sports Sdn Bhd telah dimaklumkan mengenai keputusan tersebut.

Perdana menteri turut ditanya sama ada kerajaan perlu membayar sebarang pampasan ekoran keputusannya untuk tidak mengeluarkan lesen berkenaan.

Menurutnya, kerajaan tidak perlu berbuat demikian kerana mengikut akta, menteri kewangan ada kuasa untuk menarik balik pada bila-bila masa.

Ditanya sama ada keputusan itu dibuat kerana kesan sosial dan pertimbangan ekonomi, perdana menteri berkata ia dibuat atas pertimbangan dari segi agama dan kesan politik.

Perdana menteri mengumumkan keputusan tersebut dalam satu sidang akhbar selepas mempengerusi mesyuarat MT di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini.

Najib berkata, sebenarnya lesen tersebut telahpun bermula pada tahun 1989 tetapi syarikat berkenaan mengalami kerugiaan besar pada tahun 1990.

Sejak tarikh tersebut, katanya, syarikat berkenaan beberapa kali cuba untuk memperbaharui lesen itu.

Baru-baru ini, katanya, kerajaan telah mengeluarkan kelulusan pada dasarnya kepada Ascot Sports dengan syarat-syarat tertentu yang perlu dipenuhi oleh syarikat berkenaan.

Selain itu, tegasnya lagi, kerajaan pada masa yang sama, turut mendapatkan pandangan umum sebelum lesen tersebut dikeluarkan.

"Ini kerana memandangkan masyarakat Malaysia berbilang kaum dan mempunyai pandangan mereka tersendiri dalam melihat kewajaran pemberian lesen tersebut dari sudut agama, ekonomi dan sosial," tambahnya.

Katanya, daripada tinjaun yang dilakukan, ada pihak yang menyokong dan menentangnya dan "kita ambil kira semua pandangan ini".

"Jelas pada kerajaan bahawa sebilangan besar mereka tidak bersetuju dengan pemberian lesen judi sukan kepada Ascot Sports.

"Oleh itu, kerajaan mengambil keputusan bahawa lesen berkenaan tidak akan dikeluarkan kepada syarikat tersebut," tegas perdana menteri.

Menurut beliau, keputusan tersebut disokong penuh oleh MT dalam perbahasan dan perbincangan dalam mesyuarat malam ini kerana masing-masing telah mengambil kira pandangan masyarakat.

Selain pembangkang dan NGO, pemberian lesen judi sukan tersebut turut dibantah oleh Umno Johor, Kedah, Perak dan Pemuda Umno.

Malah, Gabungan Mansuhkan Judi (GMJ) akan mengadakan perhimpunan membantah pemberian lesen tersebut pada 3 Julai ini.

Ulasan GB

Najib menarik balik lesen judi antaranya kerana pertimbangan politik katanya. Takut UMNO kalah besar dalam mana-mana PRK dn PRU.

Ternyata keputusan mengeluarkan lesen judi sebelum ini telah mendedahkan mengenai kejahilan pemimpin UMNO, Najib dan Awang Adik terhadap hukum-hakam agama yang tersangat jelas.

Najib tidak pernah mahu mengulas mengenai lesen judi yang telah dikeluarkannya sebelum ini dan sehingga dilihat gelombang rakyat menentang kelulusan itu, ia ditarik balik. Pun malam tadi Najib menyatakan beliau tidak akan membuat ulasan lagi selepas ini mengenai lesen judi berkenaan.

Watak-watak yang jahil agama ini yang sedang memerintah negara, disahkan oleh JAKIM yang menjadi tonggak hal-ehwal agama di dalam kerajaan, menjadi lembu yang dicucuk hidung, membisu tanpa sebarang kenyataan rasmi menentang keputusan kerajaan mengeluarkan lesen berkenaan. Ditambahkan pula dengan 40 ustaz muda yang rela menjadi lembu-lembu baru.


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam GB & Semua.
Melayu sekular tak nak ngaku bahawa Islam yg mengharamkan judi diberinya alasan atas dasar politik & agama.Kenapa tak tarik semua lesen judi yg berkuatkuasa sekarang.Takut Kehilangan Kuasa ditarik balik lesen judi bola tersebut BUKANNYA atas sifat seorang Islam yg patuh Suruhan ALLAH.Inilah golongan Islam Hipokrit.Wahai Najid kenapa keputusan ini tidak disepakati dalam mensyuarat komponen Bee End.Najib takut atas kelantangan PAKATAN RAKYAT tolak judi bknnya dilahirkan atas rasa takut pada ALLAH.Tiada Keikhlasan utk tolak judi dalam negara ini.

Tanpa Nama berkata...

najib dah kelam kabut, takut mana kehilangan sokongan rakyat, takut tak dapat bantuan dari mana koporat yang selalu bantu dalam pilihanraya .. dia tengah bercelaru nampak gayanya... jgn keputusan menarik balik lesen juga tengah perlawanan bermula... atau penarikan ini hanya gimik politik umno bee end aje kut.... susah la... nak percaya cakap2 kaki penipu ni.....

wartawanveteran berkata...

Apa masud Najib dengan perbezaan pendapat? Judi tu haram disisi Islam,there is no 2 ways about it.Yang nak meluluskannya tu menteri Islam dan Perlembagaan Negara pulak kata Islam tu Agama Resmi Negara.Perbezaan pendapat apa lagi?Pernah suatu ketika dulu,waktu UMNO mengadakan Perhimpunan Agong diDewan Nirwana,Hotel Hilton,(ketika itu PWTC belum dibina lagi)pengerusi ,menjalankan undi sama ada nak berhenti untuk Solah Jumaat,atau tidak.Cubalah fikir,nak Solah Jumaat pun kena undi.Andaian Najib tentang perbezaan pendapat,tak boleh diterima.