1 Mei 2010

Kes Tembak Remaja: Polis Reka Cerita?

Khalid Samad: Keterangan Saksi Kedua Sokong Saksi Pertama

Keterangan saksi kedua, Zafrullah Ahmad Zainal Abidin, mengesahkan jalan cerita saksi pertama berhubung kematian tragis Aminulrasid Amzah yang maut ditembak polis, 27 April lalu.

TV Selangor difahamkan, Zafrullah, yang mendiami salah sebuah rumah berhampiran lokasi kejadian, antara yang terawal tiba di lokasi kejadian dimana allahyarham ditembak mati sejurus selepas kereta mangsa terbabas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini mengatakan anggota terbabit melihat mangsa berusia 14 tahun ini sebagai satu ancaman serius lalu bertindak mempertahankan dirinya dari dilanggar mangsa.

Menurut keterangan polis, kereta mangsa terbabas selepas terbabit dalam aksi kejar-mengejar, dan Allahyarham cuba mengundurkan kereta dan melanggar kereta peronda yang menyekat laluan mangsa.

Keterangan saksi kedua, Zafrullah Ahmad Zainal Abidin, bagaimanapun menyanggah kesahihan keterangan polis ini.

“Dia telah turun untuk melihat selepas kes tembak-menembak di mana Aminulrasyid telah mati, kereta itu telah terbabas dan melanggar tembok. Tetapi apabila dia menceritakan kepada saya apa yang dia lihat dan apa yang dia saksikan, saya telah meminta dia membuat laporan polis.

“Kerana maklumat yang terpenting dalam penyaksian dia ialah dia mengesahkan jalan cerita saksi yang pertama iaitu kereta itu terbabas dan melanggar tembok dan tidak ada-ada mana ketika aruah telah cuba untuk mengundurkankan kereta dan hendak langgarkan kereta peronda,” katanya.

Zafrullah Ahmad Zainal Abidin merupakan saksi kedua yang tampil bagi memberi keterangan kepada pihak polis pada 29 April 2010. Keterangannya diambil bermula jam 10.27 malam semalam sehingga jam 2 pagi.

Saksi kedua ini meluru ke tingkap yang terletak di tingkat dua rumahnya lalu menyaksikan enam buah kereta peronda mengepung kereta mangsa, yang telah terbabas ke dinding rumah jiran. Zafrullah turut menyaksikan saksi pertama cuba menyelamatkan diri dari gerombolan anggota polis ketika itu.

Curiga dengan apa yang disaksikannya, Zafrullah bergegas menghampiri lokasi kejadian dan ternampak Allahyarham Aminulrasid tersembam di tempat duduk pemandu.

“Tidak ada mana-mana ketika bila polis itu mengeluarkan parang daripada kereta kerana beliau berada di situ, maka pertuduhan yang menceritakan bahawa ada senjata dalam kereta tidak ada hujah yang menyokong kerana saksi yang pertama rakan Aminulrasyid dan saksi yang kedua yang berada di situ telah menyatakan pihak polis menyuluh dalam kereta tidak ada mengeluarkan parang atau apa-apa senjata daripada kereta berkenaan,” katanya. -TVS

Ulasan GB

Penembak remaja tersebut sepatutnya boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan mengikut Seksyen 302 iaitu bunuh yang membawa hukuman mandatori gantung sampai mati.

Polis tidak sepatutnya mempertahankan anggotanya yang diketahui tidak menjalankan tugas dan kerjanya secara profesional dan efektif.


9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau ada orang yang kuat di Malaysia pun sanggup membunuh,. Inikan pula orang bawahan.. Bapak borek anak rintik lah.. Semua memggunakan alasan untuk menyelamatkan diri.. Termasuk menyelamakan duit dan pangkat.. Tak hairan lah..

Unknown berkata...

semua nak guna pistol..payah!

kesian adik tu. Al fatihah.

mtgbertam berkata...

Kalau pimpinan PR tak bising, agak2 kes ni jadi mcm mana pun tak tau. JELAS, polis amat tidak jujur dalam menjalankan tugas. Termasuk dalam melayan parti2 pembangkang dalam negara, dilayannya seperti parti haram saja. Aku doakan bos2 polis yg dok bela kebejatan UMNO ni akan melalui pengalaman sendiri yg melukakan samada diri atau anak pinak depa.

Tanpa Nama berkata...

biar rakyat mati dulu asalkan UMNO selamat

Tanpa Nama berkata...

Kematian aminulrasyid adalah hadiah pertama BN yang menang dihulu selangor, rakyat mati dulu...

Tanpa Nama berkata...

Ujian bulanan lintang pukang PRDM 2010.

1. Kenapa budak tak berlesen pandu Proton?
A. Nak cuba rasa kereta national.
B. Budak kagum dengan kereta nasional.
C. Pasal proton tak laku.
D. Pasal Proton lebih murah dari motosikal.

2. Kenapa pemandu tak berlesen mengelak Polis?
A. Takut kena saman.
B. Takut kena uji air kencing.
C. Takut masuk lokap.
D. Takut hilang duit poket.

3. Bila tiba masa untuk menembak.
A. Melanggar lampu merah.
B. Dicabar oleh wanita.
C. Kereta undur salah masuk gear.
D. Ada parang didalam kereta.

4. Kenapa memerlukan 6km untuk mengejar pemandu 14 tahun?

A. Pasal Talipinggan Waja terlekat.
B. Pasal cermin tingkap melekat.
C. Pasal Waja berenjin Campro.
D. Pasal penumpang Waja perut buncit.

Unknown berkata...

Polis. Jalankan undang2 mengikut perlembagaan bukan perasaan. Semua rakyat di Msia ini berhak mendapat perlindungan. Anda juga rakyat Msia. Jawatan anda yg membezakan diantara kita.

Tanpa Nama berkata...

1MALAYSIA - RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.

TAPI POLIS TAK PAHAM KOT SARANAN TOK NAJIB TU , KEBANYAKAN ANGGOTA POLIS PENDIDIKAN NYE RENDAH JE , BAYA BAYA KELAYAKAN TUKANG KEBUN ATAU PEMOTONG RUMPUT JE. KALAU IQ RENDAH , YANG DEPA PAHAM SELOGAN TU MAKSUDNYE:

1MALAYSIA - RAKYAT DITEMBAK DAHULU, PENCAPAIAN PANGKAT DIUTAMAKAN

Tanpa Nama berkata...

salam semua..jangan dihina tugas polis.pernahkah tuan rasa bagaimana menjadi seorang polis?? Pernahkah tuan merasa bagaimana meronda di tengah2 malam?? Tuan2 pikirlah.. Polis tu bukan sengaja nk menembak membuta tuli. Kalaulah polis tu tahu bahawa yang memandu kereta itu adalah remaja sy pasti tiada tembak-menembak akan berlaku. dan persoalanya. Mengapa remaja yang dikatakan terlalu baik dan mulia itu boleh memandu kereta pada tengah malam?? fikir2kanlah..