7 Mac 2010

Zulkifli Dipecat Bukan Bersifat Peribadi

Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan memecat wakil rakyat kontrorvesi Zulkifli Noordin semalam bukan bersifat peribadi tetapi satu usaha untuk mempertahankan prinsip Pakatan Rakyat.

Dalam mempertahankan hukuman berat itu, Ketua Umum Pakatan Rakyat itu menjelaskan ia bukan satu tindakan disebabkan “keperluan politik.”

“Jika ia hanya kerana keperluan politik semata-mata, maka kami (sudah pasti) tidak memecat Zul Noordin.

“Tidak, ia adalah kerana prinsip, ia adalah kerana Pakatan, ia adalah kerana pegangan yang kita gerakkan dan yang kita berjuang,” kata beliau di Kepong malam tadi.

Beliau menambah, parti “terpaksa memecat” mereka yang tidak menyokong pendirian Pakatan Rakyat memperjuangkan pelbagai kaum.

“Niat kami adalah jelas. Zul, bukan sesuatu yang peribadi. Ia adalah soal prinsip,” kata beliau.

Zulkifli dipecat semalam oleh Majlis Pimpinan Pusat PKR dan turut diarahkan supaya mengosongkan kerusi Parlimen Kulim-Bandar Bharu.

Zulkifli dalam reaksi segeranya semalam berkata beliau tidak akan merayu agar hukuman dikurangkan dan enggan melepaskan kerusi Parlimennya.

Anwar memberitahu PKR tidak akan membenarkan sesiapa menjadikannya sebagai tebusan dengan mengeluarkan tuntutan mengikut kehendak dan cita rasa mereka sendiri.

“Tidak harus ada mana-mana pihak memberikan kata dua kepada kami. Jika mahu bersama, anda harus menyokong prinsip-prinsip Pakatan.

“Jika anda tidak menyokong, anda keluar,” katanya.

Tambah beliau mereka yang enggan menyokong Pakatan harus menyertai parti lain.

“Anda boleh sertai MCA, Gerakan atau Umno, yang akan dikuburkan dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya.

5 ulasan:

hussin berkata...

insya' Allah.

Tanpa Nama berkata...

Pak Syeikh sekarang dah tak heran sokongan org Islam sebab org bukan Islam ramai sokong dia. Tapi ingat tanpa sokongan org Islam PKR tak kemana. Percayalah. Aku dah fed-up dgn PKR nih... Org bukan Islam ni hanya nak memperkudakan Pak Syeikh sajer..

Srikandi berkata...

Tak sangka Anwar macam tu. Keciwa sangat2.

anti hipokrit berkata...

Elok sangatlah dia lah masuk UMNO baru tak diperkudakan oleh MCA dan MIC serta PBS dll... Rasanya dalam UMNO dia boleh memperjuangkan hukum Islam kut.

Martoiriat berkata...

Dulu semasa bersama2 PAS, YB ni dah kena pecat, tapi PKR ambil sebagai pemimpin. Tap sekarang PKR pulak yg pecatnya kerana buat hal..
Tapi apakah PAS nak sekor katak yg tempang ini..