7 Mac 2010

PKR parti yang ’pantas’ (fast-track) - Zuraida Kamaruddin

Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat (PR) telah mencipta sejarah dengan arus tsunami politik dalam Pilihan Raya Umum Malaysia ke 12.

"Barisan Nasional (BN) dikejutkan daripada tidur apabila mereka hilang majoriti dua-pertiga di Parlimen dan lima buah negeri telah dirampas oleh PR. Terhina dan tercabar; BN bertindak penuh dendam dengan melancarkan serangan bertubi-tubi kepada semua lima kerajaan negeri PR.

"Perak, Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan yang sudah sejak sekian lama arif akan sepak terajang Kerajaan Persekutuan BN," jelas Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dalam kenyataan medianya kepada erapakatan.com.

Menurut beliau, media arus perdana turut bersekongkol dengan menyiarkan 'cerita rekaan' berbaur fitnah dan mengetepikan etika kewartawanan.

"BN telah dan sedang menyalahgunakan jentera kerajaan dengan cubaan membeli ADUN dan Ahli Parlimen (AP) PR.

"Sogokan ditawarkan dan ugutan juga digunakan tanpa segan-silu untuk merampas kembali negeri-negeri di bawah PR dan mengembailikan semula majoriti dua-pertiga Parlimen.

"Mangsa yang enggan akan terpaksa berhadapan dengan ’siasatan’ oleh SPRM - Menteri Besar, Exco dan pimpinan parti Pakatan Rakyat ’disiasat’ bersama ahli politik BN yang rasuah," Kata Zuraida.

Zuraida berkata, SPRM menjadi alat untuk mengaibkan dan menyusahkan ADUN, AP dan pimpinan PR! Kerajaan Negeri Perak di bawah PR telah dirampas melalui episod yang sangat memalukan di mana kerajaan negeri yang sah diputuskan bukan dalam Sidang Dewan tetapi diadili di mahkamah.

"Wanita Keadilan sangat kesal di atas tindakan samseng BN ini yang telah membantutkan perlaksanaan kerajaan-kerajaan negeri PR dalam program-program agenda perubahan bagi kebaikan rakyat jelata.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri Selangor umpamanya, telah melaksanakan lebih banyak program untuk faedah semua rakyat Selangor dalam tempoh tiga-bulan pertama pemerintahannya berbanding kerajaan BN yang lepas.

"Kemiskinan-tegar telah berjaya dihapuskan sama sekali di Pulau Pinang dan peruntukan bagi Jabatan Agama Negeri Pulau Pinang telah ditambah dua kali ganda di bawah pentadbiran Ketua Menteri Pakatan Rakyat yang baru. Banyak yang telah dicapai oleh kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat apabila ADUN dan APnya benar-benar berkhidmat kepada rakyat.

"Mana-mana ADUN atau AP yang gagal menjalankan tanggungjawab ini akan terpaksa meninggalkan PKR dan Pakatan Rakyat. Dengan perkembangan terbaru di mana beberapa Ahli Parlimen telah meninggalkan parti, Wanita PKR menganggap ini sebagai proses biasa yang terpaksa dilalui jika kepimpinan Parti mahu diperkukuhkan," kata Zuraida.

Zuraida dipetik berkata, semakin kurang anggota yang hanya menumpang berbanding anggota yang kuat bekerja dalam gerabak Parti, maka semakin berkesan segala tindakan PKR dalam setiap perancangan.

Parti tidak boleh menerima mana-mana pimpinan yang bertindak mementingkan diri sendiri, mempunyai prestasi yang rendah dan bersikap ala-kadar kerana rakyat telah meletakkan harapan yang begitu tinggi kepada Parti untuk mengembalikan semula Malaysia ke zaman kegemilangannya sebagai salah sebuah ekonomi yang kuat di rantau Asia.

"Parti Keadilan Rakyat merupakan parti politik yang pantas (fast-track) di mana dalam tempoh kurang dari sepuluh tahun penubuhannya; ia telah berjaya menghasilkan seramai 31 orang Ahli Parlimen.

"Wanita PKR berdiri teguh bersama Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat; Anwar Ibrahim dalam merealisasikan agenda perubahan parti.

Beliau berkata, wanita PKR penuh yakin dalam tempoh singkat sepuluh tahun akan datang, Parti Keadilan Rakyat akan muncul sebagai parti yang paling kuat dalam sejarah politik Malaysia. -erapakatan

1 ulasan:

"Deep-Throat" berkata...

Wanita PKR merapu lagi.. PKR parti fast-track. Fast-track ke mana? Fast track to the political grave, maybe.

Pujian melambung kepada Guan Eng. Berjaya hapus miskin tegar di Penang. Betoi ka, Cik Puan Zuraida. Hang dah mai tengok ka? Atau hang dok dengaq gebang GuanEng saja. Kalau betoi pun dia cuma perabih yang BN dok buat dulu. Dari ribuan tinggal 300 lebih saja yang GuanEng sambung selesaikan. Selesai macamana, nak tanya sat? Dia bagi duit RM500 sebulan. Dia bagi kat sapa? Dia bagi kat depa yang dalam senarai yang USM buat, senarai yang tak lengkap,sebab bebudak USM tu memandai mai buat survey di kampung-kampung tak rujukpun kat orang yang tau siapa dia depa yang miskin tegar atau miskin. Bab peruntukan Majlis Agama, namanya pun peruntukan. Bukannya jumlah yang benar-benar dibelanjakan. Budget saja... macam juga budget yang lain. Budgeted and alotted. Tapi betoi ka? Tengok la dokumen hitam putih yang dikeluarkan oleh Kerajaan Pulau Pinang sendiri untuk persidangan Dewan. Berapa perbelanjaan sebenar dan berapa budget!

Kalau semua wakil rakyat yang tak perform kena tinggalkan PKR atau PR, Cik Puan Zuraida suruh la Anwar tu dulu. Tanya dia apa dia dok buat di Permatang Pauh. Bila masa dia dok bantu orang Pmtg Pauh. Dok harap kat Mansor Osman yang tak buat apa jugak tu saja. Dulu pun sama juga bini dia Wan Azizah. Anwar dok perabih masa naik court turun court saja. Setakat yang dia kena tuduh tak pa la jugak, ni dia pun dok saman orang tu saman orang ni, berbalas saman. Bila masa dia balik jengok orang Pmtg Pauh? Nak tanya habaq pun payah. Nasib ada Arif Shah dok buat kerja untuk semua orang, Arif ni kalau cik puan lupa wakil rakyat BN. Kalau nak suruh juga semua wakil rakyat PR yang tak perform tinggalkan PKR, alamatnya tinggal tak berapa ekor la. Karpal DAP pun sama, dok pi court saja, bila masa jaga rakyat.

Fast track to hell, that's where PKR is heading. The sooner the better. It will be a better Malaysia without PKR and you.