26 Mac 2010

TGNA Umum Sedia Lepaskan Jawatan Mursyidul Am PAS

Selepas lebih 23 tahun memegang jawatan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengumumkan beliau sedia melepaskan jawatan itu.

Memberikan alasan kesihatan, beliau menyatakan bersedia tidak dilantik semula.

Datuk Nik Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Majlis Syura Ulamak PAS bermesyuarat buat pertama kali bagi melantik barisan kepimpinan tertinggi baru.

Majlis Syura yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am adalah badan yang paling berkuasa di dalam PAS.

"Saya mujur (setuju) benar, kalu tak beri tugas kepada saya. Tinggal di Kota Bharu nak pergi Kuala Lumpur bukan senang, selain dari kerja banyak di Kelantan ni, masalah kesihatan saya pun.. jadi mujur benar kalau tak de..," kata TG Nik Aziz.

Mesyuarat Majlis Syura Ulamak yang dipengerusikan oleh Presiden PAS, Hj Abdul Hadi Awang akan menentukan siapakah Mursyidul Am dan Timbalannya serta empat lagi Majlis Syura. Jawatan Timbalan Mursyidul Am kini disandang oleh Datuk Dr. Haron Din.

Mengikut Pindaan Perlembagaan PAS yang dibuat pada Muktamar Agung yang ke 29 pada 1983, jawatan-jawatan di dalam Majlis Syura adalah dilantik.

Mursyidul Am PAS yang pertama adalah Allahyarham Yusof Rawa yang memegang jawatan itu semenjak 1982 sehingga 1987 sebelum diambil alih oleh Datuk Nik Abdul Aziz sehingga kini. -TV9

Ulasan GB

Demikian merendah diri dan tawadhu' seorang yang bergelar TuanGuru. Nada sedih juga dapat dihidu dari kenyataan TGNA tersebut.

Yang gila jawatan sudah boleh tonjol diri... terutama yang galak meminda perlembagaan PAS semata-mata nak menepis keluar TGNA dan yang tak sabar-sabar nakkan pemimpin kesukaan mereka memegang jawatan Mursyidul Am setelah dilihat TGNA menjadi batu penghalang untuk mereka menjayakan misi dan visi mereka selama ini.

Berkilas ikan di air kita tahu jantan betinanya. InsyaAllah.



6 ulasan:

Maimun berkata...

Sedih benar mun dengar TGNA cakap gitu . Terus terang mun katakan , TGNA lah sebab mun menyokong PAS . Yang lain-lain tu , no komen ! Kalau TGNA disingkirkan maka mun dan keluarga pun akan fikir banyak kali sebelum nak menyokong PAS semula .

Awanama berkata...

ALAMAK!!!!XDPT KUBAYANGKAN MCMN DGN PAS N PR JIKA TGNA BKN LG SEORG PEMIMPIN UTAMA..BKN SETAKAT PAS TP PR JUGA AKAN MERASAI KESAN KETIADAAN TGNA DLM PUCUK PIMPINAN..LIHAT SAHAJA SIAPA YANG SENTIASA TEGUH MEMPERTAHANKAN PR SEMASA JAHALRAIN BERSUARA DIPARLIMEN BR2 NI..LPS TU SPESIS FIRAUN PULAK MULA MEMBACA SKRIP YG SAMA..ADAKAH MAMPU TGHH, NASA, STOPA N D GENG BERTINDAK MENJERNIHKAN KEADAAN??AKU X YAKIN..

hussin berkata...

nak kata apa lagi... ini semua kesan dari keputusan muktamar ke 55... dan $$$... more surpises on the way?

Awanama berkata...

Rasanya artikel ni tak perlulah nak menyebut sesiapa yang nak jadi Mursyidul Am PAS adalah orang yang kejar jawatan bagai...nanti karang ramai yang buruk sangka.

Kemakmuran bukan hanya dipikul oleh TGNA saja...malah ia dah jadi tanggungjawab semua. So tak perlu timbul rasanya sesiapa yang meletakkan diri sebagai calon ganti jawatan tersebut adalah orang yang gila jawatan dan pangkat. Keutamaanya ialah PAS bersatu...dan setiap seswatu sentiasa silih berganti.

Awanama berkata...

mun... pah tu... nok sokong sapo pulok??

Awanama berkata...

TGNA tak perlu undur diri, perjuangan tiada noktah, bukan UMNO yang lama disingkirkan