11 Mac 2010

Terkaya di dunia Tokoh Mexico atasi Bill Gates

Buat kali ketiga dalam tiga tahun ini, dunia mempunyai orang paling kaya.

Ekoran peningkatan nilai pemegangan telekomunikasi termasuk dalam syarikat América Móvil, tokoh perniagaan dari Mexico Carlos Slim Helú (gambar) mengatasi Bill Gates dan Warren Buffett, kedua-duanya dari Amerika Syarikat, untuk muncul orang paling kaya.

Slim Helú dinobatkan sebagai bilionair dalam senarai 2010 dikeluarkan oleh Forbes.

Nilai kekayaan Slim Helú mencecah paras AS$53.5 bilion (RM176 bilion), meningkat AS$18.5 bilion dalam 12 bulan lalu.

Saham-sama América Móvil yang dimiliki Slim Helú kini berjumlah AS$23 bilion, juga meningkat 35 peratus dalam tempoh yang sama.

Perkembangan itu menyumbang kepada kedudukan nombor satu dalam senarai orang paling kaya di dunia, mengatasi Gates, merupakan pengasas Microsoft, yang menguasai kedudukan nombor sebanyak 14 kali dalam 15 tahun yang lalu.

Gates dengan pemilikan kekayaan AS$53 bilion berada di tangga kedua.

Bagaimanapun nilai kekayaan beliau meningkat AS$13 bilion daripada tahun sebelumnya apabila saham Microsoft mengalami kenaikan 50 peratus dalam 12 bulan lalu.

Dalam pada itu, kekayaan Buffett meningkat AS$10 bilion kepada AS$47 bilion ekoran peningkatan nilai saham dalam Berkshire Hathaway. Buffet menduduki tempat ketiga.

Pada tahun ini bilionair dunia mempunyai kekayaan purata bersih AS$3.5 bilion, meningkat sebanyak AS$500 juta sejak setahun lalu.

Dunia juga kini mempunyai 1,011 tokoh yang mempunyai kekayaan 10 angka, bertambah daripada 793 sejak setahun lalu.

Bagaimanapun ia masih kecil berbanding paras 1,125 orang yang direkodkan pada 2008.

Pun begitu hanya 12 bilionair yang mengalami kemerosotan kekayaan mereka kali ini.

Bilionair dari Amerika Syarikat masih mendominasi kedudukan orang paling kaya tetapi genggaman mereka mengalami kemerosotan. Penguasaan mereka jatuh ke paras 40 peratus berbanding 45 peratus sebelum itu.

Daripada 97 bilionair baru yang disenaraikan, hanya 16 peratus merupakan warga Amerika Syarikat.

Di sebelah lain rantau Asia menyaksikan pertambahan besar dengan menambah 104 muka baru.

Rantau Asia kini hanya kurang 14 bilionair berbanding jumlah dari benua Eropah.

Senarai 10 orang terkaya di dunia

1. Carlos Slim Helu (Mexico, AS$53.5 bilion)
2. Bill Gates (AS, AS$54 bilion)
3. Warren Buffett (AS, AS$47 bilion)
4. Mukesh Ambani (India, AS$29 bilion)
5. Lakshmi Mittal (India, AS$28.7 bilion)
6. Lawrence Ellison (AS, AS$28 bilion)
7. Bernard Arnault (Perancis, AS$27.5 bilion)
8. Eike Batista (Brazil, RM27 bilion)
9. Amancio Ortega (Sepanyol, RM25 bilion)
10. Karl Albrecht (Jerman, RM23.5 bilion) -MI



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jika diteliti antara nama2 besar yang tersenarai, ada hubung kaitnya secara langsung dengan dakwaan2 rasuah & penyelewengan yang dikenakan keatas pimpinan Umno/BN selama ini.

Tan Sri Vincent Tan – menerima bonus RM100 juta hasil dari peghakiman yang ditulis oleh peguam VK Lingam @ correct… correct… correct….

Raja Gula Robert Kuok – menimbunkan kekayaan hasil monopoli pengimportan gula & tepung.
Ananda Krishnan - menimbunkan kekayaan hasil monopoli penyiran siaran TV berbayar & penyediaan rangkaian talian telekomunikasi.

Yeoh Tiong Lay – mendapat faedah terus dari pegurniaan projek2 kerajaan & pembekalan tenaga elektrik kepada TNB dengan pegngunaan LPG subsidi.

Tiong Hiew King – dikaitkan dengan dgn Dato’ Seri Tiong King Sing dalam isu PKFZ & Kuala Demensi serta kaitan langsung pembabitan MCA dalam syarikat ini.

Kepada anda yang masih lagi mengangap Umno?BN sebagai juara rakyat~! Tolong fikirkan kembali!

Dan kepada orang melayu, dimana realitinya “ketuanan melayu & pembela melayu” seperti mana yang dilaung2kan oleh Umno selama ini?