22 Mac 2010

Perkasa Platform Umno Serang Bangsa Lain

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pertubuhan Mantan Wakil Rakyat Umno yang bermatlamat untuk memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu dan agama Islam dilihat sebagai bukti kegagalan penubuhan Umno selama 64 tahun.

Malah kewujudan dua badan bukan kerajaan ini didakwa hanya sebagai samaran Umno menggunakan platform NGO untuk menyerang bangsa lain.

Ketua Wanita KEADILAN Zuraida Kamaruddin berkata kemunculan pertubuhan terbabit yang mendapat sokongan segelintir Melayu 'ultra' atau ektremis tercetus selepas beberapa insiden berkaitan sensitiviti kaum tercetus yang didakwa didalangi Umno.

"Perkasa sebenarnya wujud selepas isu penggunaan kalimah Allah, bakar gereja, kepala babi dalam surau dan sebagainya sebagai cubaan nak jadi wira pertahankan Islam dalam negara kita.

"Presidennya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali dalam Parlimen juga berucap seolah-olah sebagai pejuang Melayu dan Islam tulen.

"Persoalannya sudah 50 tahun negara merdeka dan Perdana Menteri kesemuanya beragama Islam, tapi tahap kemantapan akidah dan moral masyarakat kita masih jauh daripada pencapaian yang ditetapkan," kata Zuraida ketika dihubungi Suara Keadilan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata wujudnya pertubuhan seperti Perkasa menjadi bukti jelas bahawa Umno gagal membawa ajaran dan budaya Islam yang sebenar.

Selain tindakan terdesak untuk meraih sokongan Melayu 'ultra' Zuraida berkata penubuhan NGO itu juga sebagai alat Umno untuk menyerang dan menakut-nakut bangsa lain.

"Umno-BN galak promosikan slogan 1Malaysia atas alasan nak gabung semua kaum dan agama, tapi pada masa sama luluskan penubuhan Perkasa dan Pertubuhan Mantan Wakil Rakyat Umno sebab nak 'attack' bangsa lain, mereka gunakan Perkasa di bawah Ibrahim Ali jalankan kerja kotor ini," katanya.

Beliau juga memuji tindakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menolak untuk menghadiri majlis perasmian mesyuarat agung tahunan (AGM) Perkasa pada 27 Mac ini.

"Sultan mengambil langkah bijak dengan tidak menghadiri AGM Perkasa kerana ia akan mencerminkan Sultan Selangor mengambil pendirian politik secara berat sebelah sedangkan negeri Selangor pada ketika ini berada dalam pentadbiran Pakatan Rakyat," katanya. -SK

5 ulasan:

mtgbertam berkata...

Pengasas dah bangkrap politik. Slogan melayu hanya selling point untuk menaikkan dirinya semula dimaya politik. Disebabkan faktor minda yang bercelaru, al-kataki ini tidak dapat mengikuti trend kehendak rakyat di era baru. Justeru, dicanangnya semula slogan melayu tapi dalam wadah lain. Walhasil, hanya biawak2 hidup dalam politik UMNO saja yang menyambut.

Tanpa Nama berkata...

pelik betul orang melayu ni. bila orang cina dan india bersungguh-sungguh mempertahankan hak masyarakat mereka takde pun orang melayu kata perkauman ke, ejen mana-mana pihak ker. tapi bila ada persatuan atau ngo melayu bersungguh-sungguh mempertahankan hak melayu ada pula pihak yang menentang kononnya perkauman. yang lebih menyedihkan lagi yang menghentam tu orang melayu pulak itu yng tak paham. kalo bukan orang melayu siapa lagi yang hendak pertahankan. perlu diingat senario kehidupan rakyat malaysia yang menganuti agama islam adalah orang melayu. kalo kedudukan orang melayu tergugat kesucian agama islam pun akan turut tergugat.

Tanpa Nama berkata...

UMNO penaja perkauman, memundurkan melayu dan islam

Tanpa Nama berkata...

Mat Katak ni dok melompat sakan nak masuk UMNO yang dulu dia caci habis-habisan. Kesian orang tak percaya dan tak suka kat dia. Seriau juga nanti kalau-kalau dia salah lompat dalam belanga yang di dalamnya air tenghah mendidih....habis!!

Tanpa Nama berkata...

Perkasa nak memperkasakan UMNO yang ditolak rakyat