16 Mac 2010

Ahli Parlimen PR Keluar Dewan Bantah Speaker

Kesemua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat pagi ini bertindak keluar daripada Dewan Rakyat selepas Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak untuk membahaskan usul yang dikemukakan oleh Menteri Dalam Negeri.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengemukakan usul agar Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan bertanggungjawab memastikan semua laluan menghala ke Parlimen bebas daripada sebarang halangan.

Usul itu diluluskan selepas mendapat bilangan undi majoriti secara lisan daripada Ahli Parlimen Barisan Nasional namun mendapat bantahan daripada anggota Pakatan Rakyat yang mendesak agar perbahasan terhadap usul itu dibuka.

Pertelingkahan terjadi antara Ahli Parlimen Bagan Serai N. Gobalakrishnan, Ahli Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang dan beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dengan Speaker dan Timbalannya, Datuk Ronald Kiandee sehingga memaksa semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertindak keluar daripada Dewan.

Sementara itu Kit Siang dalam sidang media selepas keluar Dewan berkata tindakan Speaker itu menyekat hak kebebasan bersuara sebagai Ahli Parlimen.

"Pakatan Rakyat kesal dengan keputusan ini kerana Ahli Parlimen tidak diberi hak untuk bersuara walaupun usul sebegini pernah didebatkan pada tahun 1970-an," katanya. -SK

1 ulasan:

Perak Reform berkata...

Assalamualaikum Tuan/Puan,

Blog Perak Reform diwujudkan atas dasar hasrat untuk melihat PAS kembali memerintah
Perak dengan aman dan jayanya.

Kami hanyalah kumpulan kerdil yang hanya mahukan KEADILAN dan melihat IDOLA kami
Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin menerajui Perak. Demi menolak kerajaan
kudeta UMNO/BN di Perak, kami rasakan sudah tiba masanya kami turun berjuang bersama-sama
rakan bloggers yang lain.

Atas dasar perjuangan untuk menepis segala tohmahan dan tipu helah kerajaan kudeta
Perak, kami yakin dengan satupadu dan bantu-membantu antara semua bloggers di
Malaysia ini akan dapat sama-sama kita bersepakat dalam menghebahkan isu senario
politik Perak YANG SEBENARNYA.

Segala maklumat di blog kami adalah BENAR dari sumber dalaman yang kuat.Insyallah.Cuma
penghebahan yang lebih telus adalah harapan kami agar dapat disalurkan kepada
semua rakyat khususnya rakyat Perak untuk menilai INIKAH KERAJAAN YANG
MEREKA MAHUKAN?


Dalam kita bersama-sama menongkah arus dan memperjuangkan setiap idea dan pendekatan
ke arah kemakmuran dan keamanan sejagat,kami mohon jasa baik tuan/puan untuk letakkan
blog kami,

http://perakreform.blogspot.com/


dalam blog list tuan/puan.Blog tuan/puan juga telah kami masukkan dalam list kami
agar kita dapat sama-sama berkongsi informasi dalam memartabatkan agama dan bangsa
tercinta.

Dengan ini, Perak Reform secara rasminya menjadi FOLLOWERS blog
tuan/puan.

Menjadi FOLLOWERS PerakReform di http://perakreform.blogspot.com,
kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Salam ukhwah dari Perak Reform..Assalamualaikum.