10 Feb 2010

Tindkan Tegas Akan Diambil Ke Atas Zulkifli Nordin - DSAI

Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengenakan tindakan tegas terhadap Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin berikutan kenyataan yang dikeluarkannya bertentangan dengan prinsip parti dan dasar Pakatan Rakyat (PR).

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwear Ibrahim berkata, prinsip parti jelas bahawa hanya ahli yang mempersetujui dasar parti kekal dalam PKR.

“Itu dalam proses mesyuarat jawatankuasa disiplin dan kita akan tegas. Tidak mahu orang cari alasan untuk apa-apa, kita ikut prinsip saudara setuju pada dasar saudara kekal, tidak setuju tidak ada pilihan,’katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Zulkifli bahawa DAP tidak diperlukan dalam PR yang dianggap sebagai punca utama masalah dalaman yang melanda pembangkang.

Anwar dengan tegas menyifatkan kenyataan itu sebagai pendapat peribadi Zulkifli yang dimanipulasi media Umno untuk memecahbelahkan oarang Melayu dan Cina.

“Itu pendapat peribadi dia yang bertentangan dengan pendirian pimpinan dan dasar Pakatan Rakyat serta Keadilan. Dalam konvensyen baru-baru ini PR telah memutuskan untuk menerima tiga-tiga parti induk PKR, Pas dan Dap menerima beberapa prinsip asas perlembagaan, nbaik bahasa, hak istimewa orang Melayu, agama Islam dan kedudukan Raja-raja.

“Tapi dipermainkan media Umno untuk memecahbelahkan diantara Melayu dan Cina dan ini diteruskan. Media Umno memperbesarkan seolah-olah DAP menetang hak ke istimewaan orang Melayu. Ia tidak berbangkit kerana pimpinan DAP, Keadilan dan Pas telah menandatangani bersama,”katanya.

Dalam pada itu, Anwar berkata beliau tidak menghalang sekiranya Pas ingin mengadakan perbincangan dengan Umno dan Pakatan Rakyat sedia maklum mengenai perkara itu.

Katanya, bagaimanapun Pas tidak berganjak dengan pendirian bersama Pakatan Rakyat untuk menengakkan prinsip mereka.

Terdahulu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan hasrat untuk melihat Umno dan Pars duduk semeja membincangkan isu berkaitan agama Islam.-YUSMAWATI MHD YUSOF (TVS)


Pakatan Rakyat tak perlu DAP

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengibaratkan DAP duri dalam daging bagi Pakatan Rakyat (PR) dan sebenarnya tidak diperlukan langsung.

Beliau berkata, apa yang ada kini hanyalah persepsi iaitu PR tidak boleh bergerak jauh tanpa DAP kerana menyangka tidak akan menerima undian daripada bukan Melayu.

"Sebenarnya pada pandangan saya, kita tidak perlukan langsung DAP....PR perlu bertegas dalam meneruskan pimpinan agenda rakyat," katanya ketika program Soal Jawab bersama Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima yang juga Pengarah Eksekutif Editorial The New Straits Time Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Ahmad A Talib di TV3, malam tadi.

Menurutnya, perbezaan ideologi antara ketiga-tiga parti ini mulai dikesan selepas keputusan pilihan raya umum ke-12 pada 2008 lalu yang sebelum ini diketepikan.

"Kita tidak dapat menjangka apakah perubahan drastik yang bakal berlaku dalam tempoh dua ke tiga minggu akan datang kerana keadaan menjadi kritikal apabila PKR mula bersuara mengenai kepemimpinan DAP di Pulau Pinang.

"Saya tidak akan terkejut jika ahli PR beramai-ramai membuat keputusan keluar parti yang mungkin bertindak secara individu atau mewujudkan parti baru.

Menjawab persoalan spekulasi keluar daripada parti, beliau berkata akan mengumumkan perkara berkenaan selepas perkara (keluar parti) itu sudah berlaku.

Malah beliau berkata, apa yang berlaku di Pulau Pinang adalah permulaan kepada DAP menunjukkan belang sebenar dan agenda sendiri apabila ditukar 'Malaysia Malaysian' kepada 'Middle Malaysia'.

"Pada saya, 'Middle Malaysia' ini cuba menukar Malaysia menjadi seperti Macau dan Hong Kong, malah inilah masalah sebenar dalam PR yang cuba di selindungi dan kebanyakan masalah berpunca daripada DAP," katanya.


Beliau berkata, peletakan jawatan oleh Ahli Parlimen sebelum ini kerana tidak berpuas hati, malah kejatuhan PR di Perak juga berpunca daripada DAP namun kini wujudnya pemberontakan dalaman. -hmetro



Zulkifli tidak wakili PKR kecam DAP

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan kritikan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin yang mendakwa DAP tidak diperlukan dalam perjuangan pembangkang adalah pandangan peribadi beliau semata-mata, bukan mewakili pandangan Pakatan Rakyat (PR) atau Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga enggan mengulas lanjut kenyataan Zulkifli kerana perkara itu menyentuh isu dalaman PKR, di samping tidak mahu ianya disalah tafsir mana-mana pihak.

Guan Eng berkata, meskipun beliau dikritik hebat oleh beberapa pemimpin PR kebelakangan ini, beliau menerima apa sahaja tohmahan dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya, asalkan ianya tidak mewakili parti berkenaan.

“Saya enggan komen kenyataan Zulkifli (Nordin) kerana bimbang ianya menyentuh isu dalaman PKR.

“Lagipun saya tidak mahu kenyataan saya disalah tafsir oleh pihak tidak bertanggungjawab. Biarlah parti beliau (PKR) yang menentukan apakah hukuman yang sesuai ke atasnya memandangkan kesemua mereka yang mengkritik pemimpin PR yang lain sudah dihadapkan ke Lembaga Disiplin parti,”katanya pada sidang media di sini semalam.

Guan Eng berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu yang mendakwa DAP tidak diperlukan dalam perjuangan pembangkang.

Zulkifli daripada PKR turut menyifatkan DAP sebagai ‘duri dalam daging’ yang sering menimbulkan banyak masalah dalam PR di samping menggesa, pemimpin tertinggi pakatan pembangkang bersikap lebih tegas dalam menangani isu itu.

Selain itu, Zulkifli turut mendakwa, wujud segelintir pemimpin dalam DAP yang mempunyai agenda sempit atau cauvinis. -SH


7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tula.. nakkan sgt calon yang berprofisonal.. sekarang ape dah jadi? calon yang berprofisonal lah yg bayak buat masaalah...

baik ambil calon pak lebai kampung takda buat masaalah..
umpan dngan ape pun diaorang tak lari...

Jebon berkata...

Ibarat kadul naik junjung mamat ni. Ultra melayu betul. Tolonglah, saya pun melayu jugak tapi tak buruk kelaku macam mamat sorang ni.

mtgbertam berkata...

Datuk Seri,

Sayangkan Pakatan Rakyat ke sayangkan Zul bengap tu??

Buang je, PR aman !!

Lang berkata...

aku kenal ngan mamat ni tahun 1998. aku pon dah tak paham ngan mamat ni..

dulu die ni ok... selalu memperjuangkan isu murtad... tapi sebelum jadi YB la..

Sekarang ni lain macam je...

Tanpa Nama berkata...

Susah apa yb zul...
dah depa minta,,, blah aje lah. lagipun cubalah minta tolong dgn ahmad maslan, dia kan kawan serumah masa di New Zealand dulu. untung nasib boleh jadi menteri kehakiman...orang marah kita blah aje lah...biarkan mereka...

Tanpa Nama berkata...

Mamat yang seko ni perasan dialah yang terbaik. Kalau dia belah kemudian joint UMNO jangan harap akan jadi calon. Tengok Ezam sudahlah. La ni orang dah tak berapa nak pakai cakap dia sebab dah jadi pengamal munafik!!

Martoiriat berkata...

Jalan yg terbaik.. ambil tindakan
terhadap YB Zul. pecat saja beliau
dar PKR, jika beliau tidak sehaluan
lagi dlm PKR. Jalan yg terbaik utk beliau masuklah UMNO. Teruslah berjuang dlm UMNO yg penuh donggeng
dan kaki rasuah.. nasib baik dapat jadi menteri..