10 Feb 2010

Tak Timbul Isu Kerjasama PAS - UMNO.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) sekali lagi menegaskan beliau tetap dengan pendiriannya hanya bersedia duduk semeja dengan Umno bagi membincangkan soal agama tanpa melibatkan isu lain.

Ketegasan itu dilihat bercanggah dengan pandangan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Sabtu lalu bahawa PAS sudah lama bersedia untuk berdialog dengan Umno-Barisan Nasional, bukan sahaja dalam isu Islam tetapi juga soal-soal berkaitan kepentingan rakyat.

Sehubungan itu kata Nik Aziz, kenyataan beliau jelas dan tidak mahu mengulas lanjut mengenai pendirian Hadi.

“Saya tidak mahu campur tangan urusan orang lain, saya hanya hendak perbetulkan kenyataan saya sahaja.

“Yang lain itu dia punyal pasal,”
kata beliau dipetik Sinar Harian.

Nik Aziz berkata beliau tidak menolak kemungkinan kenyataan Hadi sebenarnya senada dengannya, namun ia mungkin diputar belit oleh wartawan.

“Mungkin kenyataan saya dengan dia sama, cuma wartawan buat kacau,” katanya.

Hadi dipetik berkata, PAS sudah lama bersedia untuk berdialog dengan Umno-Barisan Nasional, bukan sahaja dalam isu Islam tetapi juga soal-soal berkaitan kepentingan rakyat.

Sebagai contoh kata Hadi, pihaknya sudah menghadiri dialog di Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) bulan lalu, yang merupakan salah satu badan di bawah kerajaan dan ramai pemimpin Umno hadir dalam dialog berkenaan.

“Dan kita telah memberi pandangan kita berhubung isu penggunaan kalimah Allah ini.

“Kita sudah lama terbuka dengan semua termasuk dengan Umno.

“Kita juga sudah bersedia untuk berdialog bukan sahaja isu kalimah Allah tapi semua isu melibatkan ekonomi, sosial, kebajikan dan sebagainya,” kata beliau.

Bagaimanapun pada hari yang sama Nik Aziz berkata beliau bersedia untuk berdialog dengan Umno, tetapi ia hanya akan berkisar pada soal agama Islam.

Sehubungan itu tegas Menteri Besar Kelantan, perbincangan tersebut hanya akan membabitkan kepada persoalan iaitu mengapa Umno tolak Islam dan PAS.

Idea itu pertama kali dibangkitkan oleh Nik Aziz pertengahan minggu lalu.

Dalam pada itu peguam PAS Hanipa Maidin menulis bahawa “tidak cukup dengan keputusan jawatankuasa disiplin yang memeningkan kita dan menjadi bahan ketawa abad ini, kini timbul semula isu muzakarah PAS dengan Umno.”

“Sekejap ada sekejap timbul. Sekejap ada sekejap timbul. Apa lagi kalau bukan muzakarah PAS dan Umno?

“Sekejap UG (kerajaan perpaduan), sekejap muzakarah. Sekejap muqabalah. Lepas ini apa pula, kita pun tidak tahu,” kata Hanipa sambil menambah beliau yakin rakyat sudah muak dengan isu ini
.

“Jika saya tidak bersama PAS, sudah tentu saya orang pertama yang paling muak dan meluat dengan isu ini dan muak kepada kedua-dua parti politik yang membangkitkan isu ini,” katanya.

Tegur beliau mengapa PAS tidak serik-serik membangkitkan isu ini sedangkan “tiada angin tiada ribut.”

Justeru soal beliau bukankah lebih baik kalau PAS menggunakan strategi untuk memperkuatkan Pakatan.


“Saya rasa terpanggil ingin menegur pemimpin PAS tidak kira setinggi mana pun jawatan mereka dalam parti. Biarlah orang PAS marah saya daripada rakyat marah kepada PAS dan menghukum PAS selepas ini.

Sambil berkata “takkan kita masih tidak kenal Umno!”, kata Hanipa, kerajaan perpaduan atau muzakarah, bagi rakyat yang sudah meluat dengan Umno, PAS dilihat sentiasa memberi nafas kepadanya jika isu kerajaan perpaduan atau muqabalah atau muzakarah dibangkitkan.

“Meluat rakyat ada hadnya. Jangan sampai PAS berani-berani menghampiri had itu. Jika rakyat meluat kepada kita, jangan marah mereka marahlah kepada diri kita sendiri,” katanya. - MalaysianIInsider


HATI-HATI PAS JANGAN SAMPAI RAKYAT MELUAT KEPADA KITA
OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN

Tidak cukup dengan keputusan jawatankuasa disiplin yang memeningkan kita dan menjadi bahan ketawa abad ini, kini timbul semula isu muzakarah PAS dengan Umno.

Sekejap ada sekejap timbul. Sekejap ada sekejap timbul. Apa lagi kalau bukan muzakarah PAS dan Umno ? Sekejap UG, sekejap muzakarah. Sekejap muqabalah. lepas ini apa pula, kita pun tidak tahu. Saya yakin rakyat dah muak dengan isu ini. Jika saya tidak bersama PAS, sudah tentu saya orang pertama yang paling muak dan meluat dengan isu ini dan muak kepada kedua-dua parti politik yang membangkitkan isu ini.

Saya tidak boleh tegur Umno sebab dia bukan parti saya. Tapi saya ingin tegur pemimpin PAS. Kenapakah mereka tidak serik-serik membangkitkan isu ini sedangkan tiada angin tiada ribut. Bukankah lebih baik kalau kita gunakan pemikiran kita untuk perkuatkan Pakatan.

Saya rasa terpanggil ingin menegur pemimpin PAS tidak kira setinggi mana pun jawatan mereka dalam parti. Biarlah orang PAS marah saya daripada rakyat marah kepada PAS dan menghukum PAS selepas ini.

Cukuplah bangkitkan apa sahaja isu yang rakyat boleh hidu bahawa PAS dan Umno cuba nak berbaik. Takkan kita masih tidak kenal UMNO ! UG ke atau muzakarah ke bagi rakyat yang dah meluat dengan Umno , PAS dilihat sentiasa memberi nafas kepada Umno jika isu UG atau muqabalah atau muzakarah dibangkitkan.

Meluat rakyat ada hadnya. Jangan sampai PAS berani-berani menghampiri had itu. Jika rakyat meluat kepada kita, jangan marah mereka marahlah kepada diri kita sendiri !!! -peguampas



Apalah Nak Jadi Dengan Parti Aku Ni?
Oleh Ust Zolkharnain Abidin Al-Hafiz

Badan terasa lemah dan letih. Otak terasa sebu dan tepu. Mulut seperti tidak berupaya berbicara lagi. Pandangan menjadi separuh kelam. Bebanan terasa tidak tertanggung lagi.

Apabila terpacul pelawaan ‘dialog’ dengan Umno daripada mulut Tok Guru Nik Aziz, dunia seperti berhenti berputar. ‘Dialog’ itu telah dialih bahasa menjadi ‘muzakarah’ oleh media.

Apa pun penjelasan Tok Guru selepas itu, apa pun tudingan kepada media selepas itu, ia seolah-olah menjadi tidak bermakna lagi. Itu semua seperti melontar seketul ais sebesar penumbuk ke dalam sekolah air.

Air tidak sejuk, ais pun habis.

Samada ‘dialog’ atau apa sahaja yang seerti dengannya tidak perlu ditimbulkan langsung, oleh sesiapa pun. Tidak perlu dan tidak berfaedah. Atas apa tujuan sekali pun.

Dileretkan lagi oleh media, Mahfuz pula berkata, mesyuarat bulanan PAS Pusat terhampir mungkin akan turut meneliti kenyataan Tok Guru itu. Maklumat lanjut akan diperolehi daripada Tok Guru dalam mesyuarat tersebut.

Ini hasilnya. Sesuatu yang tidak perlu akhirnya telah mengambil tempat dalam otak pimpinan PAS. Sedangkan sepatutnya bahagian otak itu ditempati oleh persoalan lain yang lebih besar dan mustahak.

Nampaknya kita masih rasa geli juga apabila digeletek oleh Umno dalam isu ini. Bila agaknya geli itu akan hilang?

Bila pula agaknya kita akan berhenti menyatakan pendirian mengenai isu ini? -bongkarsauh



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dalam hal hanya TGNA yg mampu bawa pemikiran rakyat ke tahap yg betul utk berfikir. Wlupun utk berdialog dgn umno, tp ketegasan TGNA lebih memikat hati rakyat berbanding 'rundingan dlm gelap' yg byk menimbulkan kegelisahan rakyat. Rakyat menilai kredibiliti dan ketegasan pimimpin. Asalkan 'ia' dlm terang dan diketehau rakyat, tentu rakyat dpt menerima perjumpaan dgn umno. TGNA ikon rakyat Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Siapa Anwar? Apa hak Anwar untuk mengeluarkan kenyataan ini ?
Apakah PAS perlu tunggu isyarat dari beliau dahulu ?I
Dalam soal ini, ia adalah hak PAS samada nak bincang atau tak nak bincang dengan UMNO. PAS adalah sebuah parti Islam yang sentiasa merujuk kepada al-Qura’an danHadis. PKR tak boleh campur, DAP pun tak boleh campur. Presiden PAS adalah Dato’ Seri Hj. Abdul Hadi dan Penasihat Agong PAS adalah Datuk Nik Abdul Aziz. Anwar tak ada hak kata apa-apa samada setuju kah atau tak halang kah atau tak suka kah. Kalau ada orang yang bertanya beliau, sepatutnya beliau menjawab “ Itu adalah hak PAS, saya tak nak komen”.