10 Feb 2010

Peguam Negara Peram Hasil Siasatan SPRM?

Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abu Kassim Mohamed berkata siasatan badan itu berhubung beberapa kes berprofil tinggi telah disempurnakan dan kini diserahkan kepada Pejabat Peguan Negara untuk tindakan, demikian lapor malaysiakini.

Kes-kes itu termasuk yang membabitkan bekas menteri besar Selangor, Datuk Dr Mohd Khir Toyo dan bekas menteri pelancongan, Datuk Azalina Othman Said.

"Saya berharap keputusan akan dibuat secepat mungkin,” katanya.

Menurut Abu Kassim, pihak peguam negara perlu menjelaskan kepada panel penasihat SPRM jika tiada tindakan diambil dalam tempoh enam bulan selepas siasatan diserahkan.

“Mengikut suruhanjaya baru, apa yang dipendam oleh AG melebihi enam bulan mesti dijelaskan kepada jawatankuasa penilai. Mereka mempunyai hak untuk mengetahui,” katanya.

Abu Kassim berkata demikian semasa pertemuan sejam antara anggota panel penasihat SPRM dengan pengarang kumpulan Malaysiakini, Steven Gan, minggu lalu.

Ulasan GB

Jika demikian halnya, GB merasakan bahawa desakan kuat perlu dilakukan ke atas Peguam Negara supaya kes-kes profail tinggi itu diambil tindakan segera. Hal ini juga perlu dibawa ke Parlimen.

Aduan juga perlu dilakukan kepada SPRM terhadap Peguam Negara, Abd Gani Patail, supaya Abdul Gani Patail disiasat mengapa melengah-lengahkan pendakwaan. Dan jika selepas enam bulan tiada pendakwaan, dikatakan peguam negara perlu menjelaskan kepada panel penasihat SPRM. Itu tidak memadai. SPRM boleh dipermainkan oleh Peguam Negara juga akhirnya. Peguam Negara tiba-tiba menjadi orang yang menentukan samada kes itu perlu didakwa atau pun tidak.

Dalam banyak hal, penyalah-gunaan kuasa oleh Peguam Negara boleh berlaku malah sudah amat ketara dan keterlaluan.

Pakatan Rakyat perlu pantas berfikir dan bertindak.

Pakatan Rakyat perlu memainkan peranan pro-aktif mempastikan Peguam Negara dan Ketua Polis Negara bekerja berdasarkan etika professionnya dan bukan untuk kepentingan kerajaan BN.

Pakatan Rakyat perlu pastikan kedua-dua orang ini dilucutkan jawatan dan untuk tujuan itu PR perlu membuktikan mereka bekerja untuk kepentingan kerajaan dan bukan negara.

Bukti-buktinya banyak jika dibentuk satu "task-force" bagi tujuan berkenaan.

Tapi alahai, PR belum bersedia ke Putrajaya, sampai ketua dah nak kena penjara pun, ramai pemimpin PR masih terbuai dengan isu-isu buatan musuh.

Bukan GB saja, rakyat lemas ler pemimpin-pemimpin lembab macam Pak Lah dulu.

3 ulasan:

mtgbertam berkata...

Sape berani lawan peguam negara???

Orang ter`power' di Malaya ni selepas PM !!!

Tanpa Nama berkata...

manusia ni sanggup derhaka kepada Allah dari menderhaka kepada manusia. Tunggulah kemurkaan Allah.... kamu akan terima balasan samada didunia ini atau diakhirat kelak.....

Tanpa Nama berkata...

Mamat ni dah mula rasa panas punggung. Rasanya dia juga tak lama duduk di kerusi tu.