20 Feb 2010

Penunggang Motosikal Maut Dirempuh SUV Tajol Rosli

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali terlibat dalam kemalangan dengan seorang penunggang motorsikal warga Indonesia menyebabkan mangsa (penunggang motorsikal) meninggal dunia dalam kejadian di Km 28.1 Jalan Kuala Kangsar-Gerik di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Gerik, Supt Mahad Nor Abdullah berkata, mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada pukul 10.55 pagi dikenali sebagai Rina Kumala, 23, yang bekerja sebagai buruh ladang di sebuah syarikat di sini.

Kemalangan berpunca apabila mangsa yang keluar dari simpang jalan utama tiba-tiba membuat pusingan U dan pada masa sama kenderaan yang dipandu Tajol Rosli jenis Toyota Harrier gagal mengelak lalu merempuh motorsikal terbabit, katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata lelaki itu yang mengalami cedera parah di kepala meninggal dunia sejam kemudian ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Lenggong dan mayatnya dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat.

Bagaimanapun Tajol Rosli bersama dua rakannya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketika kejadian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Hulu itu bersama dua rakannya dalam perjalanan dari arah Kuala Kangsar menuju ke Rumah Rehat Gerik untuk menyertai sebuah majlis di situ. - BERNAMA

Ulasan GB

Jika di dalam kes kemalangan membabitkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan Ng Suee Lim yang terlibat di dalam kemalangan dengan seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Seksyen 7, Shah Alam, 7 Feb lepas, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar menyatakan :

"Kertas siasatan sudah hampir selesai untuk diberikan kepada DPP. Ada cadangan supaya beliau dituduh dibawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu tidak cermat dan tidak bertimbang rasa ketika memandu kenderaan. "

Maka hal yang sama sepatutnya dikenakan ke atas Tajol Rosli.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nampak gayanya polis juga kena ambil tindakan terhadap tajul rosli juga. sama seperti tindakan yg dikenakan terhadap ADUn Sekinchan. TINDAKAN DIBAWAH SEKSYEN 43 AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987, iaitu TIDAK CERMAT DAN TIDAK BERTIMBANG RAS KETIKA MEMANDU KENDERAAN. Jgn nanti ada pulak alasan simangsa tak ade lesen pulak... sbb tak nak dakwa adun dari umno tu.....