20 Feb 2010

Jangan Terkejut Jika Nasir Safar Dibebaskan

Pengumuman pihak berkuasa bahawa siasatan keatas kenyataan ekstrem bekas Pembantu Khas Perdana Menteri Datuk Nasir Safar telah selesai adalah sandiwara semata-mata.

Adun Batu Caves, Amirudin Shari (gambar) berkata beliau tidak terkejut sekiranya siasatan ini tidak membawa kepada pendakwaan sepertimana skandal badan kehakiman dan peguam V.K Lingam dan skandal rasuah bekas Menteri Rafidah Aziz.

"Dalam kes Lingam sebagai contoh, siasatan telah selesai tapi tidak dibuat apa-apa sebab Peguam Negara mengambil keputusan untuk tidak mendakwa. Dan juga dalam banyak kes dari dulu sampai sekarang ni. Rafidah Aziz, Rahim Tambi Chik dan banyak sebagainya," jelas beliau.

Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof mengumumkan bahawa siasatan keatas kenyataan berbaur perkauman pembantu PM itu telah selesai dan telah diserahkan ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan susulan.

Siasatan kes mengikut Akta Hasutan 1948 dan polis telah mengambil keterangan 49 saksi termasuk peserta kursus dan enam wartawan tempatan.

Sebanyak 58 laporan polis telah dibuat di seluruh negara berhubung ucapan Nasir pada Seminar 1Malaysia di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka.

Nasir mengundang kecaman pelbagai pihak selepas mengecam masyarakat Cina sebagai 'penjual tubuh' dan masyarakat India sebagai 'pengemis'.

Amir Shari berkata watak-watak seperti Nasir ini adalah manifestasi sebenar sifat Umno yang sentiasa curiga dan ekstrem, lantas membuktikan bahawa moto 1Malaysia tidak lebih dari omong kosong semata-mata.

"Rakyat sudah jelas dengan wajah sebenar Umno-BN. Di dalam 1Malaysia ada Nasir Safar, ada Ahmad Ismail, ada kepala lembu yang di arak," tegas beliau.


Kes Nasir Safar diserahkan kepada AG

Polis telah melengkapkan siasatan berhubung aduan tehadap bekas pegawai khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar, yang didakwa membuat kenyataan berbaur perkauman pada satu seminar di Ayer Keroh awal bulan ini.

Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof berkata kertas siasatan itu telah diserahkan kepada pejabat Pendakwa Raya.

Bercakap kepada pemberita selepas pada majlis penutupan Kursus Asas Motosikal Berat di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Melaka hari ini, beliau berkata polis telah merakamkan percakapan Nasir selama dua jam di Putrajaya pada minggu lalu.

Siasatan kes mengikut Akta Hasutan 1948 dan polis telah mengambil keterangan 49 saksi termasuk peserta kursus dan enam wartawan tempatan.

Sebanyak 58 laporan polis telah dibuat di seluruh negara berhubung ucapan Nasir pada Seminar 1Malaysia di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka.

Ucapan Nasir pada 2 Feb lalu itu dilapor menyebabkan puluhan ahli MIC, MCA dan perwakilan pertubuhan bukan kerajaan meninggalkan majlis berkenaan.

Dia dikatakan menimbulkan kemarahan hadirin apabila melabelkan kaum India dan Cina sebagai pendatang.

Selain itu, Nasir juga didakwa mengancam akan menarik balik kerakyatan mereka yang menentang keputusan kerajaan untuk menghadkan 12 matapelajaran sahaja untuk peperiksaan SPM.

Beberapa jam selepas berita itu didedahkan, Pejabat Perdana Menteri pada satu kenyataan mengumumkan Nasir akan meletakkan jawatan. - malaysiakini


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pandainya umno buat wayang, hero misti tak bersalah... biasa tu... kan berlakon namanya

bat8 berkata...

apa nak diherankan kalau nasir safar dibebaskan kerana itulah kelazimannya jika melibatkan orang UMNO.

Kita patut heran sakan jika sebaliknya.

Yang penting nanti isu pembebasan nasir safar nanti pelu dicapitalise secara besar-besaran oleh Pakatan rakyat dan memastikan ia membawa maximum impact dalam bentuk sokongan oleh rakyat.


bat8

Unknown berkata...

kenapa bodoh sangat Pakatan Rakyat nak suruh si nasir ni kena penjara ke...kena ambil tindakan ker...

Biarlah mereka tunjuk belang mereka ..so rakyat akan menilai sendiri ...kalu tindakan diambil(penjara) apa isu PR ada ...Rakyat akan tgk BN adil ...jaddik PR tak releven lagi laaaa