27 Feb 2010

Menteri UMNO Sabit Kes Rasuah Perlu Letak Jawatan

Menteri Informasi, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim yang mengemukakan saranan supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim melepas jawatan Ketua Pembangkang, sepatutnya lebih dulu mendesak menteri yang pernah disabitkan atas kesalahan rasuah dan pecah amanah, supaya meletak jawatan.

Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (GERAK) yang membidas Rais kerana mencadangkan Anwar Ibrahim supaya melepas jawatan semata-mata kerana terlibat dalam perbicaraan konspirasi kedua sedangkan mahkamah belum membuat sabitan.

Menyifatkan cadangan itu berniat jahat dan bertujuan mengalihkan kebimbangan rakyat dan masyarakat antarabangsa terhadap isu integriti institusi kehakiman, Gerak menganggap kenyataan Rais itu semata-mata bermotif politik..

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Ahli Lembaga Pengarah GERAK, hari ini, mereka menyeru Rais supaya melaungkan nada sama terhadap ahli politik yang memegang jawatan dalam kerajaan supaya melakukan perkara sama.

"Mereka yang sabit kesalahan oleh Jawatankuasa Disiplin atas kesalahan rasuah politik dalam Perhimpunan Agung UMNO, selain terpalit dengan kontroversi melibatkan projek mega seperti isu PKFZ dan isu moral, sepatutnya turut berbuat demikian.

"GERAK berpendirian, seseorang itu tidak bersalah dan dilihat sebagai tidak bersalah selagi mahkamah tidak memutuskannya sebagai bersalah," kata kenyataan itu.

Mengikut kenyataan berkenaan, GERAK berharap semua pihak menghormati hak seseorang warganegara untuk mendapatkan pengadilan melalui proses mahkamah yang bebas dari campur tangan mana-mana pihak.

"Tindakan mengaibkan maruah dan peribadi seseorang amat bertentangan dengan nilai Integriti," kata kenyataan itu lagi.

GERAK turut mendesak kerajaan supaya menumpukan usaha memulihkan keyakinan dan kepercayaan rakyat dan negara luar terhadap kebebasan dan keadilan proses perundangan negara. -TVS


1 ulasan:

Awanama berkata...

Pelik juga mamat ni boleh buat kenyataan begitu. Tak ada orang buat repot pula. Kalau Adun atau AP buat kenyataan begitu dah tentu adalah kaki yang buat repot. Lepas tu akan dipanggil macam mana Salehudin dan Sivarasa kena tu.