23 Feb 2010

Kerajaan UMNO-BN Tidak Amanah Urus Wang Rakyat

Ahli Dewan Undangan Negeri Guchil, Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria membidas laporan Mingguan Malaysia yang mendakwa kononnya Kelantan tidak layak menguruskan wang ihsan yang ingin disalurkan oleh kerajaan pusat.

Akhbar ini memetik Datuk Ibrahim Ali, yang disifatkan pakar lompat parti, sebagai mendakwa kerajaan negeri pimpinan Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak layak menguruskan wang ehsan kerajaan persekutuan Umno-Bn.

Tanpa merujuk kepada rekod Ibrahim Ali mahupun Umno bersabit nilai-nilai amanah, Zamri mempersoalkan tindakan Umno menyalurkan dana dan peruntukan lain menerusi Jabatan Pembangunan Persekutuan yang ditubuhkannya.

“Kalau tidak layak mentadbir, saya rasa JPP pun tidak layak. Sebab JPP ialah kerajaan yang haram. Kelantan ialah kerajaan yang dipilih oleh rakyat, JPP ditubuh oleh kerajaan pusat, kerajaan dalam kerajaan secara haram” katanya.

Untuk rekod, Kelantan diperakui mempunyai keupayaan begitu tinggi dalam menguruskan bajet kewangan yang terhad akibat pelbagai kekangan kerajaan pusat.

Malah jumlah hutang yang ditinggalkan kerajaan pimpinan Umno sebelumnya yang berjumlah lebih 220 juta ringgit telah dilangsaikan oleh kerajaan negeri pimpinan Nik Aziz.

Zamri berkata anasir-anasir seperti Ibrahim Ali harus mengukur baju di badan sendiri dan berani mempersoalkan pucuk pimpinan Umno mengenai nilai-nilai amanah.

“Kita tanya balik, Najib memerintah kapal terbang hilang, dokumen hilang, rahsia kerajaan hilang, kereta Perdana di SUK Kuala Terengganu pun hilang, sama lah. Tidak boleh memerintah kalau hendak kira begitu. Lago dahsyat. Beli Scorpine.. kapal selam tidak boleh menyelam kan” kata Zamri.

November tahun lalu, Najib mengumumkan akan memberikan wang ihsan RM 20 juta ringgit kepada Kelantan dan menolak tuntutan kerajaan negeri untuk wang royalti yang dianggarkan satu billion ringgit.



3 ulasan:

Awanama berkata...

UMNO tak teringin buka pintu untuk membolehkan raja katak pasir mas lompat masuk dalam pagar dia!? Jangan marah ya?

pemerhati berkata...

T.Razaleigh Hamzah sebagai pengasas Petronas berkata "bahawa negeri dan kerajaan Kelantan berhak mendapat royalti minyak yang dihasil di pesisir pantai negeri itu tidak kira berapa jauh ia ke tengah laut...."

Tapi Datuk Mustafa Mohamad, Menteri Perdagangan Antarabansa dan Industri berkeras mengatakan "...negeri Kelantan tidak berhak atas royalti itu kerana telaga minyak yang beroperasi adalah di luar kawasan tiga batu nautika dengan pantai negeri itu...."

Datuk Ibrahim Ali pula mendakwa "...kerajaan negeri pimpinan Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak layak menguruskan wang ehsan kerajaan persekutuan Umno-Bn..."

Tapi dibidas pula oleh T.Razaleigh "....Kalau pun royalti itu diganti dengan wang ihsan, maka wang itu mesti dimasukkan ke dalam khazanah negeri. Tiada pihak lain yang boleh mentadbirnya....?

Sekarang kita nak percaya cakap siapa..?

Masihkan kita nak menghormati dan menyokong orang seperti Datuk Mustafa Mohamad/Mohd. Najib Razak yang jelas dilihat sebagai pembohong dan pengkhianat rakyat 1 Malaysia...?

Awanama berkata...

pada org umno hanya mereka aje yang layak terima royalti tu... sbb pakatan rakyat guna wang kerajaan utk kepentingan semua rakyat berbilang bangsa, tapi mereka guna duit rakyat utk poket mereka shj. belanja rakyat hanya 5 tahun sekali bila nak pilihan raya.