23 Feb 2010

Kedah Lipatganda Hasil Balak Dari RM8 juta Semasa BN Kepada RM38 juta Dibawah PR

Walaupun pelbagai tuduhan dilontarkan terhadap kerajaan negeri Kedah namun hakikatnya Pakatan Rakyat berjaya melipat ganda pendapatan daripada pembalakan berbanding pentadbiran lama Umno-Barisan Nasional.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata Kedah berjaya memperolehi pendapatan sebanyak RM38 juta berbanding RM8 juta sahaja di bawah BN.

"Saya merasa hairan bagaimana kerajaan negeri dapat pulangan lumayan berbanding pulangan pembalakan zaman BN yang hanya dapat jumlah yang sikit dan ke mana perginya untung balak semasa pentadbiran mereka.

"Kejayaan kerajaan negeri mengamalkan tender terbuka menjadikan perancangan lebih teratur bagi menyalurkan projek kepada kontraktor-kontraktor bagi meneruskan pembalakan," kata Datuk Seri Azizan.

Beliau berkata Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia menganggu pentadbiran negeri dengan dakwaan berlaku penyelewengan pembalakan tetapi pada masa yang sama agensi itu gagal menyiasat mana perginya keuntungan pembalakan ketika pentadbiran BN.

"Kita dah tau taktik kotor BN yang sentiasa tutup penyelewengan mereka tetapi sengaja mengadakan cerita untuk menjatuhkan kerajaan negeri Kedah yang berada pada tahap yang memuaskan.

"Sistem tender secara terbuka memberi pulangan terbaik kepada kerajaan negeri kerana perbezaan tinggi sehingga puluhan ribu ringgit seekar daripada kontraktor untuk merebut kawasan pembalakan menjadikan keputusan adil dicapai tanpa berlaku penyelewengan kepada mana-mana kroni," tegas beliau.

Menurutnya Menteri Besar lagi kerajaan negeri membuat perancangan terbaru dengan bantuan Bank Islam Malaysia yang memberi pinjaman RM350 juta untuk membina Universiti Islamiah di Kedah.

"Projek kita bina Universiti Islamiah hanya RM350 juta dan jika kerajaan pusat atau BN nak bina universiti yang sama akan menelan mencecah belanja lebih RM1 bilion.

"Kerajaan negeri sentiasa merancang pengurusan kewangan sebaik mungkin tanpa berlaku sebarang pembaziran," katanya pada ceramah isu semasa bersama Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan di Jeniang, Kedah semalam.

Ceramah tersebut dihadiri lebih 50,000 penyokong Pakatan Rakyat. -SK

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bukanlah suatu perkara yang menghairankan. Sewaktu BN berkuasa dahulu tanah yang berharga RM8 sekaki persegi tiba-tiba dijual dengan hargar RM30 sekaki persegi untuk didirikan Pasaraya TESCO di Alor Setar yang boleh dilihat jika melalui Lencongan Barat untuk ke Kangar. Menteri Besar BN, Mahzir Khalid hanya jadi MB selama 25 bulan sahaja, tetepi dia telah membina 2 buah istana khabarnya berharga RM4 juta, siap dengan tempat landing helikopter. Khabarnya kalau BN berjaya mempertahankan kuasa di Kedah dalam PRU 12 dulu, para Adun akan mengadakan mesyuarat sambil makan angin di Bejing. Katanya tiket penerbangan telah ditempah untuk tujuan itu!

Tanpa Nama berkata...

UMNO/BN akan mengamuk lagi selepas ini setelah tahu Kedah/PR dapat pungut hasil. Sekali lagi isu kroni/pembalakan haram akan dicanai oleh mereka di media massa.

Tanpa Nama berkata...

belum lagi nak kira wang persekutuan yang diselewengkan oleh kerajaan UMNO lagi banyak

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan Kedah perlu bawa pembangunan lebih sikit ke kawasan penerokaan balak spt Padang Terap, Balin dan Sik.

Bagilah dalam 20%. 80% blh kongsi utk daerah lain pula.

Haraplah dipertimbang dan jadi cth kpd UBN.

Tanpa Nama berkata...

semakin bersemangatlah lagi umno bee end nak rampas balik kedah darul aman tu...
tapi umno bee end ni muka tak tau malu la..... asyik nak jadi lanun aje keje nya...