24 Jan 2010

PKR Wajar Ambil Tindakan Ke Atas Zul Kulim

Hubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS dikusutkan lagi ekoran tindakan Zulkifli Noordin daripada PKR membuat laporan polis terhadap Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad daripada PAS.

Zulkifli yang juga Anggota Parlimen Kulim Bandar Baru berkata, laporan polis itu dibuat berhubung kenyatan Khalid yang menyebut enakmen larang kalimah "Allah" ketinggalan zaman. "Saya dah buat kenyataan dua hari lalu meminta supaya Khalid segera meminta maaf kepada Sultan Selangor dan umat Islam dan menarik balik kenyataan itu tetapi beliau tidak berbuat sedemikian malahan tidak menunjukkan sebarang penyesalan setelah dipanggil menghadap Sultan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Masjid India di sini hari ini.

Pada 21 Januari lepas, Khalid dalam kenyataannya yang dilaporkan MalaysiaKini menyatakan, enakmen agama Islam yang melarang penggunaan nama Allah dan perkataan-perkataan lain berkaitan Islam sudah ketinggalan zaman dengan alasan pada masa undang-undang itu diluluskan mungkin tahap kefahaman umat Islam terhadap agama Islam begitu lemah sehingga perlu dilindungi.

Kenyatan Khalid itu merujuk kepada Enakmen Ugama Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor 1988.

"Saya percaya kenyataan Khalid adalah berunsur hasutan dan menghina Tuanku Sultan Selangor dan Dewan Undangan Negeri dan umat Islam secara umumnya," kata Zulkifli.

Katanya laporan polis itu dibuat bagi membolehkan Khalid disiasat sama ada mengikut Akta Hasutan, Seksyen 298A Kanun Keseksaan atau Enakmen atau undang-undang berkaitan Islam bagi negeri Selangor.

Menurut Zulkifli, Khalid juga seharusnya tidak lagi berada dalam PAS dan menubuhkan partinya sendiri memandangkan tindakan beliau sejak kebelakangan ini, dilihat sering bertentangan dengan pendirian PAS dan dasar Pakatan Rakyat. "Berdasarkan rentetan tindak-tanduk Khalid saya ingat, lagi baik beliau keluar saja daripada PAS. Pada saya elok dia keluar dari PAS, dan mungkin dia boleh sertai DAP (kalau masih nak berada dalam PR) ataupun buat parti sendiri.

Ditanya sama ada beliau sendiri bersedia sekira PKR bertindak terhadapnya kerana tindakannya hari ini, Zulkifli berkata: "Saya tak akan halang PKR dari mengambil tindakan kalau mereka perlu ambil tindakan." -BERNAMA

Ulasan GB

YB Zulkifli Nordin (Zul Kulim) nampaknya begitu ghairah mengikut rentak tari UMNO di dalam isu kalimah Allah shingga setelah tidak mampu berhujjah beliau mencari jalan lain untuk iaitu membuat laporan polis - langkah yang sama dilakukan oleh beberapa NGO dan geng kepala lembu terhadap YB Shah Alam Khalid Samad.

Malah Bernama sendiri, sebagai sebuah agensi berita yang kurang-mesra kepada parti Pakatan Rakyat menyifatkan tindakan YB Zul Kulim itu sebagai mengusutkan lagi hubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS.

Sultan Selangor telah meminta Khalid menulis surat kepada baginda sendiri mengenai apa-apa cadangan mengenai perkara yang dibangkitkan Khalid - dan baginda Sultan sedia mempertimbangkannya.

Mengenai kenyataan Zul Kulim "Khalid juga seharusnya tidak lagi berada dalam PAS dan menubuhkan partinya sendiri memandangkan tindakan beliau sejak kebelakangan ini, dilihat sering bertentangan dengan pendirian PAS dan dasar Pakatan Rakyat." ternyata kesasar kerana umum melihat Zul Kulimlah yang sepatutnya tidak lagi berada di dalam PKR dan menubuhkan partinya sendiri memandangkan tindakannya dari dulu lagi telah dilihat sering bertentangan dengan pendirian partinya, PKR dan dasar Pakatan Rakyat.

Bagi Khalid pula, di dalam isu kalimah Allah contohnya, beliau telah mengeluarkan kenyataan awal yang kemudian kenyataannya itulah yang menjadi dasar pendirian PAS - bahawa Islam tidak melarang penggunaan kalimah Allah digunakan oleh orang Kristian.

Justeru dimana kebenaran kenyataan Zul Kulim bahawa Khalid "dilihat sering bertentangan dengan pendirian PAS"?

Malah menyuruh Khalid keluar PAS, apa locus standi yang ada pada Zul Kulim menyuruh Khalid berbuat demikian? Zul Kulim bukannya wakil rakyat PAS dan bukan pemimpin PAS. Beliau bertanding sebagai ahli parlimen PKR dan sewajarnya membataskan perkataan dan kritikannya di dalam lingkungan parti yang diwakilinya.

Pemimpin PKR sendiri menyokong kenyataan dan tindakan Khalid malah ada pemimpin PKR sendiri yang melihat Khalid sebagai pemimpin masa depan. (Sila rujuk SINI.

Memang GB maklum, ada juga di dalam PAS yang tak suka Khalid, namun ia minoriti. Sebilangan kecil. Dari kumpulan Hassan Ali, dari kumpulan bekas UG. Dan ia "negligible".

Sedangkan Zul Kulim sendiri terlibat menggunakan media akhbar, blog dan mimbar untuk menyemaikan api perkauman dan keagamaan di kalangan umat Islam ekoran isu kalimah Allah dan pendirian dan tindakannya itulah yang amat jelas bertentangan dengan pendirian parti yang diwakilinya, PKR dan Pakatan Rakyat. Zul Kulimlah yang sepatutnya disiasat di bawah Akta Hasutan.

Sudah sampai masanya PKR, mengambil tindakan ke atas Zul Kulim.
PR, do you agree?

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

banyak enakmen lain juga yang mendokong UMNO

sudirumusibarat berkata...

Elok benarlah YB Zul tu keluar parti dan bergabung dengan Pak Brahim Ali serta rakan sewaktu dengannya dan tubuh parti baru.Parti apa ye,coba2 tlg bagi cdgn !
Parti See-Saw boleh?!Atau ada lain cadangan ?

Tanpa Nama berkata...

yes, pkr sila ambil tindakan terhadap yb zul atau yb zul keluar dari pkr dan PR

Jebon berkata...

Apa mamat tu nak lagi? Tak habis-habis mengaruk. Tak ada adab berjemaah langsung. UMNO pun dah cool, dia pulak yang tersampuk lebih-lebih.

Tanpa Nama berkata...

Takkan DSAI takut nak amik tindakan kat orang parti sendiri..tapi garang sangat kat UMNO...kita tengok apa tindakan DSAI dalam hal ni!!Jangan duk diam buat tak tau!!Jangan tunguu rakyat naik minyak!!Kadang aku naik kesian kat DSAI sebab kebanyakakn org2 dia kadang2 tak boleh pakai..dari Ezam pi Saipul sampailah Zulkifli bengong ni!

Anak PR Selangor berkata...

Dulu saya respek dengan Zulkifli ni atas asaa perjuangan Islamnya tp kini setelah melalui beberapa peristiwa saya tidak lagi respek pada beliau.... melalut sangat mamat ni.. Dia tidak respek pada pimpinan parti yang diwakili. Kalau asyik bertentangan dan tidak bersetuju dengan polisi parti yang diwakilinya eloklah beliau menubuh parti beliau sendiri.

nafis berkata...

Salam GB,

melihat pada "body language" si zul dalam berita Bernama malam tadi pun sudah "self-explanatory"....

ada orang kata si zul ni memang tak akan keluar parti/resign dan dia sebenarnya hanya menunggu untuk di tendang dari PKR. Dia sengaja buat kecoh dan bila di tendang, dia akan mendakwa menjadi "mangsa" dan akan semakin banyaklah lagi perilaku dia "bad-mouthing" PR.

saya rasa DSAI patut ambil lebih banyak tindakan terhadap perangai si zul ni. DSAI sepatutnya menegur si zul setiap kali makhluk ni buat onar. Beri komen atau teguran pada zul, intensify the pressure that all of us in PR disagree with his actions...pressure, pressure, pressure sampai si mamat ni tak senang duk lagi panas pungkok and BELAH dari PKR. Jangan di diamkan saja sebab dia makin lama makin berani and makin melampau mengelirukan rakyat...please do not wait until it's too late, DSAI

Tanpa Nama berkata...

Zul Kulim sebenarnya sudah senada dgn UMNO dalam hal ini. Saya sarankan elok benar Zul Kulim masuk UMNO daripada menyuruh org lain keluar PAS! Kan senang begitu. Satu masa dulu bukan main berapi-api ceramahnya menghentam UMNO dalam isu murtad. Tapi nampaknya sekarang ini sedikitpun telinga UMNO tidak dijentiknya. Ada apa-apa ke? Kami rakyat Kulim merasa sangsi dgn tindak-tanduknya sekarang ini terutama di Parlimen Kulim sendiri. Ada beberapa perubahan yg ketara dlm tingkahlaku Zul Kulim sekarang ini.

1) Zul Kulim bersikap diam diri dengan kemungkaran UMNO sejak akhir-akhir ini.
2) Zul Kulim lebih banyak menyerang rakan dalam Pakatan Rakyat daripada menyerang UMNO seolah-olah UMNO lebih baik dari DAP, PAS dan PKR sendiri.

Ada lagi.... nanti saya akan dedahkan... hehehehe... bersabarlah ye Zul Kulim.... nanti saya akan londehkan awak satu persatu!

mtgbertam berkata...

Zul ni bangang, dia ingat dgn melalak mcm tu rakyat akan ingat dia ni YB yg aktif bekerja. Aku amat respek Mat Sabu, jauh lebih baik dr si zul bangang ni