26 Dis 2009

Quo Vadis PAS Selangor?

Kita dikejutkan dengan berita yang tak berapa sedap di dengar pagi ini: PAS Selangor Mahu Keluar Dari Pakatan Rakyat.

Pak Bakaq a.k.a. penarik-beca telah melaporkan di dalam blognya di dalam entrinya yang terbaru:


"Satu perhimpunan mendesak PAS Selangor keluar dari Pakatan rakyat akan diadakan pada 27 Dis 09 jam 1100 di Pej PERHUBUNGAN PAS Sel. No. 13C, Ting. 3 BLOK 1, WORLDWIDE BUSINESS CENTRE, SEK. 13, S/ALAM. Penyerahan memorandum juga akan dilakukan dan di terima sendiri oleh Dato Hassan Ali. Hadir beramai2 demi"

Takat tu sahaja. Kecuali gambar hiasan yang saya bubuh sendiri, isi kandungan sms itu saya tak edit sikit pun. Demi apa, mana aku tau. Saya juga tak tau sama ada sms itu saja orang nak main-main atau memang betul. Tetapi saya menerimanya dari orang yang dipercayai. Kawan saya itu pula memberitahu saya bahawa beliau juga menerimanya dari orang yang beliau percayai.


Samada benar atau tidak berita itu, namun pepatah menyatakan "kalau tak der angin masakan pohon bergoyang", kalau di dalam proverb Mat Salleh, kita ketemu ungakpan "theres no smoke without fire".

Khabar angin? Mungkin. Namun ianya mesti berpunca ekoran dari keputusan Jawatankuasa Disiplin yang telah mengesahkan pihaknya sudah mengenal pasti adanya kes kukuh terhadap Pesuruhjaya PAS Selangor itu.

Hassan Ali "telah" bertindak memecat Khalid sebagai timbalan pesuruhjaya dan Saari Sungib daripada ketua penerangan negeri. Pemecatan ini dilihat sesutau tindakan yang di luar bidangkuasanya kerana singkir menyingkir jarang atau mungkin tidak pernah berlaku di dalam PAS, kecuali apabila Hassan menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor.

Sedangkan penyingkiran sepatutnya hanya boleh dibuat dalam mesyuarat perhubungan negeri, bukan mesyuarat dewan harian.

Tindakan Hassan itu "ultra vires", dan boleh dianggap TIDAK SAH. Dari sudut perundangan, Khalid Samad masih tetap Timbalan Pesuruhjaya, Shaari masih tetap Ketua Penerangan.

Mujur Khalid dan Shaari bukan di kalangan orang yang tayatkan jawatan. Jika tidak PAS dah jadi macam MCA dan PPP sampai melibatkan mahkamah dan Pendaftar Pertubuhan.

Tetapi Allah tidak pernah tidur dan lalai. Allah tahu siapa sebenarnya yang menimbulkan masalah untuk Parti Islam SeMalaysia Selangor.

Berbalik isu perhimpunan yang dikhabarkan oleh angin akan diadakan, saya katakan tadi ia berkemungkinan ekoran dari keputusan Jawatankuasa Disiplin yang mendapat ada kes terhadap Hassan dan Khalid. Justeru kedua-duanya dipanggil untuk memberikan penjelasan lanjut untuk tindakan seterusnya.

Tanggal 7 dan 9 Jan telah ditetapkan untuk memanggil mereka menghadap anggota jawatankuasa disiplin, kata Tuan Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin yang juga salah seorang naib presiden PAS.

“Kami sudah pun menghubungi Khalid dan beliau telah bersetuju untuk bekerjasama dengan kami dan akan menemui jawatankuasa pada 7 Jan. Beliau sudah pun bersetuju untuk menemui kami,” ujar beliau.

“Bagaimanapun belum ada tarikh persetujuan daripada Datuk Hasan dan sekretariat akan berhubung dengan Datuk Hasan untuk membolehkan beliau menemui kami,” katanya, lapor Malaysian Insider.

Hassan seperti tidak berpuas hati. Ada kemungkinan beliau sudah mengetahui bahawa hukuman tatatertib akan dikenakan ke atas beliau. Justeru itu beliau tidak mahu menghadap Jawatankuasa Disiplin.

Kita tidak mengetahui selebihnya. Jika beliau sudah tahu bahawa beliau akan dikenakan tindakan tatatertib, siapa yang memberitahunya? Berspekulasi lagi.

Itu sebab GB katakan bahawa Jawatankuasa Disiplin perlu diperkasakan. Perlu diserahkan kepada mereka yang berwibawa. Perlu tidak diskriminasi atau pilih kasih. Perlu kepada orang yang berkeahlian dan perlunya beliau dari kalangan mereka yang tiada jawatan di dalam parti untuk mengelakkan konflik di dalam menetapkan hukuman.

Apa-apa pun yang terngiang di dalam ingatan ialah Hassan Ali, sejurus selepas keputusan PRU 2008 diumumkan telah bertindak menemui pemimpin UMNO yang sepatutnya tindakan disiplin telah lama diambil ke atasnya sbelum beliau melakukan penyingkiran Khalid Samad dan Shaari Sungip dari jawatan masing-masing di dalam Dewan Harian PAS Selangor.

Budaya yang dibawa oleh Hassan Ali adalah budaya bukan-PAS. Tidak mendepankan ukhwah di kalangan jemaah, namun ia seperti direstui oleh pemimpin tertinggi parti.

Di Selangor dalam situasi sekarang:
PKR sekarang ada 14 kerusi
DAP sekarang ada 13 kerusi
Umno sekarang ada 20 kerusi
PAS sekarang ada 8 kerusi
Bebas sekarang ada 1 kerusi


Katakanlah PAS keluar PR dan menyertai bersama UMNO. Hassan Ali fikir kerajaan PR akan tumbang bila kedudukan sudah mendari BN 29 PR 27?

Tidak mungkin. Sebab tak semua PAS yang 8 kerusi akan menyertai langkah Hassan Ali. Kedua jangan lupa, 5 ADUN BN termasuk Khir Toyo telah digantung dari menghadiri Dewan Undangan Negeri selama setahun.

Malah jika ia benar-benar berlaku sekalipun, saya yakin majorti ahli-ahli PAS seluruh negara tidak menyetujui dan mengutuknya, kecuali sipenjilat dan sipengampu. Penjilat dan pengampu siapa?

Jangan marah GB lantaran itu.

5 ulasan:

Anak PR Selangor berkata...

Saya dah kata dah...insan ini tidak boleh dipercayai...

Tengoklah apa akan jadi nanti... tp saya percaya PAS Selangor akan bergabung dengan UMNgOk akhirnya..

Hai..tak kan tak kenal lagi Hassan Ali.

sb dehlawi berkata...

Biar betul GB? kawe tak rela dduduk di bawah kerajaan berlambang TIMBANG. Geli tengok lambang TIMBANG

Siswa berkata...

Hassan Ali bagaikan duri dalam daging. Dia nak berkompromi dengan umno? Jangan harap, Dr Mahathir orang yang akan melenting kalau ini berlaku. Dr Mahathir dan Hassan Ali mmg x ngam langsung.

Awanama berkata...

bukan Pas selangor tapi hasan ali patut disingkir dari pas

Awanama berkata...

kita tengok dulu besok siapa yang buat, aku rasa habis2 pun org yang sama demo dgn kepala lembu dan yang kencing gambar pemimpin DAP