26 Dis 2009

Membedah-siasat Secara Jujur Masalah Yang Melanda PAS

Bedah siasat terhadap masalah yang melanda Pas
Oleh Hussin Abdul Aziz

Yang merosakkan Pas

Ust Zolkharnain Abidin, exco Dewan Ulama Pas Pusat, telah menggariskan tiga perkara yang pasti meruntuhkan Pas: (1) agenda melayu, (2) berkerjasama dengan umno, dan (3) curang dalam persetiaan dalam Pakatan.

Ketiga2 perkara tersebut begitu sinonim dengan ‘Unity Government (UG)’ yang dilontarkan TGHH. Ust Zol, diawal isu UG, adalah salah seorang yang mempertahankan TGHH. Masa berlalu. Setelah melalui peredaran masa dan melihat sendiri peristiwa yang terlakar, beliau sedar betapa tiga perkara yang berkait rapat di antara satu sama lain adalah penyebab Pas musnah.

Unity Government (UG)

UG, sama ada pro atau kontra, sokong atau anti, telah diberi liputan oleh serba manikam media. Apa yang cuba disentuh di sini ialah berkaitan penutupan isu UG. Sudah berapa kali ia ditutup? Terakhir, pada 28 Okotober 2009, semasa sidang media TGHH selepas mesyurat khas menggantikan muktamar khas saranan TGNA. Pertama kali ia ditutup ialah selepas pertemuan dua tok guru di Kota Bharu pertengahan 2008. Tidak terlintaskah di kepala kita, bagaimana isu yang sudah ditutup perlu ditutup lagi dan lagi dan lagi?


JK Disiplin Pas

Di antara keputusan yang dibuat oleh Mesyuarat Khas pada 28 Oktober 2009 ialah menubuhkan JK Disiplin bagi menyiasat Pas Selangor, (tidak ada kaitan sedikit pun dengan sebab2 TGNA mencadangkan Mesyuarat Khas Luarbiasa). Apakah akan berakhir isu UG lantaran tertubuhnya JK Disiplin Pas yang diputuskan itu? Mampukah ia merungkai dan menyelesaikan masalah yang berpunca dari tiga perkara yang disentuh oleh Ust Zol?

Dapatkah JK Disiplin, yang penubuhannya dikatakan tidak mengikut Perlembagaan itu, menyelesaikan isu UG?

Kenapa Pas Selangor, bukan orang yang dinamakan oleh TGNA? Kenapa tidak Pas Pusat, sedangkan di sana ada nama2 yang disebut TGNA? Yang di Pusat tak boleh sentuh, ada immunity. Manakala yang di Selangor pula? (1) Untuk berlaku adil kepada Hassan Ali. (2) Kalau ‘orang’ kita kena siasat, kita pun kena siasat ‘orang’ depa? Kalau ‘orang’ kita kena pecat, ‘orang’ dia pun kena pecat. Kita kena wujudkan kuasa timbal balas. Geliga, geliga…

Muktamar Khas Luarbiasa

TGNA, melalui blognya telah menyentuh dengan panjang lebar isu di tangan sehingga menyarankan diadakan Muktamar Khas Luarbiasa. Perhatikan luahan TGNA:

“Dengan itu mungkin sudah sampai masanya Pas membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali atau menyingkirkannya terus.”

“Bagaimanapun, ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hasan dilihat mewakili golongan yang pro-Umno dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka.”

“Dalam kekecohan di Selangor Abdul Hadi membisu sehingga di dalam parti sudah ada yang berkata bahawa Abdul Hadi adalah watak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam PAS. Sementara itu Nasharuddin membela tindakan Hasan itu secara terbuka.”

Blog Tok Guru

Tiga perkara besar yang disentuh TGNA ialah,
(1) PAS perlu mengambil langkah drastik terhadap Hassan Ali,
(2) TGHH dan Nasharuddin Mat Isa pro-Umno, dan
(3) Nasharuddin membela Hassan Ali secara terbuka.

Bagaimanakah TGNA boleh membuat konklusi sedemikian? Sudah tentu hujah yang digunapakai oleh TGNA bukan dipungut dari kedai2 kopi dan tanpa tanggungjawab. Ia pasti berdasarkan maklumat yang sohih lagi dipercayai yang kemudiannya dibenarkan (confirm) oleh tindakan2 mereka yang disabitkan. Besar kemungkinan perubahan Ust Zol dari mempertahankan TGHH kepada sebaliknya bertitik tolak dari sini. Bukankah ketiga2 perkara yang beliau lihat merosakkan Pas adalah berkait rapat dengan isu UG?

Seminar Khas Ganti Muktamar Khas Luarbiasa

Mesyuarat Khas juga mengambil keputusan mengadakan Seminar Khas Politik bagi menggantikan Muktamar Khas Luarbiasa saranan TGNA. Sepertimana yang semua sedia maklum tiga kertas kerja telah berjaya dibahaskan. Namun, ia tidak berjaya menghapuskan isu UG dan mereka2 yang disebut oleh TGNA terlepas begitu sahaja. Sedangkan Mesyuarat Khas Luarbiasa itu bertujuan mengambil tindakan terhadapa mereka. Manakala Seminar Khas lebih tertumpu kepada membahas kertaskerja2 Prof Dr Aziz Bari dan Dr Abu Hassan Hasbullah.

Apa yang ditimbulkan oleh wakil Muslimat, Aiman Athirah Al-Jundi, menjelaskan segala2nya:

"tumpuan Seminar Memperkasakan Parti ini saya kira bukan Profesor Aziz Bari. Kalau kita fikir Profesor Aziz Bari itu sudah silap. Tumpuan kita yang utama bersusur-galur daripada Unity Government... yang dilontarkan begitu sahaja, dan ditutup begitu sahaja tanpa apa-apa taklimat kepada kita...."

"Bila dilontarkan begitu sahaja dan tidak dijelaskan secara... bertanggungjawab, oleh sesiapa sahaja, dan dibincangkan secara bertanggungjawab di peringkat sepatutnya, maka benda tu berderet sehinggalah sampai seminar hari ini," (http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=10429).

Kebimbangan Athirah

Kesimpulan “benda tu (UG) berderet sehinggalah sampai seminar hari ini,” adalah satu pernyataan kebimbangan seolah2 isu UG tidak bernoktah. Ini telah disambut oleh Ust Zol dengan “Perkara2 yang merosakkan Pas”nya. Pandangan Athirah ini pasti turut dikongsi bersama oleh ramai ahli Pas walaupun tidak semua.

Ini diperkukuhkan pula dengan “Pas tidak bermusuh dengan Umno” dan “sedia berbincang” menjelang Konvensyen Pakatan Rakyat pada 19 Disember 2009, sehari selepas Maal Hijrah.

Keperluan Muktamar Khas Luarbiasa

Entah apa pula selepas ini. Sekiranya masih ada, Muktamar Khas Luarbiasa yang disarankan oleh TGNA pada 22 Oktober 2009, bukan sahaja perlu diadakan, malah dengan kadar segera. Jangan pula terikut rasmi mi segera, jika tidak dimasakpun, masih lagi dipanggil mi segera.

Quote of the Year

“Ada dikalangan mereka suka mendapat upah untuk menyebarkan maklumat yang bohong.”- TGHH, Konvensyen Blogger, 20 Disember 2009.

("Tak semua fitnah itu bohong, fitnah ada bohong ada benar, tetapi tidak semua fitnah boleh disebar begitu sahaja walaupun ianya benar, benar tapi jahat.”)

Wallahu’alam

25 ulasan:

sb dehlawi berkata...

Saya dapati EGM khas Pas perlu diadakan segera (ketika mula disyorkan TGNA). Ini perlu untuk menyelamatkan Pas daripada dibayangi puak yang bias kepada UG. Jika diteliti dari segi psikologi politik, jika kita menolak pemilihan baru, ini bermakna kita takut menghadapi kenyataan yang kita terpalit dengan salah laku (bersekongkol dengan UG).

Lagipun, apa yang disarankan oleh TGNA itu tidak menganiaya sesiapa, termasuk TG Hadi dan Nasha. Ini berdasarkan kenyataan tok guru nik aziz iaitu sekiranya EGM diadakan dan perwakilan masih memilih Orang yang sama meneraju parti, maka kita akan terima dan segala kerosakan yang berlaku dalam pas kita perbetuli secara konsensus. Jadi apa perlu ditakutkan untuk EGM Khas? Kepada Pendokong idea UG, kamu nanti akan bertanggungjawab sekiranya jemaah Islam yang telah sekian lama dijaga rapi, hancur berkecai.


Sebenarnya perancangan pihak yang menjilat UG ini sudah lama berlaku. Ini berdasarkan pendedahan YB Husam. Husam ketika diinterviu sebuah akhbar perdana berkata, saya sanggup kalah asalkan mesej yang dibawa saya sampai kepada perwakilan. Lagi katanya, Pakatan Rakyat telah mencapai kekuatan, maka mengapa perlu bersekonkol dengan Umno. Kalau BN pentingkan melayu dan Islam, adalah lebih baik mereka datang kepada kita, bukannya kita pergi kepada dia.

Husam seorang genius dan cerdik dalam politik. Ramai di kalangan rakan-rakan saya yakin Husam dapat menewaskan Nasha.

Kira-kira jam dua pagi saya menggeledah semua blog, akhbar talian dan semua melaporkan husam menang. siap dengan angkat sekali. Namun keputusan yang diumumkan keesokan hari sebaliknya apabila nasha menang dengan majoriti yang agak tinggi.

Untuk renungan: Kebiasaannya, apa yang dilaporkan blog dan akhbar intenet boleh dikatakan 98 peratus benar sekalipun keputusan sebenar belum diumum. malah laporan akhbar2 internet berhubung pipihan raya kecil atau umum tidak pernah lari dengan keputusan sebenar. Dalam kes Husam, saya rasa ada kelainan sedikit dimana mungkin keputusan sebenar telah dicatur sebelum pertandingan lagi. Tanggapan saya ini ada asasnya, kerana:
1- dengan perwakilan hanya 1000 lebih, mengapa jarak masa mengundi terlalu panjang antara 6 petang hingga 2 pagi?. dalam masa yang terlalu panjang itu, apa perwaakilan buat?

2- mengapa keputusan tidak diumumkan segera selepas tamat perwakilan mengundi? mengapa perlu tunggu sampai jam 10 pagi keesokan hari?

3- Urusetia pembilangan undi adalah terdiri daripada ahli2 yang sentiasa bias kepada UG.

Gerak hati saya, Husam telah menang, tetapi telah berlaku `sihir' menyebabkan husam `kalah'

Awanama berkata...

sdr dehlawi dan penulis artikel bolehkah saudar berdua menjelaskan pada saya alasan yang kukuh supaya kita menolak UG!perjuangan kita bukan keuntungan duniawi(disini keuntungan politik jika kita tolak UG)tetapi keuntungan hakiki. penyatuan umat islam adalah penting wlaupun penuh ranjau dan duri. apakah faedah yang PAS dapat dari PR. Bagi saya hanyalah faedah politik yang minimal. tetapi faedah bagi dap dan pkr adalah maksimum.

Kirana berkata...

Masalah utamanya adalah puak2 macam ko ni gb. Org dh tutup isu ni lama dah, korang jugak yg tak reti bahasa duk bangkit2. Bila korang duk bangkit2 bnda yg dah tutup, parti jd celaru. Akhirnya kenalah pemimpin buat knyataan lg. Ada ke smnjak bulan Jun aritu lepas mesyuarat yg kata UG ni tutup, TGHH atau hasan ali or Us nasha or Datok Pa cakap or sentuh pasal UG? Ada? Tak ada!

Masalahnya korang. Reti bahasa la sikit. Buang part hati busuk korang tu.

GB Jr berkata...

anon 9.47,

Apakah ayat itu bermaksud bahawa pemimpin pas yang bersama berjuang di dalam pakatan rakyat hanya berolok-olok? maknanya betullah bahawa kumpulan UG masih mempertahankan gagasan itu!

Ia sekaligus menjawab persoalan yg dibangkitkan oleh Kirana. Bahawa sahabat andalah yang berjuang gila-gila menegakkan benang basah. menegakkan UG.

Anda reti bahasa?

Awanama berkata...

Kirana,

kalau ya pun anda menyokong UG, jangan anggap amoriti ahli PAS sebodoh kamu.

Walaupun kata UG dah tutp, yng pergi buat statement dlm media, semenjak selepas muktamar dulu apa ke hal?

sampai sekarang pun TGHH belum nafikan laporan dalam Sinar Harian baru-baru mengenai pas tak memusuhi UMNO. Itu falsafah dari muzakharah dan UG ler tuh.

yang awak kirana dah gerenti ker awak tak part busuk dalam hati? Malah perkataan awak yang terakhir itulah mengambarkan awak masih byk lagi part busuk dalam hati awak. menuduh tanpa kebenaran.

Perkataan awak adalah cerminan diri awak sendiri.

sb dehlawi berkata...

Kepada Anonymous 2009 9:47 PM



Mengapa perlu tolak UG - UG hanya menambahkan kekuatan BN dan menghancurkan jemaah pas seperti pernah berlaku pada tahun 70-an. saudara boleh semak balik sejarah Pas menyertai Umno, sebelum ditendang keluar seperti anjing kurap. BN memang licik dengan strateginya untuk mempertahankan kuasa. Kalau BN betul2 jaga Islam, mengapa ketika dia kuat tidak dijemput Pas @ PKR @ Dap duduk sekali dalam kerajaan? Perkara ini hanya dilakukan apabila Kuasa BN tidak sampai dua pertiga dalam Parlimen. Jika sekiranya berlaku UG? saudara pasti Pas mampu jadi PM? dan saudara pastikah harapan rakyat semua untuk menghapuskan rasuah, dan segala macam kerusakan yang dilakukan BN dapat dilaksanakan. Bagaimana nasib rakan=rakan kita yang telah dianiaya BN? adkah terbela.


saudara kata UG untuk penyatuan islam- boleh saudara beri alasan yang UG dapat menyatukan Islam. Adakah saudra anggap penyatuan islam ini akan terjadi antara Melayu dengan melayu sahaja? sempitnya fikiran saudara. Islam untuk semua bangsa. contoh ada di depan mata. Bn yang memerintah lebih 50 tahun apa yang dia buat berkenaan pembangunan Islam?

malah, kalau kuasa ditangan mereka, adakah Pas boleh meneruskan misinya untuk membangunkan islam? dan adakah UMno sanggup enghapuskan rasuah, kronisme dan segala macam kejahatan yang telah menjadi darah daging mereka. kalau Pas masuk UG dan tak berjaya mengatasi gejala ini, maka Pas pun dianggap bersekongkol dengan penjenayah politik. Ingat Islam tegak bukan di atas bangsa tetapi tegak di atas kepercayaan terhadap Allah yang satu.

faedah lebih besar kepada PKR dan DAP- kenapa saudara tak bagi tau apakah faedah yang dimaksudkan itu?

hussin berkata...

salam anon 9:47 dan kirana,

hadi kata:

"Ada dikalangan mereka (blogger)suka mendapat upah untuk menyebarkan maklumat yang bohong."

bukan fitnahkah menuduh blogger suka mendapat upah untuk menyebar maklumat yang bohong?

tuduhan di atas memerlukan hadi mendedahkan, (1) blogger mana yang suka mendapat upah, dan (2) maklumat bohong.

hadi kata:

"Tak semua fitnah itu bohong, fitnah ada bohong ada benar, tetapi tidak semua fitnah boleh disebar begitu sahaja walaupun ianya benar, benar tapi jahat."

sekiranya "suka mendapat upah" itu benar, maka ia "benar tapi jahat", mengikut kaedah hadi. setuju?

tanya kirana:

"Ada ke smnjak bulan Jun aritu lepas mesyuarat yg kata UG ni tutup, TGHH atau hasan ali or Us nasha or Datok Pa cakap or sentuh pasal UG?"

maaf, tumpul sikit pemikiran sdr. izinkan saya tarik perhatian sdr kepdan "perkara2 yang merosakkan pas" (st zol) - (1) agenda melayu, (2) berkerjasama dengan umno, dan (3) curang kepada persetian dengan pakatan.

mereka memang tidak jadikan "UG" wirid harian, tetapi apa yang mereka ucap/sentuh berbaur 3 perkara yang dimaksudkan oleh ust zol.

"Masalahnya korang. Reti bahasa la sikit. Buang part hati busuk korang tu."

siapa yang bermasalah, agaknya?

Allah swt mempunyai caraNya sendiri untuk 'membersihkan' pas. salah satu darinya, mendedahkan dengan sejelas2nya kepada ahli2 pas sikap berbelit2 pemimpin baik dari segi ucapan mahupun tindakan.

wallahu'alam

Awanama berkata...

aku percaya hasrat TGHH pada asalnya adalah murni dan baik..bila diteliti penerangan beliau aku rasa ada betulnya CUMA..
UG - Unacceptable Gov kerana hajat murni TGHH sudah nampak betapa buruk kesudahannya..mana mungkin umno akan dapat mengikis tabiat darah daging mereka..bak kata tun m 'umno dah busuk hingga keususnya'
PAS akan hanya menjadi helaian nipis untuk melindungi kurap/panau/kusta/kudis buta dibadan umno..
Mungkin kita dapat melihat golongan ulamak sbgi tpm (jika itu hajat asalnya) tp stkt mana kesannya? setakat jadi 'THE PUPPET FOR THE MASTER'..

soalan utk direnung:
SIAPKAH PEMIMPIN PAS YG SATU KETIKA LPS PRU12 BARU NI DGN LANTANG MENYATAKAN 'JIKA PR DPT PGG PERSEKUTUAN, BELUM TENTU KITA AKAN TERIMA DSAI SBGI PM..' org ini jugalah yg bersungguh2 malah pelopor dlm hal UG..huh!!
UnacceptableGov by UneducatedGroup

Kirana berkata...

Hahaha.. Weh sedara, maksud aku UG ni ditutup rasmi selepas mesyuarat khas June. Apa jadah pulak ko nak sabitkan statement selepas muktamar. Dan mmg betul pun, idea UG ni baik, tapi bukan dgn Najib!!

And, aku sendiri tak pernah musuhi UMNO. Yg aku musuhi sikap dan perangai jahat UMNO. Kalau UMNO ni jadi baik, maka jadah apa aku nak bermusuh dgn dia.

Oi Cik Husin. Awak tu yang otak tumpul. Takkan sentuh pasal kepentingan Melayu dan Islam terus di kata bangkitkan isu UG? Yg DAP perjuangkan hal bukan Islam, hal gereja tu macammana? Kalau DAP boleh perjuangkan hak bukan Islam n kita terbuka, knp dalam isu arak dsb yg melibatkan Melayu-Islam kita pandang serong? Gila busuk hati korang ni.

Unknown berkata...

Mula2 Kirana kata "Org dh tutup isu ni lama dah, korang jugak yg tak reti bahasa duk bangkit2. Bila korang duk bangkit2 bnda yg dah tutup, parti jd celaru. Akhirnya kenalah pemimpin buat knyataan lg. Ada ke smnjak bulan Jun aritu lepas mesyuarat yg kata UG ni tutup, TGHH atau hasan ali or Us nasha or Datok Pa cakap or sentuh pasal UG? Ada? Tak ada!"

Dijawab oleh Anon 12.03

sampai sekarang pun TGHH belum nafikan laporan dalam Sinar Harian baru-baru ini mengenai pas tak memusuhi UMNO. Itu falsafah dari muzakharah dan UG ler tuh."

Dijawabbalas oleh Kirana
"Apa jadah pulak ko nak sabitkan statement selepas muktamar. Dan mmg betul pun, idea UG ni baik, tapi bukan dgn Najib!"

Kenyataan Hadi di Sinar Harian itu adalah semasa sambutan Maal Hijrah baru lalu. Lepas bulan Jue 2009. Belum ada sbrg penafian dari TGHH sendiri. Memang pelik, sebuah kerajaan Perpaduan boleh pilih-pilih dengan pemimpin mana yang boleh. pemimpin baik dan pemimpin tak baik. Najib tak baik, pak lah baik? Ini bererti Kerajaan Perpaduan itu tak sesuai tidak sejagat, tidak sesuai dengan mana-mana pemimpin UMNO lain. Justeru itu idea UG adalah dangkal.

Kirana kata lagi: "aku sendiri tak pernah musuhi UMNO. Yg aku musuhi sikap dan perangai jahat UMNO. Kalau UMNO ni jadi baik, maka jadah apa aku nak bermusuh dgn dia".

Kalau UMNO jadi baik maka Kirana tak bermusuh dgn UMNO? Kalau UMNO baik baik Kirana masuk UMNO jer. Apa ke hal dgn dasar perjuangan UMNO yang assabiyah? Apa jadi dengan Amanat Hadi?

Kirana berkata lagi:
"Oi Cik Husin. Awak tu yang otak tumpul. Takkan sentuh pasal kepentingan Melayu dan Islam terus di kata bangkitkan isu UG? Yg DAP perjuangkan hal bukan Islam, hal gereja tu macammana? Kalau DAP boleh perjuangkan hak bukan Islam n kita terbuka, knp dalam isu arak dsb yg melibatkan Melayu-Islam kita pandang serong? Gila busuk hati korang ni."

itu tahap bahasa puak UG... mengherdik, memaki .. bila kehabisan hujjah, sama macam perangai orang UMNO.

Tentang isu arak, yg swajarnya kita lakukan ialah menerangkan dahulu kpd pemimpin DAP tentang ajaran2 Islam yang telah lama diselewengkan oleh UMNO. Penentangan DAP dalam isu arak kerana pemimpin PAS terburu-buru, mentang2 kuasa ada seco'et kita terus nak laksanakan. Kita spatutnya berhikmah dan melakukan konsultansi dengan pemimpin2 masyarakat bukan Islam dan nyatakan kebaikan2 perlarangan penjualan minuman keras seperti mengurangkan kadar gejala sosial, krisis rumahtangga, pengelakan kadar kemalangan jalanraya etc. Bukan sekadar membuat perlarangan secara blanket sedangkan ilmu Islam belum lagi disampaikan. Maka kahirnya berlakulah reaksi balas negatif masyarakat bukan-Islam.

Justeru itu ayat "Masalah utamanya adalah puak2 macam ko ni gb" adalah salah. Yang jadi masala hutamanya ialah puak2 macam Kirana. Kita sebenarnya pendakwah, bukan penghukum, kita sebenarnya amilin Islam yang bijaksana, bukannya sekadar jadi body guard, bukan sebagai pengampu pemimpin.

anti-munafiq berkata...

sikap kirana adalah gambaran kepada sikap kumpulan UG yg sebenar. zahirnya mereka kata nak kepada pakatan rakyat, hatinya terpaut kpd umno lagi.

hujjah mereka dangkal, kecuali "Bersatu Melayu".

mereka ingat orang Cina dan India tak der yang Islam. Kalau ya pun tak der Islam kalau kumpulan UG ni fikir demikian, hormatilah rakan2 dari Kelab Penyokong PAS yang telah bersama-sama berjuang memenangkan PAS di dalam PR.

apalagi ungkapan atau istilah terbaik bagi mereka yang sebegini kecuali apa yang dinukilkan AL-Quran: iaitu golongan m_n_f_q? depan lain belakang lain. Hari ini bersama pemimpin PR, OK kita tandatangan dokumen persefaman. Esok di depan pemimpin BN, oh semalam saya cuma berolok-olok.

hussin berkata...

dari silat lidah kirana, teringat saya akan seorang pemimpin (?) pas yang 'mengherdik' prof dr aziz bari semasa seminar politik sedikit masa dulu.

apa2 pun, sah tumpul pemikirannya. dia buta bahawa "kepentingan Melayu dan Islam" amat berkait rapat dengan UG. dia hanya mampu melihat isu UG 'in isolation'.

tak boleh salahkan dia. dia tentu ada hubungan dengan pemimpin (?) pas yang 'mengherdik' prof aziz. pemimpin (?) yang tidak tahu anaknya turut menerima sumbangan zakat semasa bertaraf adun di dalam kerajaan pas teregganu (99-04)!

amat sukar untuk difahami bagaimana "pengarah gs pas pusat"boleh 'mengherdik' tetamu jemputan di seminar politik pas!

amat ketara sekali, pas perlu kepada perubahan!

Awanama berkata...

kini 'mereka' menyerang kelantan pula. "anual bakhri dipecat?" ()http://penarikbeca.blogspot.com/2009/12/anual-bakhri-dipecat.html)

Awanama berkata...

kami bersama TGNA tolak kumpulan UG dan UMNO..

Awanama berkata...

nak menang PRU13 perlu menang keatas kumpulan pro UMNO dan UG dalam PAS

Kirana berkata...

Aii, GB. Mintak maaf sikit. Husin yang cakap aku ni otak tumpul mula2. Bukan aku mulakan. maka aku hanya pulangkan paku buah keras! :)

1. Wahai GB, memang dengan Pak Lah ada potensi. Sebab Pak Lah ni ada tunjukkan komitmen utk bersihkan perundangan dsb. tapi Najib tidak. Makanya, sebab itu aku kata dengan Najib ni tak boleh! Bagaimana orang macam kau ni GB boleh ikut 'otak tumpul' macam Husin juga?

2. GB, kau ni dah salah faham. Maksud aku ttg 'kenyataan sebelum mesyuarat khas Jun 2009" adalah berkenaan UG dan bukan " PAS tidak bermusuh dengan UMNO"!! So, bagi aku kenyataan Nasha or TGHA or Dato Pa or Hasan ali tentang UG sebaik selesai mesyuarat khas June 2009 tu! Kau jangan main belit2 kan ayat aku GB! Amanah sikit!

3. Memang kalau UMNO baik aku akan join UMNO. Baik ni maksudnya kembali pada Islamlah. Bukan baik tapi tolak Islam. Bukan namanya baik kalau perjuangkan asabiyah. Bukan ke TGNA sendiri sebut kalau UMNo buat Islam maka saya bubar PAS??

4. Bhai, isu arak tu kau kena faham. Ada dalam undang2. Benda tu dah berpuluh tahun terbongkang dalam kanun. Maka kena la buat. Sama macam tangkapan khalwat atau serbuan di disko tangkap orang Islam minum arak. Abih, kalau DAP tak setuju, maka jangan tangkap lagi dan bagi penerangan dulu? Walaupun dah berpuluh tahun benda tu dalam kanun? Kenapa mereka sendiri yang tidak mahu mebaca tapi kita yang laksana undang2 yg dah lama ni disalahkan pulak?

Kamu faham ke tidak?

So salahnya kamu. Sukla timbulkan benda yang dah selesai. Nak cakap pasal arak, silakan. Apa jadah kaitakn dengan UG?

Siapa 'otak tumpul' sekarang? Hahah

Awanama berkata...

Sila patuhi keputusan syura.

http://tuanibrahim.blogspot.com/2009/10/patuhi-keputusan-mesyuarat-khas.html

din berkata...

Masalahnya Jawatankuasa Disiplin yang ada yang dipengerusikan oleh Tuan Ibrahim itu adalah Jawatankuasa haram yang dibentuk diluar Perlembagaan PAS.

Unknown berkata...

Kirana,
a) Pak Lah ada potensi? Potensi tidur?

b) Kenyataan "PAS tidak bermusuh dengan UMNO"!! dalah juga agenda untuk memperjuangkan UG. Tidak ada belitan di situ. Anda yang membelit utk mempromosikan UG.

c) Baik bermaksud kembali kepada Islam anda kata. Maka anda akan masuk UMNO. Apakah sebab itu UG diperkenalkan? Nak membaikkan UMNO?

d) "isu arak tu kau kena faham. Ada dalam undang2. Benda tu dah berpuluh tahun terbongkang dalam kanun. Maka kena la buat"

Perkara yang tercatat di dalam Al-Quran juga Allah perintahkan "serulah dengan hikmah", inikan pula yang ada dalam perlembagaan.

Apakah anda dulu lahir terus-terus sahaja sudah boleh melakukan slat dan sbagainya sebelum ianya di beritahu, diajar dan difahamkan?

Begitulah orang bukan Islam. Sesuatu yang asing bagi mereka memerlukan penjelasan, penerangan dan dakwah yang mana ianya tidak dilakukan oleh UMNO.

Tugas PAS melakukan kerja itu.

Contohnya di dalam isu sebat Kartika tempohari, TGHH sendiri menyatakan jangan gopoh melaksanakan undang-undang sebat.

Petikan:
KUALA LUMPUR, 26 Ogos: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno sehingga memberi gambaran salah terhadap syariat Islam.

"Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam.

"Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam," kata beliau dalam kenyataannya.


Dalam masa yang sama "kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun," kata beliau.

Kirana berkata...

1. Berpotensi untuk mengubah sistem kehakiman. Baca betul2 komen aku yg kau tak mau approve tu!

2. Memang selama ni PAs tak bermusuh dgn UMNO. Pas bermusuh dgn sikap jahat UMNO! Jika UMNo baik dan kembali pd Islam, nak bermusuh buat apa? Baca hujah aku baik2. Dan sila approve kalau jantan!

3. UG diperkenalkan utk mengurangkan polemik dan semua org boleh menumpukan kepada bekerja membangunkan negara. Kita dalam krisis ekonomi yg memarah.

4. Kalau semua kena perlahan2, maka jangan serbu disko tangkap muslim minum araklah. Ye dak? even UMNo yg jahat tu pun ada laksanakan, kenapa kita yg lebih Islam ni nak jadi lembap. Ini lembap Gb bukan perlahan.

Hujah bayi baru beranak tu jahil sgt GB. Bayi mana wajib solat lagi. Macam tak tau hukum pulak. Ini benda (undang2) yg dah lama wujud. Kenapa DAP tak mau belajar?

approve komen ni GB. dan approve komen yg satu lagi. Kau jawab komen aku tapi tanak approve komen.

Unknown berkata...

Kirana, apakah kamu menghadapi satu sindrom yang dinamakan "pencacai" atau "pengampu" yang teramat teruk sehingga komen yang telah lama dilulusterbitkan pun tak disedari?

Dan baca juga kenyataan TGHH yang awak sanjung tu betul-betul. Komen anda bertentangan dengan apa yang disampaikan oleh Tuan Presiden.

Ini bodyguard yang akan menjatuhkan Tuan Presiden sendiri.

kutuPAS berkata...

kirana oi
cuba bagi hang punya blog address. aku nak baca kamu punya pandangan plak. jgn sibuk nak kacau dan nak kotorkan blog oghang plak

Kirana berkata...

Ok GB. tadi aku dah usha banyak kali. Memang komen aku tu tak ada. Mungkin aku silap pandang. Jadi aku minta maaf.

Btw, hukuman sebat dan isu arak tu berlainan. Cuba lihat, TGHH ada sebut:

"Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam"

Bermakna kena haram arak dululah. Sebat ni sudah advance. Faham?

rampasan arak ni pulak adalah satu benda yg dah lama dilaksanakan setau aku. Sepatutnya DAp sudah faham. Sama seperti serbuan ke disko atau tangkapan khalwat di hotel. Benda sudah lama, sepatutnya DAP sudah faham.

ok? :)

sb dehlawi berkata...

Kirana, kau kena tahu dulu apa punca sebenar mengapa masalah arak di selangor ini berlaku sebelum ko komen babi buta.

hussin berkata...

kirana,

sebab aku sedar otak aku tumpullah aku asahkannya dengan tulisan ini. mungkin belum berjaya lagi. perlu diasah lagi. sebab tulah aku tak nampak bahawa "pas tidak bermusuh dengan umno" tidak ada kena mengena dengan ug. tidak ada kaitan langsung dengan (1) agenda melayu, (2) berkerjasama dengan umno, dan (3) curang dalam persetiaan dalam pakatan.

aku tak nampak bahawa ug dah ditutup selepas mesyuarat khas bulan jun. sehingga perlu ditutup kesekian kalinya pada 28 oktober. tumpul betul otak aku!