17 Dis 2009

Mujahid Ada Cuti Sakit.

Harakahdaily melaporkan seorang lagi Ahli Parlimen PAS membuat penjelasan hari ini berhubung ketidakhadirannya sewaktu undian menolak Bajet 2010 pada jam 11 malam Isnin lalu.

Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusof Rawa pagi tadi berkata, rasa tidak sihat menyebabkan beliau tidak berupaya menunggu di Dewan Rakyat sehingga sesi penghujahan pada sebelah malam selesai.

"Jam 3 petang hari itu, saya dah keluar Dewan (Rakyat)...sebab rasa sangat tak sihat (sakit) dan tak dapat nak sertai pengundian itu," jelasnya.

Beliau yang juga AJK PAS Pusat berkata, beliau mendapat cuti sakit sejak seminggu yang lalu namun berusaha juga untuk tidak meninggalkan persidangan dewan rakyat.

Namun gangguan kesihatan yang dihadapi beliau menyebabkab beliau terpaksa pulang untuk berehat.

Beliau turut menjelaskan bahawa hasrat Ahli Parlimen Pembangkang mahu menolak bajet sulung Datuk Seri Najib itu diberitahu kepadanya pada sekitar jam 5 petang.

Pun begitu, beliau dalam nada kesal, kecewa kerana tidak dapat menyertai undian tersebut.

Ekoran itu, beliau turut memohon maaf kepada suluruh rakyat Malaysia, khususnya rakyat di kawasan parlimennya sendiri.


Ujarnya lagi, Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut dihubungi pagi tadi untuk menjelaskan sebab ketidakhadirannya itu.

Semalam, Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Kuala Langat Dr. Che Rosli Che Mat tampil menjelaskan sebab ketidakhadiran masing-masing pada waktu pungutan suara tersebut dibuat.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Parlimen Kuala Krai Dr. Hatta Ramli dan Ahli Parlimen Baling masih belum dapat dihubungi bagi menjelaskan sebab-musabab ketidakhadiran masing-masing.

Isnin lalu, Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak diterima dengan majoriti tiga undi sahaja, iaitu 66 menyokong dan 63 membangkang.

Selain 5 Ahli Parlimen PAS terbabit, 15 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dari PKR dan DAP turut dikenal pasti tidak hadir pada sesi pengundian tersebut.

Manakala, seramai 7O Ahli Parlimen dari BN turut gagal menyertai sesi pungutan suara itu.

Kegagalan kesemua ahli parlimen pakatan rakyat hadir pada proses pengundian tersebut dikritik hebat oleh media khususnya blog yang mendakwa mereka penyebab Pakatan gagal menolak bajet Najib.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bila tak berjaya macam-macam alasan diberi. Bila berjaya pula berbagai ulasan disuarakan. Itulah manusia!!

Tanpa Nama berkata...

aikkk...tak da ulasan GB plak????
kroni kot???

Unknown berkata...

Kroni? hehe.
Kalau dah ada cuti sakit, kena ler terima alasan tu. Jika tidak Mujahid boleh saman GB di mahkamah jika tak percaya dia sakit.

Antara betul tak betul alasan tu, itu diantara beliau dengan Tuhan.