2 Dis 2009

Dungun Dan Marang Dilanda Banjir..

Banjir di Terengganu bertambah buruk dengan lebih ramai mangsa daripada empat daerah dipindahkan dan beberapa jalan ditutup kepada kenderaan mulai pagi Rabu, lapor Bernama.

Sehingga pukul 9 pagi ini, jumlah penduduk yang dipindahkan meningkat kepada 561 orang berbanding 422 malam tadi melibatkan daerah Dungun seramai 81 orang, Marang (321), Hulu Terengganu (25) dan Kuala Terengganu (136) orang.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (JKM) Terengganu berkata setakat ini 13 pusat pemindahan dibuka iaitu di Dungun (tiga), Marang (lima), Hulu Terengganu (satu) dan Kuala Terengganu (dua).

Kebanyakan pusat pemindahan ialah di sekolah, balai raya, dewan sivik dan surau, katanya kepada Bernama di sini Rabu.

Beliau berkata sebanyak sembilan batang jalan negeri melibatkan daerah Marang, Hulu Terengganu, Besut dan Setiu ditenggelami air antara 0.3 meter dan 1.5 meter, ditutup sama ada kepada semua kenderaan atau kepada kenderaan ringan sahaja.

Paras air Sungai Setiu, di Kampung Bukit meningkat kepada 13.16 meter melebihi paras 12 meter manakala sungai-sungai yang lain masih di tahap biasa.

Ulasan GB

Kalam Ilahi terus berjalan. Bacalah dengan mata hati.

Kepada pemimpin dan penyokong PAS terutama di kawasan yang dilanda banjir, kena pantas turun padang untuk membantu mangsa-mangsa banjir.

Berdoalah kita agar Allah menyelamatkan saudara-saudara kita dan diberikan kesabaran menempuh ujian tersebut.

1 ulasan:

Awanama berkata...

mana pergi YB PR semuanya hilangkan diri jika banjir berlaku...semua Bahang Pitis/ gaji buta jer hidupnya...Pandai berjanji air liur dan berceramah "tadoh cetong"dan "TAke beer"...apa2 hal pun kerajaan BN jugak yang bagus...moga parlimen marang di tadbir oleh BN pulak pd PRU13...."hidup semagat 1malaysia"