8 Dis 2009

BTN Hanya Bazirkan Wang Rakyat - Ku Li

Program BTN hanya membazirkan wang rakyat, demikan diberitahu oleh pemimpin Umno yang sangat dihormati, Tengku Razaleigh Hamzah.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Gua Musang itu mencadangkan program BTN itu dihapuskan kerana ia sudah jauh menyeleweng daripada matlamat asal.

"Saya diserang bertubi-tubi dalam seminar, perbincangan semasa mengikuti BTN. Mereka cakap pelbagai perkara," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan Hari Hak Asasi Bangsa-Bangsa Bersatu di Kuala Lumpur, hari ini.

Ku Li menjadi mangsa kempen kotor dan jahat semasa beliau mengetuai barisan pembangkang apabila mengetuai parti Semangat 46 yang mewujudkan Perpaduan Ummah bersama Pas.

BTN, yang dibawah pentadbiran Jabatan Perdana Menteri, menganjurkan kursus berkenaan yang wajib disertai oleh kakitangan kerajaan dan penuntut universiti. Kursus berkenaan mendapat kritikan sama ada daripada pemimpin Pakatan Rakyat mahupun kerajaan.

“Ia sepatutnya ditutup kerana kursus itu hanya menanam kebencian dan menghentam mereka yang menentang kerajaan dengan kempen-kempen beerbau perkauman dan fitnah,” katanya.

Kekecuhan isu BTN ini memuncak apabila, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor melarang kakitangannya dan pelajar tajaan mereka daripada menyertai kursus ini bulan lalu. Beberapa hari selepas itu Kerajaan Pulau Pinang pula mengambil langkah sama manakala Kelantan dan Kedah sedang menimbangkannya untuk mengambil keputusan yang sama.

Di kalangan menteri kabinet pula berlaku percanggahan di kalangan mereka terhadap usul merombak modul BTN.

Menteri di JPM, Datuk Seri Nazri Aziz bersetuju ia dirombak kerana modul yang ada boleh memecahbelahkan perpaduan kaum.

Beliau membidas mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan panggilan ‘rasis sebenar’ atau bapa rasis kerana tindakan Matahir mempertahankan BTN dengan menyelar kritikan yang dianggapnya keterlaluan.

Sebelum itu, sehari selepas Selangor mengumumkan larangan itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan kurikulum program BTN berbau perkauman dan tidak perlu dirombak.

Namun beberapa hari selepas itu, dua kenyataan yang bercanggah di antara sesama mereka dikeluarkan oleh Timbalan Menteri di JPM, Ahmad Maslan yang menyatakan ia tidak dirombak manakala Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin mendakwa cadangan merombak modul dan pendekatan BTN sudah lama dibincang dalam kabinet.

Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam juga menyifatkan modul BTN sudah ketinggalan zaman. Beliau berharap rombakan kurikulum itu mestilah merangkumi penambahbaikan terhadap pengetahuan dan metodololgi supaya selari dengan keadaan semasa. -FMT

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dah 52 tahun BN bazirkan dan makan wang rakyat...

Tanpa Nama berkata...

BN lagi pembazir wang rakyat, perasuah dan penyalahgunaan wang rakyat kecuali pakatan rakyat perintah malaysia

Tanpa Nama berkata...

Kesian Tengku Razaleigh Hamzah yang sepatutnya turut dilantik sebagai salah seorang Menteri Kabinet setelah kembali ke pangkuan UMNO kerana sebelum ini beliau adalah Presiden S46 dan merupakan bekas Menteri Kewangan. Selain itu, beliau juga adalah Ahli Parlimen paling senior kini. Bekas timbalan beliau semasa dalam S46 Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim kini merupakan Menteri Kabinet setelah kembali ke pangkuan UMNO. Betullah kata seorang teman yang juga berasal dari Kelantan, Tengku Razaleigh tu sepatutnya tinggalkan saja UMNO. Sekarang ni cakapnya juga dah orang tak peduli lagi.

Tanpa Nama berkata...

Tengku Razleigh nak tunggu apa lagi dalam UMNO? Orang dah tak suka.