11 Nov 2009

Era Najib Altantuya : Tukarkan Pengerusi Disiplin PAS

Seorang veteran PAS memberi pandangan, Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man tidak sesuai dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Disiplin bagi menyiasat kes Pesuruhjaya PAS Selangor, Hasan Ali.

Ini adalah kerana Hasan Ali merupakan boss kepada Tuan Ibrahim Tuan Man ketika mereka sama-sama terlibat dengan rancangan Forum Perdana dahulu. Ia juga membawa makna mereka mempunyai hubungan yang rapat.

Didalam hal ini, UMNO lebih baik daripada PAS, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin UMNO adalah Tengku Ahmad Ritahudeen, seorang veteran UMNO yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan lagi dengan UMNO.

Sepatutnya PAS juga mencari seorang tokoh yang tidak mempunyai hubungan atau apa-apa kepentingan lagi didalam PAS untuk dilantik menjadi Pengerusi Disiplin, menurut veteran PAS itu lagi. -penjualubat


Ulasan GB

Memang sepatutnya begitu. Seorang yang masih memegng jawatan parti tidak sepatutnya menjadi Pengerusi Lembaga Disiplin. Ini adalah untuk mengelak "bias" (pilih-kasih).

Tetapi Presiden parti lebih suka untuk melantik mereka yang "sealiran dan sejiwa" dengannya seperti perlantikan Setiausaha Agong, Ketua Penerangan, Pesuruh-pesuruhjaya Negeri sekalipun kesemuanya adalah hak prerogatif Presiden melantik mereka mengikut Perlembagaan.

Namun kini yang perlantikan-perlantikan itu telah menimbulkan "persepsi benar" bahawa mereka adalah dari kelompok UG semata-mata.

Islam memandang "kebenaran dan keadilan" perlu diletakkan di tempat yang wajar.

San sehingga kini beberapa tindakan Tn Ibrahim Tn Man dilihat tidak menjurus ke arah penegakan kebenaran dan keadilan. Ucapan-ucapannya berhubungkait dengan isu disiplin yang dilaporkan kepadanya jelas tidk menampakkan bahawa kebenaran dan keadilan dapat ditegakkan di dalam kaedah yang dituntut syarak. Boleh baca tulisan Exco Dewan Ulamak PAS ini yang mengulas biasnya Pengerusi Lembaga Disiplin PAS.





3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Correct, correct, correct

Pemimpin PAS mesti berfikir sepertimana pemimpin UMNO berfikir untuk memudahkan PAS masuk BN 2010/2011. Cara kerja pemimpin dan orang PAS mesti mirip kakitangan awam.

Kalau ingin terus bersama PR, cara berfikir mesti lain daripada cara pemimpin UMNO berfikir. Cara kerja mesti berbeza dengan kakitangan awam.

Editor berkata...

Bodohnya ulasan anda.. ahli-ahli PAS cukup kenal Ust. Tn Ibrahim tentang keperibadiannya, sifatnya, amanahnya, dan zuhudnya beliau sebagai seorang Ustaz, pemimpin, dan murabbi.. dia dipilih kerana akhlak dan kemampuannya untuk memikul tanggungjawab tersebut.. bukan kerana sebab-sebab kepentingan golongan tertentu atau konspirasi dalaman.. hanya orang-orang bodoh di luar PAS dan orang-orang yg berfikir dgn kepala lutut sentiasa mengaitkan org2 tertentu dgn agenda musuh seperti UG ni.. pelbagai persepsi timbul.. namun apa yg benar dlm PAS tidak patut diubah hanya dgn persepsi.. kerana Allah pasti akan membantu akan kebenaran.. sepatutnya ahli dan penyokong PAS patut menjernihkan apa yg keruh.. dn bukannya bersekongkol dgn musuh mengeruhkan keadaan.. kecuali org-org yg mmg memusuhi PAS atau mahu PAS mengikut tlunjuk mereka.. Nau'zubillahi-min-Zalik!

Tanpa Nama berkata...

bagi penyokong UG memang semua pemimpin yg dilihat menyokong mereka akan dikatakan amanah, zuhud, murabbi dan seumpamanya.

Exco Dewan Ulamak sndiri, Ust zolkhanain Abidin menyatakan Tn Ibrahim adalah "bias" swaktu di Seminar Memperkasakan PAS tempohari.