11 Nov 2009

Era Najib Altantuya : Asri Akan Didakwa Minggu Ini

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan mendakwa bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengajar tanpa sekalipun menerima bantahan dari pepimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

Penolong Pengarah Perhubungan Awam Jais Mohd Hidayat Abd Rani berkata pihak pendakwa kini sedang di peringkat akhir siasatan dan Asri akan didakwa dalam tempoh seminggu ini.

Seeblum ini, ADUN PAS Saari Sungib telah membuat satu usul tergempar di dewan undangan negeri bagi mengubag keputusan penahanan Dr Mohd Asri, yang kini di dalam jaminan, dan agar beliau dibebaskan tanpa syarat.

ADUN Bukit Antarabangsa Azmin Ali turut menyifatkan tindakan yang meluatkan cara mana Dr Mohd Asri ditahan.

Namun usul berkenaan ditolak oleh Speaker Teng Chang Khim kerana ia tidak perlu disegerakan.

Hidayat menyatakan Dr Mohd Asri Zainul Abidin aka didakwa di Mahkamah Syariah Gombak Timur.

“Jais akan memohon kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam kerana disifatkan kes berprofil tinggi.”

Beliau menambah kertas sisatan hampir selesai dan perbincangan sednag berjalan dengan pihak Mahkamah untuk mendapatkan tarikh yang yang terdekat untuk kes ini.


Speaker Tolak Usul Berhubung Penahanan Dr. Asri

Speaker Dewan Negeri Selangor, Teng Chang Khim menolak usul ADUN Hulu Klang, Shaari Sungib berhubung isu penahanan dan pendakwaan JAIS terhadap Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin.

Menurut Teng, walaupun usul tersebut mempunyai kepentingan orang ramai namun ia tidak menepati syarat yang memerlukan ia disegerakan.

“Setelah dipertimbangkan saya berpendapat bahawa cadangan usul tersebut tidak menepati syarat sebagai satu perkara yang perlu disegerakan. Oleh yang demikian saya menolak cadangan usul tersebut,” katanya.

Antara usul Shaari ialah mengesyorkan Dr Asri dilepas tanpa syarat serta JAIS perlu mengugurkan dakwaan terhadapnya.

Shaari juga mahu kerajaan negeri dan JAIS mengkaji dan menyemak semula peruntukan dalam enakmen Islam Selangor kerana didapati tidak selaras dengan syariat Islam serta tidak mendokong usaha pendakwahan.

Shaari turut menggesa kerajaan negeri dan JAIS menghormati prinsip hak asasi manusia dalam usaha penyebaran agama Islam melalui dakwah tanpa sekatan tertentu.

“Dewan yang Mulia ini menggesa kerajaan negeri Selangor mengarahkan JAIS, melepaskan dengan segera Dr Mohamad Asri Zainul Abidin tanpa syarat dan menggugurkan sebarang pendakwaan yang dirancang terhadap beliau,” katanya.

Dr Asri ditahan oleh JAIS 2 November lalu ketika mengadakan ceramah agama di sebuah rumah di Taman Sri Ukay, Hulu Klang.

Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata tangkapan dibuat terhadap beliau adalah di atas kesalahan mengajar agama tanpa tauliah dan bukannya mengamalkan fahaman Wahabi seperti yang didakwa sebelum ini.

Penahan Dr. Asri menimbulkan kontroversi dan tindakan JAIS itu mendapat bantahan daripada pelbagai pihak termasuk ahli politik. -TVS


Tiada ulasan: