7 Nov 2009

Era Najib Altantuya : Hadapkan Abu Bakar Chik Ke Lembaga Disiplin!

Rupa-rupanya tiada satu pun peminpin PAS yang berkata benar mengapa TG Nik Aziz tidak menghadiri sidang akhbar selepas mesyuarat khas yang diadakan pada malam Rabu 28 Oktober 2009. Tiada seorang pun yang jujur mahu menyatakan hakikat. Penulis sedih. Penulis terpaksa menyatakan hakikat yang sebenar. Anda semua tahu apa yang berlaku pada malam mesyuarat khas itu ?? Mari sini penulis ceritakan. Ini sudah tidak menjadi rahsia lagi.

Ketika masing-masing menyatakan hujah, tiba-tiba Abu Bakar Chik(ABC) telah menyergah TG Nik Aziz.

"Nik Aziz dah tua dan nyanyuk, lebih baik letak jawatan sebagai Mursyidul Am PAS dan Pesuruhjaya PAS Kelantan".

Woiii mangkuk !!! kot iye pun nak peluk UMNO jagalah adab bahasa tu. Kau bercakap dengan Mursyidul Am PAS.

"Kalau boleh MB pun rakyat tok say(tolak) mu(TG Nik Aziz) sekarang ni...," ABC menambah.

Kurang ajar. ABC kata Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman sudah bersedia menggantikan TG Nik Aziz sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan.

"Menteri Besar...banyak lagi yang boleh keje kalau Tok Guru berhenti...,"

Pandai pulak ABC ni panggil TG Nik Aziz sebagai Tok Guru. Kira bahasa lembut dia lah ni nak mintak TG Nik Aziz berhenti. Walhal dia tengah menekan TG Nik Aziz. Dia sedang memaksa Tok Guru letak jawatan. Sabar je la den.

ABC terus sambung gesaan dia supaya Tok Guru berhenti. ABC tegaskan, Prof. Harun Din(Mastermind UG) sedia pangku jawatan Mursyidul Am PAS.

Mesyuarat khas malam itu dihadiri lebih 50 orang pemimpin PAS. Dan ABC sanggup mencerca dan menghina batang tubuh TG Nik Aziz dalam mesyuarat yang disaksikan oleh semua orang. Banyak lagi diolog yang mahu penulis coretkan di sini. Tapi tidak sampai hati. Cukuplah. Dah tiada bahasa carut yang sesuai untuk ABC ni. Ini khas untuk mu ABC. ISA SAMAD KAU !!!

Cercaan dan penghinaan ABC dalam mesyuarat khas itu menyebabkan TG Nik Aziz sebak, lemah dan mulai sesak nafas. Lantas TG Nik Aziz dikejarkan Institut Jantung Negara(IJN). Itu sebab TG Nik Aziz tidak muncul dalam Press Confrence. Ulang sekali lagi. TG Nik Aziz tidak hadir sidang akhbar selepas mesyuarat khas kerana semasa itu TG Nik Aziz sudah berada di IJN.

Hairan bagaimana TG Nik Aziz dalam keadaan sesak nafas dan tangan memegang dada keluar dari pejabat agung PAS tanpa disedari oleh semua wartawan dan lain-lain?? Mesyuarat khas itu diadakan di tingkat 5. TG Nik Aziz dengan dibantu beberapa orang turun melalui lif. Lif turun terus ke B iaitu basement atau tempat parking kereta bagi Pimpinan utama PAS. Tok Guru terus naik kereta di basement lalu dikejarkan ke IJN. Para wartawan tidak akan perasan kerana basement di Pejabat Agung PAS jalan raja laut terkebelakang dan terlindung dari pandangan mata. Sedangkan mereka iaitu para wartawan berkubu di tingkat G bangunan tersebut.

Tetapi yang lebih hairan mengapa boleh ada pimpinan PAS seperti ABC sanggup mencerca TG Nik Aziz dan memaksa TG Nik Aziz letak kesemua jawatannya samada dalam parti dan dalam kerajaan negeri. Itu namanya kurang ajar. Penulis yakin ABC ini telah diarahkan oleh Mustafa Ali dan dipersetujui oleh TG Hadi dan Harun Taib. Mula-mula mereka sindir TG Nik Aziz dengan mengeluarkan press statement supaya pemimpin jangan guna blog untuk meluahkan rasa hati. Sindiran itu hanya khas untuk TG Nik Aziz. Tetapi pemimpin PAS seperti Hasan Ali, Nasarudin Mat Isa dan Roslan SMS boleh guna dan memperalatkan blog dengan memanggil blogger UMNO dan blogger PAS yang pro UG. Siap boleh dedahkan rahsia besar PAS kepada blogger UMNO semata-mata nak menyelamatkan tengkuk masing-masing. Hasan Ali, Nasarudin Mat Isa dan Roslan SMS hanyalah budak suruhan puak PAS Terangganu. Roadshow Hasan Ali di seluruh negeri Selangor pun atas arahan dari Mustafa Ali konon dengan roadshow tersebut Hasan Ali dan puak PAS yang pro UG tidak bersalah dan memperlekehkan TG Nik Aziz dalam pada masa yang sama.

Nampak tak macam mana politiking pemimpin PAS Terangganu. Memang menjijikkan. Geng Terangganu ini sebenarnya sudah mabuk kuasa. Kuasa yang mereka terlepas pada Pru tahun 2004 amat menghantui mereka. Macam orang gila talak. Ini bukan tuduhan, tetapi pemimpin PAS Terangganu merompak kekayaan negeri mereka dengan serban dan jubah pada tubuh mereka. Pandai tak mereka menipu rakyat ?? Mereka tak pandai mana pun tetapi kita lah yang bodoh kerana mempercayai mereka dan menganggap mereka maksum kerana jubah dan serban mereka. Mereka senyum semasa mereka menipu kita.

Selain gilakan jawatan Menteri Pusat dalam Kerajaan Persekutuan, geng-geng Terangganu ini ego dan tidak pandai merendah diri. PAS boleh lupakan Pru-13 jika tidak membuang pemimpin dari clan Terangganu ini dengan seberapa segera.

Bagi mereka yang ragu dengan cerita penulis mengenai bagaimana ABC menghina dan mencerca TG Nik Aziz supaya letak jawatan hingga Tok Guru dikejarkan ke IJN, anda sendiri boleh bertanya terus kepada lebih 50 orang pimpinan PAS yang hadir pada mesyuarat khas pada malam itu. Sahihkan fakta ini dengan mereka. Suruh mereka bersumpah atas nama ALLAH. Suruh mereka bersumpah bohong.

Kepada ABC yang kurang ajar, Mustafa Ali yang penipu dan TG Hadi yang khianat kepada pengundi !!! Sila nafikan segala pendedahan ini jika kalian bermaruah.

Buat sekian kalinya, penulis menegaskan sebab mengapa TG Nik Aziz tidak menghadiri press confrence selepas mesyuarat khas pada malam itu kerana TG Nik Aziz dipaksa letak jawatan oleh clan PAS Terangganu lalu sakit dan dikejarkan ke IJN bagi menerima rawatan. - Ali_baganutama

Ulasan GB

Saya minta Pengerusi Lembaga Disiplin, Ust Tuan Ibrahim Tuan Man jangan buat-buat terlepas pandang terhadap isu ini. Jangan hanya tahu nak membelasah kumpulan anti-UG sedangkan golongan kamu sendiri yang menyokong Ug yang mengina Mursyidul Am PAS dibiarkan.

Malah di Seminar Memperkasakan PAS hari ini sekali lagi Abu Bakar Chik melakukan penghinaan terhadap Prof Abd Aziz Bari yang dijemput PAS sebagai ahli forum apabila beliau menyatakan "Minta maaflah, hari ini saya sampai tidak boleh nak lihat muka Prof Aziz". Hebat dan tinggi sangat ker ilmu Abu Bakar Chik berbanding orang lain terutama Prof Abdul Aziz yang sehingga tak boleh pandang mukanya. Kalau begitu mengapa datang? Mengapa bangun berbahas? Beliau sepatutnya menghormati keputusan jawatankuasa Seminar yang mengundang Abdul Aziz. Abdul Aziz pada bila-bila masa boleh menyatakan "pinggan tak retak nasi tak dingin - orang tak hendak aku pun tak hingin!"

Itulah satu contoh terbaik gelagat salah seorang pemimpin PRIMITIF dari Trengganu! Abu Bakar Chik namanya.

27 ulasan:

ANAK PR SELANGOR berkata...

Oh ini rupanya ABC....mudanya dia.. patutlah tak nyanyuk.... Dia ni apa jawatan dalam PAS???? AJK Pusat???? Khak Phuihhh.. Kalau ada orang mcm ni dalam PAS sorrylah aku nak sokong dan undi PAS.

Tanpa Nama berkata...

"kita mahu BUKTI" kata ular-dalam-semak


you want prove??!!! wait till the PR13 and you will see your prove from the rakyat themself. that time don't you dare said that rakyat is stupit to choose BN because we rakyat has give PAS ample warning of what we want & don't want.

and since all pas members are soo primitif minded people, let me ramain you that :

IN POLITIC PERCEPTION IS EVERYTHING

pergilah buka buku strategy politic sikit, jangan asyik baca buku agama je, mana nak terbuka minda. Quran pun suruh kita BACA, BACA, BACA

kembara putih berkata...

Setiap penjuru dalam PAS sekarang dikuasai geng Terengganu dan pro UG. Inilah harga yang mahal perlu dibayar PAS bila bekas2 ahli UMNO beramai2 menyertai PAS selepas Anwar dipecat. Walaupun dah masuk PAS hati mereka ini tetap teguh berkiblatkan UMNO lalu lahirnya UG. Bekas2 UMNO begabung dengan geng Terengganu bakal menjahanamkan PAS. Maka PRU13 nanti PAS hanya tinggal Kelantan saja.

Tanpa Nama berkata...

Baik tuan Guru Hadi melakukan reform sekira mahu menang dlm PRU13. Lakukan pemilihan pucuk pemimpin yang lebih transparent...Sekiranya ketika ini pucuk pimpinan majoriti dari kelompok Terengganu sudah tentu rakyat melihat ini satu budaya yg negatif...

Tanpa Nama berkata...

betul ke crite ni?
ke ini antara crite yg nak buruk2kan pimpinan

Tanpa Nama berkata...

camni punya lakhanat punya pemimpin pun ada dalam pas!!!sia2 pakai kopiah tu..baik tukaq songkok tinggi la!!!camni punya dunggu pemimpin pas aku gerenti semua nbegeri bawah pas akan kalah teruk!! sebab duk berjangkit virus pas terengganu!!!kpead ahli pas..kalu hangpa duk nganga sampi pru 13..kalu salah teruk..jangan salah kan ibu yg mengandung!!wat masa ni yg duk selamatkan pas lagi sebab ada TOK GURU NIK AZIZ saja!!kalu TGNA pun xdak dalam PAS..aku gerenti PAS pun akan senasib dgb Gerakan, PPP dan MIC!!aku gerenti punyalaa!!kalu virus terengganu ni duk ada dalm pas lagi..lantak hangpa la!!!

Ibnul Munzir berkata...

Pertama sekali saya susah nak percaya tulisan GB. Sebab pemimpin PAS tak le seteruk itu nak jerkah-jerkah ketua mereka. Bukan UMNO.

Kenapa saya susah nak percaya...
1. sebab mana GB tahu semua tu? GB ahli mesyuarat ke? Atau ahli pencacai dan pemfitnah?
2. sebab bahasa GB sangat kasar dan ada niat yang kurang baik.

Dalam menjawab Aziz Bari tadi, tidak dinafikan ABC sangat beremosi. Tapi beliau masih dapat mengawal perasaan dengan menggunakan kata-kata berlapik. Kenapa kalian tidak menyalahkan Aziz Bari yang begitu bebas dan lepas menghentam TGHH dan PAS dalam temubual di Malaysiakini kelmarin? Inilah sikap Melayu yang akan menjerumuskan negara dalam kemunduran sampai bila-bila!

Kepada semua pembaca, kalian telah ditipu sebegitu rupa oleh UMNO-BN berpuluh tahun... kalian tak nampak ke kejahatan dan kezaliman mereka? Sedangkan PAS hanya bermasalah apabila terbitnya idea UG yang sampai sekarang saya tak nampakpun yang idea ini betul-betul nak dilaksanakan. Ia hanyalah satu bentuk cadangan yang tak kemana-manapun. Kemudian ia dimainkan oleh akhbar munafik mereka. Kalau kalian termakan dengan mainan mereka, ertinya kalianlah yang tidak menggunakan otak.

Satu lagi... kalau GB atau yang bersemangat sangat nak hentam TGHH dan tak mahu mengundi PR ni nak undi saper? Nak undi UMNO? Baguslah... itulah mentaliti yang sangat huduh dan hina. Duniapun hina, akhirat lebih hina lagi sebab terpaksa tanggung segala dosa yang pemimpin mereka lakukan.

john berkata...

ABC,....kolestrol banyak nii...perut buncit. Tapi harapkan perut saja yang buncit otak hampeh. Malulah sikit pada parti lawan.Tengoklah sikit macammana mereka telah reform sedikit demi sedikit dan rakyat yakin pada mereka. Tapi Pas ni saya rasa bagi 50 tahun lagi pun tak akan berubah macam tu lah jugak. Nafsu tinggi makan banyak.Hamba perut dari muda lagi.Hot tempered.Tak boleh tegur.Tak boleh kritik.Rasa diri semua betul orang lain semua salah. Rugi je bagi undi pada mereka.Ni kena tunggu PRU13 kita ramai-ramai pikir semula.

MANSOR JUNUS berkata...

Tidak pernah terlintas bahawa terdapat tokoh dalam kepimpinan yang 'desperado' macam itu. Sememangnya bahasa ini adalah bahasa Mustafa Ali dan kuncu2nya. Mereka ini (kepimpinan yang berasal dari T'ganu) jelas akan mengambil sikap mempertahankan kekuatan mereka di peringkat pimpinan teratas walau apa pun terjadi. TGHA dari apa yang saya nampak hanya jurucakap mereka sahaja. Minda sekolah pondoknya masih tebal dalam pemikiran. Saya amat bersetuju dengan tulisan Dr.Aziz Bari, dan memang wajar juga beliau menulis begitu. Sekurang2nya boleh beri satu kejutan realiti. Tanpa TGNA, PR akan gulung tikar. Fraksi T'ganu ini, termasuk juga Dr.Hassan Ali, amat benci serta cemburu dengan DSAI. Mereka ini barangkali pendek ingatan. Waktu Pakatan ditubuhkan dulu, Ustaz Fadzillah yang meletak DSAI sebagai Ketua Umum. Sudah tentulah Allahyarham sudah mengambil kira semua aspek. Kalaulah semua ahli2 PAS masih menyanjungi dan menghayati pemikiran bekas Presiden mereka. Kepentingan diri mestilah diketepikan dulu. Fikir2kanlah

abuikram berkata...

sdr penulis, hang ni betui ke abc ucap demikian? hang masuk dalam mesyuarat ke? Atau hang pun pasang jerangkap samar saja? Hang ni orang Pas ke? Kalau tidak, tak payah menyibuklah. Kalau ya, aku rasa ini bukan fikrah orang Pas. Orang Pas tak kutuk orang Pas luar mesyuarat. Dalam mesyuarat lain cerita demi kebaikan jamaah. Tambahan dalam blog pula tuh. Ini boleh diambil kesempatan oleh semua pihak..

0smanor berkata...

Sekarang ni banyak berita mengarut yang disebarkan orang fasiq dan munafiq. Kita perlu berhati-hati, teliti dan jangan mudah percaya, lalu sama-sama mengutuk dan mengupat saudara sendiri yang sebahagian besar umurnya dimanfaatkan untuk Islam. Akibatnya kita menyesal di akhirat nanti. Nak kenal orang munafiq atau sekurang-kurangnya fasiq, adalah dia selalu mengambarkan PAS berpuak-puak, berpecah-belah atau meletakkan sesuatu lebal kepada sesuatu kumpulan seperti Erdagon, Pro UMNO, Pro UG, Fraksi UMNO dll. Semoga Allah selamatkan kita daripada fitnah perpecahan. Kita berjuang untuk mendapat keredaan Allah, sekalipun belum diberi kemenangan didalam pilihanraya. Ingat ISLAM adalah dasar PAS.

Tanpa Nama berkata...

Ini semua salah orang PAS jugak.. pi lantik golongan yang bebal jadi pemimpin.. dari presiden, timbalan presiden, s/usaha agung, pesuruhjaya negeri, ketua pemuda... semua bengap. Bila orang kritik, marah kata org tolak Islam.. tapi kalau islam yg bodoh macam ABC nih, orang pun lari, tak mau sokong PAS lagi. Jam itu jangan buat alasan kata orang2 tak mau Islam... sebenarnya bukan orang tak mau islam, tapi orang tak mau mempunyai pemimpin bodoh macam ABC, mustapa ali, hasan ali, nasarudin & Hj hadi.

Orang PAS tak percaya? tengoklah PRU13 nanti. Atau buat masa sekarang, cuba pikir2kan.. kenapa PAS tak menang2 di Terengganu? ... Sebab orang terengganu tau, kalau PAS menang pun, mereka akan dapat pemimpin bodoh macam pemimpin PAS terengganu tu lah... dari dapat pemimpin bodoh macam tu, baik la angkat mat said.

Tanpa Nama berkata...

Saya merupakan penyokong PAS sejak bertahun-tahun lamanya. Tak pernah saya berasa kecewa macam yang saya rasa hari ni. Saya rindu zaman 20 tahun dulu, di mana PAS adalah sebuah parti yang tidak memerintah mana-mana negeri. Ahli pun tak seramai UMNO. Tapi kami gembira bekerja beramai-ramai untuk menegakkan syiar Islam di bumi Malaysia ni. Walaupun sentiasa dikasari, walaupun ada yang hilang nyawa, semangat tak pernah padam.

PAS bukan jadi kuat dengan tiba-tiba. Ahli-ahli pada masa tu bersatu-padu dan berusaha sedaya upaya untuk menaikkan imej PAS di mata masyarakat. Sangat rindu dengan arwah Ustaz Fadzil Noor. Kesatuan dan ukhwah terjalin dengan sangat rapat walaupun kami tak kenal antara satu sama lain.

Jika artikel ini benar, amatlah malang untuk sebuah gerakan Islam seperti PAS. Tapi jika artikel ini tak benar, moga Allah memberikan balasan yang dahsyat kepada orang yang menulisnya. Kita merancang, Allah merancang, sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang.

Tanpa Nama berkata...

Apabila datang khabar kepadamu daripada orang2 munafik, maka siasatlah

Aku menyeru kepada engkau GB, selaku bekas orang kuat TKO yang aku kenali, untuk menyelidik setiap fakta yang engkau tulis setiap hari ini apalagi melibatkan maruah dan aib orang.

Lantas, aku ingin mempertikaikan fakta-fakta dalam tulisan si Ali yang engkau celup ini.

1. Benarkah selepas mesyuarat, TGNA terus dikejarkan ke IJN seperti yg engkau bagitahu? Bukankah TGNA dikejarkan ke IJN pada 5 November? Mesyuarat bukankah dibuat pada akhir Oktober? Tidakkan engkau GB nampak kepelikan fakta sebelum engkau menyalin tampalnya di blog engkau ini?

2. Jika benar Datuk ABC sebiadab itu, mengapakah tidak ada AJK PAS Pusat yang bangkit menentang? Jika benar Datuk ABC sebiadab itu, sewajarnya simpati ke atas TGNA datang menggunung dan cadangan EGMnya pasti diterima utk membuktikan sokongan. Kenapa hasil mesyuarat sebaliknya pula? Jangan nak kata 75% tolak Dr Hasanlah, cerita itu pun taraf tepi jalan yang belum tentu sahihnya!

Aku minta engkau jelaskan GB. Dan aku minta engkau berhati hati, sabar dan meninggalkan nafsu dan emosi mu semasa menulis. Andaikata penyokong TGHH juga seemosi engkau, aku fikir banyak sudah artikel fitnah seperti ini yang terbit memburukkan keperibadian TGNA. Dan ketika itu GB, pecah belah lah bahtera yang kita semua naiki sekarang.

Aku meminta kepada engkau GB sebagai seorang kawan kepada kawan, selidiklah dan pastikanlah kebenarannya. Kritiklah demi kebaikan bukan nafsu. Kritiklah demi membina dan bukan memusnah!

Salam

Tanpa Nama berkata...

ABC ni bertanding cawangan pun kalah. Ada hati nak minta TG berhenti. Punah Pas ada orang macam ni.

Tanpa Nama berkata...

Sorry,

Selamat Pagi Tok Lebai,

Pakcik tengok gambar di sudut atas kiri itu teringat pula makhluk Allah yang dipulihara di 3S, negeri di bawah bayu sana(Sepilok, Sandakan, Sabah)...

Khabarnya haiwan itu sangat mesra dengan tetamu pelancong dan pengkaji) yang setiap hari berkunjung menziarahi mereka...

Salam Hormat.

Tanpa Nama berkata...

Yang jadi masalahnya, orang macam ABC ni le sekeliling Presiden. Macamana nak maju. Bekas Exco ditolak oleh orang Pas di Kawasan di guna semula oleh Terengganu.
Bukan setakat nak lawan UMNO, nak ketuai PR pun tak mungkin. Pulak tu nak ketuai PAS pun ditolak orang.

Tanpa Nama berkata...

Betul ke ABC cakap mcm tu? Kalau betul teruk betul ABC tu. Tapi pelik juga, tak dengar cerita TG nik aziz masuk IJN pun.

Tanpa Nama berkata...

Gua tabik 3 kali TGNA atas istiqamah (konsisten)dan tetap tetap tegh dlm perjuangan (tanpa melencong ke dalam pelukan UM ngok !

radiohead berkata...

kalo x percaya, jumpa sendiri salah 1 drpd 50 ajk yg hadir mlm tu - dan minta mereka nnafikan.

pergi cari senndiri mana ajk yg koranng jumpa. jumpa , bg salam dan tanya.

jgnn nnnt ada yg jwp :

" inni rahsia parti"

RAHSIA TEMU UMNO DLM GELAP
RAHSIA PITA RAKAMAN DGN SB aka BLOGGER UMNO

alahai...

Tanpa Nama berkata...

Singkir kumpulan UG dan Pimpinan PAS terengganu....

Lambda Sig berkata...

Redhead,

Kenapa kami pula yang kena mengesahkan? Kenapa si penuduh sendiri yang tidak membuat pengesahan sebelum menuduh?

Undang2 mana yang ajar kamu begitu?

Jangan disebabkan bencinya kamu kepada pemimpin ini, menyebabkan kamu berlaku tidak adil kepada mereka!

Tanpa Nama berkata...

memang bengap la tukang komen atas tu. seperti bengapnya hj hadi.

kan dia kata nik aziz turun lif terus ke tempat parking sehinggakan wartawan pun tidak perasan.

nik aziz pun tidak hadir semasa siang media selepas itu.

nak pertikai apa lagi. mungkin nik aziz pergi ijn, mungkin dia pergi berehat di rumah kelantan. hakikatnya nik aziz berasa tak sihat selepas ABC buat macam tu.

kalau berkeras sangat nak pertikai, apakata pergi tanya sendiri mereka yg hadir malam tu. atau tanya sendiri ABC atau nik aziz.

wan afiq berkata...

Apa cerita tuan blog

http://misabah.blogspot.com/2009/11/dakwaan-palsu-penulis-blog.html

Tanpa Nama berkata...

http://misabah.blogspot.com/2009/11/dakwaan-palsu-penulis-blog.html

Jelas kau menipu. Pembohong besar!

Aku minta kau tarik balik artikel ini dan tulis artikel pembetulan!

Jika kau lelaki sejati, kau akan buat. Jika tidak, tanggunglah rantaian fitnah yang kau cipta sendiri!!!

syeda berkata...

secara jujur mintalah di siarkan rakaman semasa mesyuarat khas yang diadakan baru baru ini supaya jelas lagi bersuluh apa cerita sebenarnya supaya tiada cakap cakap belakang. atau ianya rahsia parti?

Tanpa Nama berkata...

SEMOGA PENULIS2 BLOG2 YG SEMAKIN RAMAI PEMGUNJUNGNYA TIDAK MENJADIKAN@MEREKA TOPIK HANGAT SEBAGAI TARIKAN AGAR SEMAKIN RAMAI YG DTG MENJENGUK..KLU BENAR KATAKAN BENAR!!KLU SALAH KATAKAN SALAH!!BUKTIKAN DGN JELAS!!!JGN JADIKAN 'KEBEBASAN BERSUARA' SBG ALASAN UTK MENULIS SESUKA HATI..JIKA ADA YG PERCAYA DGN SETIAP 'FAKTA SESUKAHATI' YG DITULIS DAN MENYEBABKAN PERPECAHAN TIDAKKAH ITU 1 DOSA?? BETULKAN HAMBA JIKA HAMBA SILAP..