9 Nov 2009

Era Najib Altantuya : MB Selangor Bidas Perwakilan PAS

Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini berkata beliau kecewa dengan tuduhan perwakilan Pas kelmarin bahawa Pakatan Rakyat tidak bersungguh-sungguh memperjuangkan Islam.

Beliau memberitahu mereka supaya melaksanakan dulu apa yang mereka cakapkan.

Di satu seminar khas Pas kelmarin, beberapa perwakilan parti menuduh PR tidak memperjuangkan hak-hak Muslim dan sangsi mengenai peranan Islam dalam hubungan parti itu dengan DAP dan PKR.

Menteri Besar Selangor itu menegaskan, Islam mahukan orang Muslim bukan saja berdakwah tetapi mesti turut proaktif.

“Islam sendiri mahukan kita orang Islam jadi proaktif, bukan dengan mengharapkan orang lain, tetapi ummah mempunyai tanggungjawab sosial. Dalam Islam kita bukan saja mesti berdakwah tetapi mesti bertindak.

“Jadi jika ada orang mahu komplen mengenai Pakatan Rakyat, maka orang itu mesti berkata dia telah menghabiskan 2,000 jam berdakwah, dan tidak ada orang telah berbuat demikian," katanya.

Tambahnya perwakilan Pas mesti menunjukkan contoh yang baik sebelum membuat sebarang tuduhan.

“Saya sendiri berbuat demikian, kami tidak komplen, kami mempromosi Islam," katanya.

Khalid juga memberitahu Pas supaya jangan mengharapkan diberi begitu saja peranan sebagai pemimpin. Sebaliknya parti itu mesti berusaha untuk mendapatkannya.

“Jika anda mahu jadi pemimpin, orang ramai mesti menerima anda sebagai pemimpin. Bukan anda memaksa orang mengaku anda pemimpin. Tidak sekali. Anda mesti berusaha mendapatkan taraf pemimpin dan hormat orang lain," katanya. -sbhgn terjemahan artikel dari MI oleh tekanenter

Ulasan GB

berkatalah Sang Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS bahawa anda hendaklah menggunakan saluran yang betul untuk mengkritik. Jangan kritik depan-depan, tak bagus untuk kesihatan parti.

Tetapi apabila PAS Selngaor mengkritik kerajaan PR Selangor depan-depan seperti Hassan Ali mengkritik SELCAT dan perwakilan Selangor mengkritik MB Selangor seperti yang berlaku di dalam Seminar tempohari apakah komen Tn Ibrahim? Tak der tindakan? sebab mereka yang mengkritik itu dari UG.



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sokong Tan Sri Khalid!!!!

if puak UG ni nak buat kacau kat Selangor, nescara saya & semua rakyat selangor yg lain akan PASTIKAN pas DIHUKUM di PR13.

Hangan cabar kesabaran rakyat!!!