26 Okt 2009

Era Najib Altantuya : Semua Tak Nak Mengakui Pro UMNO

Kini semua dah tak nak mengaku dia pro atau fraksi UMNO dalam PAS.

Dulu merekalah paling sibuk mengaturkan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin UMNO untuk membentuk Kerajaan Perpaduan. Mereka melakukan di dalam gelap, mereka melakukan di belakang pengetahuan ahli-ahli PAS. Mereka melakukan tanpa restu Mursyidul Am PAS. Malah mereka berani menafikan adanya pertemuan itulah sehinggalah ianya didedahkan sendiri oleh Abdullah Ahmad Badawi, Presiden UMNO ketika itu.

Yang istiqamah dengan Pakatan Rakyat hanyalah Mursyidul Am PAS ketika itu. Sedangkan pemimpin tertinggi kenanyakannya, cuba menyembunyikan pertemuan sulit tersebut dengan pelbagai penafian dan apabila didedahkan oleh Abdullah Ahmad Badawi, muka mereka terpalit najis, berkluk-klek membuat penjelasan dan kemudian menuduh pula kononnya ahli-ahli PAS tidak banyak membaca mengenai Kerajaan Perpaduan.

Diharamkan tulisan Tuan Guru Nik Aziz daripada tersiar di Harakah, dipadamkan tulisan Dr Dzulkefli Ahmad mengenai penolakan mengenai Kerajaan Perpaduan, ditukarkannya Ketua Penyunting Harakah kepada yang boleh menjadi Pak Turut mereka, dipecatnya Khalid Samad dan Saari Sungip dari Dewan Harian PAS Selangor, diusir DJ radio TKO.fm kerana lantang tidak menyetujui gagasan Kerajaan perpaduan di dalam siarannya dan beberapa langkah lain diambil sebaik saja Mustafa Ali dilantik menjadi Setiausaha Agong PAS yang baru.

Selepas tersepit dengan isu itu, diarahkan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin untuk mengeluarkan kenyataan akan diambil tindakan kepada sesiapa yang masih membicarakan soal Kerajaan Perpaduan.

Ahli-ahli PAS sekalian cuba diperbodohkan. Cuba dipermainkan setelah amanah yang diberikan, telah cuba mereka khianati.

KINI, apabila timbul semula isu tersebut, fraksi UMNO dalam PAS macam cacing kepanasan. Anehnya, tidak ada seorang mahu mengaku mereka pro atau fraksi UMNO. Masing-masing bersuara untuk menjadi jaguh perjuangan Pakatan Rakyat. Kononnya!


Kebenaran itu tetap terpahat sekalipun mulut-mulut mereka cuba memadam perbuatan-perbuatan curang mereka yang telah memecah-belahkan jemaah sebelum ini.

Allah pasti menyelamatkan parti ini dari mereka yang bermuka-muka, dari mereka yang pemalas, dari mereka yang belum mengakui perbuatan jalang mereka yang telah menyebabkan Pakatan Rakyat hampir kecundang di Manek Urai dan telah kalah di Bagan Pinang.

Kita sekali lagi mencabar mereka supaya MENAFIKAN bahawa mereka pernah membuat pertemuan dengan pemimpin-pemimpin UMNO sebelum ini untuk membentuk Kerajaan Perpaduan.

Jika tidak, mereka perlu meminta maaf kepada sekalian ahli PAS lantaran pengkhianatan yang dilakukan sebelum mereka dibalas sendiri oleh Allah s.w.t. - Empunya jemaah ini.


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hadi dan kumpulannya patut masuk UMNO!!!

Tanpa Nama berkata...

kita hairan kenapa hadi dan kumpulan UGnya tidak menolak gagasan UG dalam media massa, ada apa-apa ke?

tok iskandar berkata...

Bukan fanatik atau taksub,tapi TG Nik Aziz memang selayaknya menjadi mursyidul am PAS kerana berpandangan jauh dan bijaksana.
Ketika beliau mencadangkan EGM diadakan untuk membersihkan pemimpin yang bermasalah,ustaz harun taib,ketua dewan ulama mengulas kenyataan itu bukan ditulis oleh TG nik aziz.cikgu Pa,Satiausaha Agung PAS juga memberikan komen untuk mengadakan mesyuarat khas untuk AJK dan Pesuruhjaya PAS rabu ini.
Paling best bila TG Haji Hadi kata selesaikan melalui musyawarah bukan melalui media.
teringat balik bila Hasan Ali kritik selcat secara terbuka,tiada sebarang tindakan dikenakan biarpun beliau boleh menegur atau menyelesaikannya secara musyawarah iaitu melalui mesyuarat exco.
Kita tengok siapa yang kena......
Bukan bermaksud menghina sesiapa,tapi tok percaya motif sebenar TG Nik Aziz adalah untuk memberikan nasihat dan sedikit teguran.
tok sebagai ahli menyokong penuh Tg Nik Aziz.
UMNO gigit jari pasal PAS tak jadi pecah belah.kami tak macam korang,umpan sikit duit terus longlai

Tanpa Nama berkata...

Apabila Allah swt berkehendakkan sesuatu itu menjadi baik, lalu Allah swt bukakan jalan serta asbabnnya dan ia pun menjadi lah seperti yang Allah swt kehendaki itu. Begitu juga hal yang di sebaliknya.

Apa pun semua itu merupakan cara Allah mendidik dan memproses umat supaya bertambah keyakinan dan ketaQwaan mereka kepada Allah swt. Allah hanya membantu golongan yang bertaQwa sahaja. Akhirnya kebenaran dan kemenangan akan terserlah jua.

Adakah kita yang menunjangi golongan yang dibantu oleh Allah swt itu... Peluang tetap ada. Berlapang dadalah apabila masih terdapat orang yang sudi menyebut kesilapan kita. Hakikatnya Allah swt lah yang menegur kita, cuma salurannya ialah seseorang yang tertentu.

Selamat berjuang dan bermujahadah dengan karenah-karenah musuh sama ada yang nyata dan tersembunyi.

WQassalam

Tanpa Nama berkata...

Perkara UG ini bukan sahaja mengguris hati bukan melayu tetapi hati pengundi melayu itu sendiri.

kami mengundi PAS pada PR12 lalu bukan kerana kami sukakan PAS tetapi kerana kami BENCIKAN BN/UMNO, ulang sekali lagi, BENCIKAN BN/UMNO.

tup tup lepas pilihan raya keluar berita PAS berunding dalam gelap dengan UMNO. APA CERITA NI!!!! mana tak marah....so apa yang PAS cakap sepanjang kempen pilihanraya tu nak campak kat mana?? apa ni, kata ulamak tetapi bilamasa pula ulamak dibenarkan BERBOHONG????!!!!
lepas tu, sampai la ni tak selesai-selesai lagi masalah UG ni, tenggelam timbul tenggelam timbul.

kalau macam nilah gaya kepimpinan PAS, nanti PR13 kami rakyat akan sama-sama PERLINGKUPKAN pas. biar sedar sikit depa ni, masih lagi dibuai mimpi fikir depa dah kuat.

ps- dalam pas ini ulamak yg saya hormati hanya Tuan Guru Nik Aziz & Ustaz Ahmad Awang. yang lain tu...tepuk dada tanyalah selera

Tanpa Nama berkata...

Saya hairan satu perkara. Apabila kita sudah putuskan bersama-sama menjadi satu resolusi dalam muktamar yg lepas bahawa, tiba-tiba kita 'melencong' dari situ. Bukankah keputusan muktamar yg kita muktamadkan itu suatu JANJI kita kpd ahli2, kepada diri kita sendiri dan janji kpd dunia ?? Saya hairan orang2 yang faham agama boleh mungkir janji !! Fikirkan !