10 Okt 2009

Era Najib Altantuya : Pulihkan Badan Kehakiman Barulah Malaysia Maju, Husam.

Umno kini telah goyang. Umno sendiri menolak Isa Samad kerana dia bukanlah calon yang bersih," kata Exco kanan kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Perdana Menteri, sewaktu dalam ucapan merasmikan Majlis Aidilfitri Perantau di Batu 2 Port Dickson, pagi tadi.

Menurut Husam, Indonesia lebih baik daripada Malaysia kerana mereka mengamalkan Rules of Law – Undang-Undang Dasar Negara Republik Indonesia berbanding Malaysia yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja, tetapi demokrasi itu masih diperkosa oleh pemimpin BN.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri Kelantan berkata, proses pembangunan Malaysia, terutamanya dalam pertumbuhan ekonomi negara hanya akan dapat dipercepatkan sekiranya badan kehakiman diperbetulkan dahulu.

"Yang menentukan peneraju badan kehakiman ialah kerajaan. Oleh itu, kerajaan perlu diperbaiki untuk menegakkan keadilan yang berdasarkan Rule of Law,

"Tanpa Rule of Law, binasa halaqah. Calon yang bersih hanya akan lahir dari kerajaan yang bersih," tegasnya yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat.

Antara agensi yang perlu diperbaiki adalah badan kehakiman dan perundangan, serta badan keselamatan. Contoh yang jelas ialah apabila penyiasatan yang dijalankan kini menjadikan pelapor yang sering dipersalahkan dan diancam sedangkan yang bersalah tidak dikenakan tindakan ataupun disiasat dengan terperinci.

"Apabila kes ini dibawa ke mahkamah pula, ia diadili berdasarkan kepentingan pihak tertentu. Oleh itu, amat perlu integriti kehakiman ditegakkan," tambahnya.

Beliau sebelum itu turut berkongsi cerita tentang seorang pengundi berbangsa Cina yang telah menyatakan kepada beliau, bagaimana dia merasakan dengan menghadiri program anjuran PAS.

"Program PAS telah banyak memberi input kepada dia, berdasarkan fakta itu dia telah mendapat keberanian dan keyakinan, agar tidak takut kepada pihak tertentu, kerana takut kita hanya perlu kepada Tuhan," ujarnya lagi.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bapak borek anak rintik, 1 MALAYSIA pun tak betul