10 Okt 2009

Era Najib Altantuya : BN Gentar Sokongan Terhadap Pas: Rasyid

Barisan Nasional (BN) disifatkan gentar dengan sokongan menggalakkan masyarakat India dan Cina terhadap calon Pas, Zulkefly Mohamad Omar.

Ahli Jawatankuasa Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Sembilan, Rasyid Latif berkata, sehubungan itu BN didakwa sering melontarkan tohmahan tidak benar dan mengatakan Pas terdesak bagi menutup aib sendiri.

“BN sering melontarkan tohmahan yang tidak benar dan mengatakan bahawa Pas terdesak pada pilihan raya ini, bagi menutup aib sendiri.

“Memandangkan sokongan diperoleh daripada kaum tersebut (India dan Cina) sangat memberangsangkan, kita percaya Barisan Nasional berasa gentar dan gugup berdepan PRK (pilihan raya kecil) ini. Kita yakin Pas akan memenangi pada PRK ini, sekali gus menambah kerusi di Dewan Rakyat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Dalam pada itu menurut Rasyid, konflik dalaman UMNO merupakan kekuatan bagi PR kerana isu tersebut sudah pasti akan dijadikan salah satu bahan berkempen.

“PR atau Pas tidak sama sekali berada dalam keadaan tertekan. Kenapa pula kita perlu tertekan, sedangkan sokongan dan penerimaan rakyat setempat terhadap calon kita sangat memberangsangkan.

“Oleh itu, kita berkeyakinan tinggi bahawa PRK kali ini akan ikut jejak langkah lapan PRK lain, di mana kesemuanya menjadi milik PR. Sama ada menang besar atau tipis, itu adalah tidak penting. Apa yang menjadi pertaruhan sekarang kita harus bekerja keras bagi memastikan kerusi N31 ini menjadi milik PR,” katanya. -SH

Tiada ulasan: