4 Okt 2009

Era Najib Altantuya : Nik Aziz Tolak Tuduhan Kekecohan Dilakukan Ahli PAS Berdasarkan Pakaian

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa insiden Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ditumbuk semasa penamaan calon pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang semalam dicetuskan oleh penyokong PAS berdasarkan pakaian, demikian lapor Bernama.

Menteri Besar Kelantan itu berkata pakaian (seragam) adalah dalil atau bukti yang tidak boleh diterima.

"Sebab pakaian seragam sekarang boleh dibeli di mana-mana, malah uniform polis, tentera boleh dibeli untuk digunakan atas sesuatu tujuan atau niat mereka," katanya.

Semalam Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diselar kerana membuat tuduhan tanpa bukti kononnya sikap biadap penyokong pembangkang dari PAS yang memukul dan menumbuk penyokong Umno tidak melambangkan sikap parti itu yang kononnya memperjuangkan Islam.

Katanya, ini merupakan contoh parti yang tidak beradab sedangkan pada masa yang sama ia mengaku memperjuangkan Islam.

"Mereka kata Islam itu berhemah, berbudi pekerti, berakhlak tinggi, bermoral tetapi nampaknya mereka ini tidak seperti parti Islam," katanya kepada pemberita selepas penamaan calon Umno dan PAS di dewan Majlis Perbandaran Port Dickson pada Sabtu.

"Apakah benar yang menumbuk dan memukul itu ahli PAS atau Pakatan Rakyat ataupun ianya adalah temberang UMNO BN sendiri untuk menimbulkan kebencian pengundi terhadap PAS dan Pakatan Rakyat?" tegur seorang pemimpin PAS Kawasan di sini.

"Muhyiddin perlu kemukakan bukti, siapa yang terlibat di dalam insiden berkenaan, ahli PAS nombor berapa dan apa bukti mereka ahli PAS," ujarnya lagi.

Setiap kali pilihanraya kecil atau umum, di mana-mana, akan wujud satu budaya di mana hanya parti pembangkang akan dipersalahkan di dalam setiap insiden pertengkaran yang berlaku seolah-olah ia sudah ada skrip awal untuk memburukkan parti pembangkang.

1 ulasan:

poya berkata...

Cuba renung..Pakai baju UMNO BN yg berlambangkan
dacing, kemudian pukol org PAS dan PAS buat
laporan polis dan polis pulak datang menangkap
org UMNO BN.Peristiwa begini bolih jugak terjadi
terhadap UMNO BN. Apakah pemimpin2 UMNO BN bolih
terima keadaan seperti ini dan adakah kerana
memakai baju berlambangkan dacing, maka orang itu
ahli UMNO BN? Pemimpim2 UMNO BN biarlah cerdik
sedikit, jangan kerana memakai baju yg berlambang
kan bulan, maka mereka2 itu ahli PAS. Provokasi
sebegini bolih berlaku dlm mana2 pilihanraya. Jadilah anak jantan, jangan jadi pondan lorong hj
Taib. Apakah pemimpin2 UMNO ketandusan idea2
utk bersaing dgn PAS? Pemimpin2 UMNO yg cerdik
seperti dato Abdul Azeez pun bolih jadi bodoh..