4 Okt 2009

Era Najib Altantuya : Isa Juga Bukan Anak Tempatan

Media massa arus perdana memainkan isu anak tempatan dengan menyatakan calon PAS bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang Zulkefly Mohamad Omar bukan anak tempatan Bagan Pinang, satu faktor yang mungkin memberi kelebihan kepada calon Barisan Nasional (BN).

Zulkefly Mohamad, yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, telah terus memancung persoalan itu dengan menyatakan soal anak tempatan tidak timbul kerana beliau dilahirkan di Lenggeng, juga di negeri itu.

"Saya anak watan Negeri Sembilan," katanya kepada pemberita selepas diumumkan sebagai calon PAS menentang bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dari BN bagi pilihan raya kecil pada 11 Okt ini.

Zulkefly berkata isu "anak tempatan" tidak timbul kerana Mohd Isa, yang juga Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang, bukan berasal dari negeri itu sebaliknya dilahirkan di Melaka.

Di dalam pilihanraya kecil Permatang Pasir, UMNO telah menurunkan calon anak tempatan Rohaizat Othman melawan Ustaz Mohd. Salleh Man dari dari Parlimen Tasek Gelugor dan calon UMNO itu telah menerima kekalahan teruk di dalam pilihanraya kecil berkenaan.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nabi saw, memperkenalkan Allah swt sebagai Tuhan untuk memberikan keadilan dan hak kehidupan yang murni kepada manusia. Baginda telah membina sebuah negara Islam Madinah yang pertama pun bukan di tempat kelahirannya iaitu Mekah.

Di Bagan Pinang pun UMNO telah menerima Isa yang kelahiran Melaka itu untuk mewakili mereka sekian lama.. Menapa pula boleh dan tidak diisukan sedari dahulu..? sedang dia pula telah terpalit dengan isu keintegritian yang diperttikaikan...

Calon PAS pula memang ori N9, hanya lain daerah. Bila pula UMNO mula melihat isu ADUN itu mesti anak kampong atau daerah berkenaan sahaja...? Dah terasak benar nampaknya UBN... Mungkin juga isu di mana calon PAS potong baju melayu dia pun akan dijadikan kempen untuk cuba menafaskan semula UMNO yang semakin kurang nafas itu...

Tanpa Nama berkata...

tolak ISA, mansuh ISA