6 Sep 2009

Era Najib Altantuya : UMNO Salah Strategi Lagi Dalam Isu Kuil

Salam, terus terang saya katakan bahawa saya tidak berminat dengan pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor pada peringkat awal. Selepas bermulanya isu kepala lembu, saya rasa belas melihat bagaimana Menteri Besar dan Exconya cuba untuk menyelesaikan perkara tersebut. Mungkin mereka baru dan kerjasama dengan rakyat perlu diperolehi.

Namun semalam apabila melihat video sessi Majlis berdailog dengan penduduk Seksyen 23, saya merasakan ada pihak yang mahu menggagalkan majlis tersebut. Hanya sekelompok kecil yang membantah dan lebih ramai yang memerhati. Kalau di luar SUK pada minggu lepas terdapat mereka yang berkopiah. Mungkin pulang dari Solat Jumaat, tapi perjumpaan kedua kali ini, tidak kelihatan langsung. Yang menonjol nampaknya mereka mereka yang bertocang rambut dan bersongkok tinggi. Siapakah mereka itu?

Timbul pula rasa belas dan ehsan, betapa sabar nya pemimpin pemimpin PR yang bertemu dengan mereka yang tidak tahu hadir ke majlis selain hanya tahu menjerit jerit dari awal sehigga akhir. Lihat gambar yang saya kepilkan bersama.

Alhamdulillah, Menteri Besar Selangor telah membatalkan perjumpaan itu kerana kalau ikut pada keadaan, saya pun tidak rasa ianya akan selesai melainkan ada unsur unsur provokasi yang timbul. Jika nasib tidak baik, mungkin ada yang cedera.

Saya ucapkan terima kaseh kepada TV3, Astro, serta media arus perdana yang lain, yang turut menyiarkan klip insiden tersebut untuk tatapan rakyat Malaysia. Mungkin niat nya mahu menunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat tidak dapat menyelesaikan masalah, tapi sebaliknya kita dapat lihat sikap manusia rambut bertocang dan bersongkok tinggi beraksi.

Insyaallah, dengan insiden tersebut, maka saya rasakan, sokongan kepada PR bertambah. Tahniah dan syabas kepada YB pakatan rakyat di Selangor. Silap benar kalau pendekatan merusuh, provokasi dan merosakkan majlis digunakan untuk menawan hati rakyat. Bukankah Melayu itu berbudaya? -hamzahbuang/kopitiambangnan

2 ulasan:

Martoiriat berkata...

Memang setengah drp pemimpim2 UMNO tidak ber
temaddun, mengunakan berbagai helah utk
mengagalkan majlis tersebut. Macam jakun dalam
hutan. Kalau UMNO cerdik, bukanlah caranya
berteriak membabi buta dgn mengeluarkan kata2
kesat kpd MB Selangar, Datuk Khalid. Apa salah
nya dimajlis itu, gunakanlah soal jawab dan
hujah2 yg munasabah dgn soalan2 yg waras.
Kalaulah otak pemimpim2 UMNO yg mengunakan
provokasi utk melihat kerajaan PR lemah dan
tidak bolih menyelesaikan masaalah, itu memang
silap. Cara begini membuatkan raayat bertambah
benci kpd UMNO dan sebab itulah setiap kali
pilihan raya kecil UMNO BN ditolak olih
raayat.

Tanpa Nama berkata...

Aku tengok harap rambut aje panjang, tapi otak tak panjang. Yang songkok tinggi pun sama, harap songkok aje tinggi yang lain-lain puiiiih.
korang ingat dengan cara tu PR akan hilang kredibiliti ke. Korang memang bangang la...korang silap......aku sarankan korang buat lagi perangai korang yang lebih kurang macam binatang tu banyak kali. Lagi ramai orang akan meluat tengok UmEno. Korang ni bodoh macam binatang juga...bila korang buat macam tu orang tak fikir lain, orang akan fikir ini semua perbuatan UmeNo. Bangang betul lah korang.