6 Sep 2009

Era Najib Altantuya : Tindakan SKMM Arah Malaysiakini Buang Klip Video Dikecam

Kelab GB menyokong tindakan pengurusan Malaysiakini yang tidak tunduk kepada tekanan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang mengarahkan video perarakan kepala lembu dibuang dari lamanweb mereka yang kononnya video tersebut mengandungi kandungan yang ofensif dengan niat untuk menimbulkan kemarahan, terutama kaum India.

Kami di Kelab GB berpendirian yang menimbulkan kemarahan orang India bukan penyebaran klip video itu tetapi tindakan pendemo perarakan kepala lembu tersebut yang sehingga kini belum lagi diambil tindakan oleh polis

Dan yang menimbulkan kemarahan orang India juga ialah tindakan SKMM yang cuba menghalang maklumat itu diketahui oleh orangramai dengan memaksa portal internet, Malaysiakini dari menyiarkannya di lamanweb mereka.

Apakah tujuan sebenar SKMM mengarahkan video klip berkenaan dibuang? Untuk menghapuskan bukti perlakuan mereka yang mengarak kepala lembu tersebut di atas arahan pihak-pihak tertentu?

Semalam pegawai SKMM telah memulakan siasatan berhubung dua video tersebut dengan mengambil kenyataan rasmi daripada ketua pengarang portal berita independen di pejabat Malaysiakini di Bangsar Utama pada jam 2 petang.

Ketua pengarang malaysiakini, Steven Gan, menegaskan video tersebut tidak akan dibuang dari lamanweb itu sepertimana yang diminta oleh SKMM.

Suruhanjaya itu telah menghantar surat meminta Malaysiakini membuang video tersebut yang menurutnya berunsur 'provokatif', termasuk klip kumpulan yang membantah kuil Hindu dipindah ke Seksyen 23 Shah Alam dengan mengarak kepala lembu ke bangunan setiausaha kerajaan negeri (SUK) Selangor.

Pemangku pengarah kanan bahagian pemantauan dan penguatkuasa SKMM, Abdul Halim Ahmad, dalam suratnya yang bertarikh 3 September berkata, ia adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 211/233 AKta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Dalam pertemuan selama 45 minit hari ini, Gan memberitahu pegawai penyiasat SKMM, Mohd Shukri Jamaluddin bahawa Malaysiakini menjalankan tugasnya sebagai sebuah organisasi media dalam melaporkan berita-berita penting.

"Saya beritahu mereka bahawa kami tidak melanggar Akta tersebut kerana kami tidak berniat untuk menimbul 'kemarahan' sesiapa pun dengan menyiarkan video tersebut, tetapi menyiarkan protes kepala lembu itu untuk pengetahuan awam," katanya.

Di bawah undang-undang komunikasi dan multimedia, mereka yang didapati bersalah menyiarkan kandungan tidak senonoh, lucah, palsu, ugutan, atau ofensif, dengan niat untuk menimbulkan kemarahan, menyalahguna, mengungut dan mengganggu mana-mana pihak, boleh didenda sehingga RM50,000 atau dijatuhkan hukuman penjara.

Tiada ulasan: