7 Sep 2009

Era Najib Altantuya : UMNO Pulau Pinang Bergoncang Selepas Permatang Pasir

UMNO Pulau Pinang kini bergolak. Kali ini akan membabitkan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada UMNO yang mewakili BN kerana kecewa dan tidak berpuas hati dengan layanan diterima yang dianggap tidak adil dan terasa dipinggirkan.

Jika tiada pilihan lain dan keadaan masih tidak berubah, beliau nekad untuk mengosongkan kerusi itu dengan meletakkan jawatan sebagai ADUN kerana tidak mahu terus dipersalahkan oleh penduduk yang menganggapnya tidak mampu buat kerja dan membantu mereka.

ADUN Sungai Dua, Datuk Jasmin Mohamed (gambar) melahirkan rasa kecewa kerana tidak mendapat kerjasama dan sokongan daripada pelbagai agensi Kerajaan Persekutuan di Pulau Pinang termasuk dari segi menyalurkan bantuan tertentu untuk faedah rakyat di kawasannya.

Beliau berkata, keadaan itu mungkin berlaku disebabkan pengaruh atau tekanan pihak tertentu untuk meminggirkannya daripada arus politik UMNO di peringkat bahagian akibat kurang persefahaman dan perbezaan pendapat atau pendirian.

Perkara tersebut disahkan oleh seorang Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Mustapa Mohamed yang berkata kemelut seorang Adun dari Umno di Pulau Pinang yang mengugut untuk tarik diri boleh diselesaikan secara perbincangan.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan itu berkata Umno negeri dan Adun tersebut perlu mengadakan perbincangan secara bersemuka bagi menyelesaikan sebarang masalah dan bukannya melalui kaedah ugutan dan mengambil tindakan drastik yang boleh menjejaskan parti.

"Tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan, apa yang penting apabila kita mengadakan perbincangan pasti akan wujud tolak ansur dalam isu berkenaan daripada keduadua belah pihak.

"Sekarang ini pula adalah bulan Ramadan iaitu bulan berpuasa dan kita mesti lebih banyak bersabar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis agihan bantuan zakat kepada 1,500 anak yatim dan ibu tunggal di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar hari ini mengenai kekecewaan dan rasa tidak puas hati seorang Adun daripada Umno di Pulau Pinang dengan layanan diterima daripada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) yang dianggapnya tidak adil dan terasa dipinggirkan.

Adun itu dilaporkan sebagai berkata jika tiada pilihan lain dan keadaan masih tidak berubah, beliau nekad untuk mengosongkan kerusi dengan meletakkan jawatan sebagai Adun kerana tidak mahu terus dipersalahkan oleh penduduk yang menganggapnya tidak mampu buat kerja dan membantu mereka.

Mustapa berkata masalah yang wujud di Pulau Pinang itu boleh ditangani dengan kesabaran dan ikhlas.

Sementara itu ada juga khabar-khabar angin menyatakan bahawa Umno bahagian Permatang Pauh akan digantung 15 September ini sebagai satu usaha bagi merombak semula bahagian tersebut yang dilihat tidak bersatu di bawah Dato Jalil. Ini berikutan berlakunya kelemahan di mana calon yang dipilih tidak mempunyai kualiti dan punca kepada kekalahan Umno di Permatang Pauh.Ianya menyaksikan bahawa Umno perlu di rombak di semua bahagian dan bukan sahaja di Permatang Pauh, malah kesemua bahagian atau akan tewas dalam pilihanraya umum akan datang.

Tiada ulasan: