12 Sep 2009

Era Najib Altantuya : UMNO Kebas RM10 juta Duit Rakyat Untuk Kempen

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), Teng Chang Khim (gambar) menyatakan peruntukkan tambahan sebanyak RM10 juta diberikan kepada setiap daerah Dewan Undangan Negeri (DUN) dilihat berlaku penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dana kerajaan.

Chang Khim berkata, penjelasan yang diberikan Pegawai Daerah Gombak menunjukkan terdapat penyalahgunaan dana daripada untuk pembinaan prasarana tetapi digunakan untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-12.

“Kami rasa ia adalah satu penyalahgunaan kuasa kerana kegunaannya lebih menjurus kepada kempen pilihan raya umum yang lalu. Sepatutnya pegawai daerah menjelaskan dan dibentangkan di dewan supaya maksud penggunaan dana tersebut lebih jelas dan digunakan secara terancang.

“Tetapi apa yang berlaku adalah RM10 juta itu dibahagikan kepada setiap daerah dan pembahagiannya dilihat tidak adil dan saksama seperti yang kita lihat di Gombak mempunyai lima DUN sementara di Petaling ada 13 DUN dan di Klang ada 9 DUN. Jadi pembahagian setiap kawasan tidak sama,” katanya dalam sidang media selepas sesi pendengaran terbuka awam Selcat di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS), semalam.

Beliau berkata, peruntukkan tersebut adalah untuk pembangunan dan ia hendaklah diberikan untuk pembangunan terancang bukan untuk kempen pilihan raya.

“Pada hari ini (semalam) juga, kita nampak tuntutan juga diberikan kepada parti politik melalui cawangan mereka. Jadi ini bererti dana kerajaan juga dijadikan sebagai dana parti dan itu tidak termasuk dengan projek-projek yang diberikan kepada konco-konconya.

“Semua ini membayangkan betapa berleluasanya penyalahgunaan dana kerajaan pada zaman pemerintahan yang lalu. Bagaimanapun, setelah kita melihat dan mengetahui semua kelemahan ini. Malah, ia akan diambil tindakan dan saya mahu sarankan agar zaman pemerintahan yang baru ini di harap perkara-perkara demikian tidak akan berlaku,” katanya.

Sementara itu, Chang Khim melalui Selcat mencadangkan satu mekanisme baru diwujudkan di mana kedua-dua pihak dapat memainkan peranan masing-masing supaya ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dapat menggunakan peruntukkan dengan proses yang lebih cepat.

Di samping itu, pihak pejabat daerah juga dapat memberikan kawalan memastikan peruntukan rakyat tidak disalahgunakan dan disalurkan ke tempat yang tidak sesuai.

Tiada ulasan: