12 Sep 2009

Era Najib Altantuya : Karpal Singh Gesa Saksi Tampil Beri Keterangan

Rentetan daripada inkues Teoh Beng Hock, Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh menggesa agar semua saksi yang terlibat diberi peluang untuk tampil memberi kenyataan ke mahkamah.

Peguam veteran itu menyifatkan saksi-saksi terbabit wajar mendengarkan akuan mereka ke muka pengadilan supaya keadilan terlaksana untuk Beng Hock khasnya dan masyarakat umumnya.

Beng Hock merupakan setiausaha politik Exco Kerajaan Negeri Selangor ditemui mati di bumbung tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor dipercayai terjatuh dari ibu pejabat Suruhanjaya pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kematian Beng Hock berkait rapat dengan operasi besar-besaran SPRM terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Spekulasi bahawa Beng Hock mungkin dibunuh selepas disoalsiasat selama 10 jam tanpa henti bertiup kencang.

Persepsi ini diperkuatkan dengan pendedahan saksi terbaru inkues, Sivanesan Tanggavellu, yang mendakwa dipukul dan didera sehingga pengsan oleh pegawai-pegawai penyiasat SPRM.

Karpal berharap setiap saksi yang terlibat dengan inkues kematian Teoh Beng Hock diberi peluang dan diberi perlindungan yang sewajarnya dalam memberi keterangan kepada koroner majistret. -TVA


Tiada ulasan: