8 Sep 2009

Era Najib Altantuya : Kjaan Selangor Tidak Wajar Tunduk Kepada Tuntutan Ekstremis UMNO

Malaysiakini melaporkan ika pihak berkuasa akur dengan bantahan penduduk Seksyen 23 Shah Alam berhubung cadangan memindahkan kuil Hindu ke kawasan mereka, dinamik sosial dan integrasi nasional akan terjejas serius, kata majlis gabungan agama bukan Islam.

Majlis Perundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) berkata, kuil Sri Mariamman – yang mahu dipindahkan dari Seksyen 19 – terletak 300 meter dari kawasan kediaman, melebihi syarat 50 meter yang ditetapkan.

"Pihak berkuasa berkaitan, dalam masyarakat, (institusi) agama dan di peringkat kerajaan harus tegas menolak tuntutan dan kelakuan yang tidak munasabah, tidak adil dan anti-sosial," kata presidennya Dr Thomas Philips.

Beliau mengulas bantahan sekumpulan penduduk, antaranya dengan mengarak kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor pada 28 Ogos lalu dan “sikap tidak mahu mendengar” dalam perbincangan dengan kerajaan negeri, Sabtu lalu.

Dalam kenyataannya hari ini, Dr Thomas berkata, idea tentang Malaysia tidak boleh dilihat sebagai pembahagian dua kumpulan "majoriti dengan minoriti, dan majoriti lawan minoriti".

Sementara itu, mengulas arahan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang meminta Malaysiakini mencabut rakaman video demonstrasi di Shah Alam hujung bulan lalu, Dr Thomas berkata:

"Dalam kes ini, memberhentikan video aksi tersebut tidak boleh menafikan aksi tersebut. Kita mestilah terlebih dahulu mencegah aksi itu dan video itu dengan sendirinya tidak akan wujud."

Tiada ulasan: