12 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : Usaha BN Pecah Belahkan Pakatan Rakyat Sia-sia - DAP

Rancangan kerajaan Barisan Nasional untuk rampas semula Selangor dari Pakatan Rakyat satu usaha yang sia-sia dan tidak akan berhasil…

Itulah yang dinyatakan oleh Adun Kampung Tunku, Lau Weng San, dan Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh dalam satu temubual bersama Tv Selangor ketika membuat lawatan di sini, hari ini.

Menurut Lau, kerajaan Barisan Nasional perlu sedar dan akur dengan kehendak rakyat yang telah menyuarakan pendapat mereka dengan memilih pemerintahan Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum lalu.

Katanya, rancangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tidak akan akan menjadi realiti, dan isu percanggahan pendapat adalah lumrah dalam sesebuah pimpinan parti.

“Rancangan Najib untuk menawan Selangor takkan menjadi realiti kerana saya nampak perpaduan di peringkat Pakatan Rakyat dan akar umbi berada di tahap paling tinggi, isu-isu yang timbul seperti perbezaan pendapat hanyalah satu fenomena biasa, dan biasa juga berlaku dalam pimpinan Barisan Nasional,” katanya.

Sementara itu, Hannah pula menyifatkan tindakan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor itu satu tindakan yang keji dan mereka perlu sedar dengan cara apa yang boleh digunakan untuk menawan kembali Selangor, sedangkan ramai rakyat masih tidak berpuas hati dengan tindakan Barisan Nasional selama ini.

“Saya rasa rancangan Perdana Menteri untuk rampas semula Selangor adalah sangat keji.

“Barisan Nasional perlu sedar dan fikir, nak tawan negeri Selangor dengan cara apa..demokratik atau dengan apa kos. Sehingga sekarang BN masih belum jawab dengan kes-kes sekarang seperti kes Kugan, PKFZ, Teoh Beng Hock, isu-isu utama yang rakyat yang rakyat nak jawapan Najib nak tawan Selangor dengan apa asas,” katanya.

Sementara itu, kata Hannah, berkaitan isu arak yang didakwa menjadi punca pertelingkahan Exco Selangor, Ronnie Liu dan Datuk Dr Hassan Ali hanya diperbesar-besarkan, sedangkan dalam parti DAP dan Pas tidak mempunyai sebarang masalah.

“Kita semua mempunyai hubungan yang cukup baik dengan Pas.

“ Apa-apa masalah yang kita pernah ada, selalunya kita bawak perbincangan yang menyeluruh. Jadi saya rasa kes ini sudah diatasi oleh MB dengan cara professional, kita harap semua pihak akan menunjukkan terus semangat yang sama, ada apa-apa masalah, kita bawa ke meja perbincangan,” katanya.

Lau pula menyatakan isu arak ini bukan merupakan isu yang besar yang boleh memporak-perandakan hubungan dalam Pakatan Rakyat dan perlu menghormati pendapat dan pandangan yang dikemukakan kerana Malaysia merupakan Negara Majmuk.

“Isu arak ini adalah isu yang memperlihatkan kepelbagaian budaya politik di Negara ini dan kita perlu menerima hakikat bahawa samaada org itu ahli politik atau tidak, kita perlu terima hakikat bahawa Negara ini adalah Negara majmuk, maka masing-masing ada pandangan, dan gaya hidup sendiri,” katanya.

Beliau turut yakin isu ini boleh diselesaikan di peringkat kerajaan negeri dan pihak yang berkaitan dengan isu ini seperi kedai serbaneka dapat bekerjasama untuk menghentikan jualan minuman keras kepada orang Islam.

Kata Lau lagi, ia bukan isu yang dapat mengganggu gugat perpaduan dalam Pakatan Rakyat.

Di samping itu, katanya, percubaan kerajaan BN untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat di Selangor tidak akan pernah berakhir berikutan beberapa isu kecil yang diperbesar-besarkan sekadar untuk memburukkan nama kerajaan Selangor kini.

Bagaimanapun, mereka perlu bersaing dengan cara yang berhemah secara demokratik bukan secara rampasan ataupun dengan melaga-lagakan antara satu sama lain dalam Pakatan Rakyat.

“Kita bersaing di satu platform yang adil, atas dasar pentadbiran, bukan melalui sabotaj, bukan melalui isu pengapian dan isu perkauman dan agama,” kata Lau.

“Mereka selalu kata DAP anti Islam, ini adalah tuduhan yang tidak berasas, kami ada hubungan baik dengan wakil-wakil dari surau dan masjid, beri peruntukan kepada semua kaum, jadi lihat BN sudah takde isu yang dimainkan, jadi hanya boleh mainkan isu perkauman,” kata Hannah.

Sementara itu, Adun Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz menyifatkan tindakan Perdana Menteri untuk merampas semula Selangor itu hanya bermimpi di siang hari

“Saya rasa Najib ni bermimpi di siang harilah, sebab keddukan politik di negeri Selangor ini jauh berbeza dengan Perak dan sebagainya sebab majority kita agak besar berbanding di Perak. Sekurang-kurangnya dia kena ambik 9 kerusi baru boleh menukar kerajaan di peringkat negeri Selangor,” katanya. -TVS

1 ulasan:

mudz berkata...

jangan pandang rendah kerja syaitan....syaitan tak pernah putus asa berusaha sehingga manusia mengaku tuhan itu syaitan......