12 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : PAS Perlu Muhasabah Diri

Terima Kasih Lim Guan Eng yang memberikan nasihat berguna kepada Pas ini.

Iye, Pas perlu cermin diri sendiri sebelum berdepan dengan UMNO pada pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang pada awal Ramadhan nanti.

Semenjak isu kerajaan perpaduan dan sebelum itu isu berpakat dengan UMNO, Pas telah bergegar dan hampir terpecah dua akibat isu panas ini.

Pas seperti ada dua kelompok (semenjak isu kerajaan perpaduan dimainkan), pro Pakatan dan pro perpaduan dengan UMNO/BN.

Pas perlu nilai diri. Isu kerajaan perpaduan yang dilontarkan oleh segelintir pemimpin Pas tanpa memikirkan kesan jangka panjang kepada Pas telah hampir merosakkan Pas dan hampir melemahkan Pas. Terima kasih kepada tok guru Nik Abdul Aziz yang acap kali menyelematkan Pas.

Lihat kepada kajian kes ini:

1. Semasa pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu, isu kerajaan perpaduan belum panas lagi. Ketika itu Pas berjaya merampas parlimen Kuala Terengganu dengan majoriti yang cukup selesa.

2. Semasa pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang, Pas di ambang masalah berkaitan isu kerajaan perpaduan, namun Pas belum menerima kesan kepada isu kerajaan perpaduan itu. Ditambah pula calonya adalah Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin, MB Perak yang amat dikasihi rakyat. Maka Pas menang dengan pertambahan majoriti.

3. Semasa pilihanraya kecil DUN Manek Urai, Pas bergegar dan hampir berpecah dua kerana masalah isu kerajaan perpaduan, di tambah dengan tindakan seorang pemimpin Pas yang juga MP Bachok, yang telah menyebabkan ramai penyokong dan ahli Pas marah kerana beliau berkata bahawa Pas bersedia untuk berkerajaan perpaduan dengan UMNO. Kesanya, Pas hampir tumbang di Manek Urai. Menang dengan majoriti yang cukup kecil.

Maka pilihanraya kecil Permatang Pasir ini, Pas perlu nilai diri untuk terus diterima rakyat khususnya para pengundi yang mencintai Islam dan keadilan serta menentang kezaliman dan penindasan.

Wallahu'alam

Note : Ingat, jangan sampai ada orang berkata begini - " ala, buat apa sokong Pas? sebab nanti mereka masuk UMNO juga akhirnya. Alang-alang nak undi Pas baik undi BN terus." - Tinta Emas



Tiada ulasan: